Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

26 March 2006

Mencari sinar dihujung derita

Sementara menunggu ibu selesai membasuh pakaian di telaga, aku dan abang sibuk mencari cacing untuk dibuat umpan memancing. Sesekali terdengar suara ibu memanggil aku dan abang untuk memastikan kami berada tidakjauh daripadanya.
Abang asyik mentertawakan aku yang terkial-kial mengorektanah untuk mendapatkan cacing. Aku mencebik muka pada abang lalu terus berlari mendapatkan ibu. Ibu hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah kami.
Selesai membasuh, ibu mengajak kami pulang sebelum memulakan aktiviti harian iaitu berkebun. Aku dan abang tidak pernah menolak ajakan ibu kerana tahu itulah sumber rezeki kami sekeluarga.
Ayah? Ayah asyik dengan aktivitinya yang tidak berfaedah. Duduk seharian di kedai kopi Pak Abu menghadap 'dam aji' bersama rakan-rakannya yang sama-sama mengerah keringat isteri untuk kesenangan sendiri. Aku benci sikap ayah yang langsung tidak mahu membantu ibu.
Ibu tidak berani membantah, melarang atau menegur apa yang ayah buat. Ini kerana sejak mula berkahwin hinggalah aku dan abang dilahirkan, rumah tangga ibu tidak pernah aman. Ibu sering kali dimarahi dan dimaki hamun serta dipukul apabila ayah kalah berjudi.
Ayah memang terkenal dengan sikapnya yang pemarah dan bengis. Pantang aku dan abang silap sikit pasti sepakterajang menjadi habuan. Tubuh aku dan abang sentiasa menjadi 'ulam' tempatayah melampiaskan nafsu amarahnya apabila kalah berjudi.
Ketika itulah, ibu terpaksa menjadi gelang gantinya menahan segala pukulan dan tumbukan daripada ayah.
"Zan, cepatlah balik, nanti ayah mengamuk," kata abang padaku dan serentak itu juga ingatanku pada kisah lalu lenyap. Si putih, ayam kesayanganku terus kulepaskan.
"Kejaplah, Zan nak beri Putih makan... abang balik dulu... kalau ayah tanya... cakap Zan beri makan Putih," jawabku sambil tangan menggenggam beras untuk diberi kepada Putih. Abang terus berlari pulang kerana bimbang dimarahi ayah.
Selesai memberi Putih makan, aku terus berlari pulang dan belumpun sempataku menjejakkan kaki ke rumah, aku dapat mendengar dengan jelas suara ayah menengking dan memarahi ibu dengan kasar sekali. Aku takut lalu menyembu-nyikan diri di balik pintu dapur yang terbuka.
"Lain kali aku tak mahu dengar lagi engkau berleter... mana aku nak pergi... itu aku punya suka... engkau tak payah nak ambil tahu hal aku... tahulah aku nakjaga diri sendiri... faham!!!"jerkah ayah pada ibu yang sudah terduduk di sepak ayah.
"Abang... ayah apa abang ni kalau taktunaikan tanggungjawab sebagai ayah pada anak-anak kita... sudahlah abang... bertaubatlah...,"aku dengar suara ibu memujuk ayah. Ayah bingkas bangun dan keluar rumah sambil menghempas daun pintu.
Sebaikayah melangkah keluar, aku terus mendapatkan ibu yang sedang menangis

kesakitan. Aku lihat ada kesan darah di bibimya^ Pasti ibu ditampar ayah kerana cuba menasi-hatinya. Aku papah ibu bangun menuju ke bilik dan merawat lebam di muka ibu.
Aku benar-benar marah pada ayah. Aku tak sangka sama sekali ayah sanggup bertindak begitu kejam terhadap ibu, dan itulah kali terakhir aku lihat ayah. Selepas kejadian itu, ayah langsung tidak pulang ke rumah.
Sejak peristiwa itu aku dan abang tidak pernah bertanya ibu mengenai ayah. Bagi aku biarlah ayah tidak pulang kerana itu lebih baik buat kami bertiga. Dari sehari ke sehari kami semakin melupakan ayah. Hidup aku, abang dan ibu menjadi semakin tenteram.
Kini tiada lagi sepakterajang dan maki hamun yang kami terima daripada ayah. Aku dan abang membesar dalam suasana yang penuh kegembiraan. Ibu menjadi wanita yang begitu tabah dan berani mengharungi hidup untuk menyara dan menanggung keluarganya. Ibu sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada walaupun sedikit.
Hinggalah di suatu hari aku teruja untuk bertanyakan ibu mengenai ayah selepas 15 tahun berlalu. Waktu yang bukan sedikit untuk mengembalikan ingatan ibu terhadap ayah.
"Ibu, kalau Zan tanya satu perkara boleh tak7" aku memberanikan diri bertanya ibu.
"Apa dia Zan... tanyalah,"jawab ibu.
"Ibu tak ingat ayah lagi?" soalku tetapi pandanganku menghala ke lain. Tak berani memandang ibu takut ibu berkecil hati.
Ibu diam tidak menjawab dan itu sudah cukup membuat aku membuattelahan sendiri bahawa ibu tidak mengharapkan kepulangan ayah biarpun dirinya ditinggalkan untuk suatu tempnh yang amat panjang.
Aku mengajak ibu tinggal bersama sebaik sahaja aku melangkah ke alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian di universiti. Walaupun berasa berat hati untuk meninggalkan kampung, ibu akur dengan permintaanku. Segalanya aku ceritakan pada abang yang kini menetap di luar negara.
Aku mengucapkan terima kasih pada abang yang banyak membantu aku ketika aku masih menuntut dan mengirimkan wang kepada ibu untuk menampung perbelanjaan harian. Aku ceritakan pada abang bahawa ibu mengambil keputusan menyewakan tanah kebunnya kepada TokAli.
Aku khabarkan juga pada abang bahawa ayah sudah lama luput dari sejarah hidup ibu dan ibu pernah membisikkan pada aku bahawa dia tidak akan sekali-kali menerima ayah kembali kiranya ayah muncul suatu hari nanti.
Tidak lama selepas aku membawa ibu tinggal di kota, kesihatan ibu mula terganggu. Ibu sering sakit-sakit. Ibu tidak berdaya untuk melakukan kerja-kerja berat. Ibu sering mengadu sakit dada. Sejak itu, aku tidak lagi membenarkan ibu melakukan kerja-kerja rumah.
Aku segera mendapatkan rawatan untuk ibu. Pelbagai ujian dilakukan sehinggalah suatu hari doktor mengesahkan ibu menghidap lemah jantung. Patutlah ibu sering mengeluh sukar bernafas sejak akhir-akhir ini. Ibu akur dengan ketentuan hidupnya.
"Makcik, saya harap makcik dapat menerima kenyataan ini...," ujar tuan doktor. Aku sedikit terkejut dengan kata-kata doktor tetapi ibu menerimanya dengan hati terbuka. Aku kagum dengan sikap ibu..
"Doktor pasti?" aku bertanya untuk mendapatkan kepastian kerana ibu tidakterlalu tua untuk menderita penyakit itu. Anggukan doktor membuatkan aku susah hati. Susah hati kerana tiada siapa akan menjaga ibu melainkan aku.
Bagaimanajika ibu di serang penyakit itu ketika aku sedang bekerja? Bagaimana kalau ibu pengsan seorang diri di rumah? Siapa akan bantu ibu?" pelbagai soalan bermain di fikiranku.
"Kenapa Zan? Apa yang Zan menungkan? Zan takut ibu mati ke?" soal ibu sebaik sahaja melihat aku termenung ketika menikmati minuman petang. Aku hanya menghadiahkan sebuah senyuman tanpajawapan kepada ibu.
"Tak adalah bu... Zan teringatkan abang di US... dah lama dia taktelefon,"aku mengalih topik perbualan,.
"Anak mereka pasti dah besar ye bu... lapan tahun di sana... lama tu,"balasku. Memang aku rindukan abang sekeluarga. Sebaik berkahwin dengan Kak Zeti, rezeki abang di negara orang. Abang ditawarkan bekerja sebagaijurutera kanan sebuah syarikat telekomunikasi di sana.
Aku masih ingat lagi kata-kata abang ketika menghantarnya di lapangan terbang dahulu. Kata abang, setiap langkah yang kita ambil mesti selari dengan matlamat dan cita-cita yang terpahat di hati. Jadikan keperitan hidup sebagai perangsang untuk berjaya dalam hidup.
Jangan sesekali menderhaka kepada ibu kerana apa yang kita dapat hari ini adalah hasil dari titik peluhnya sendiri dan bukan bergantung harap pada orang lain...jadikan penderitaan ibu sebagai pendorong usaha dan cita-cita kita... ingat pesan abang," ujar abang.
"Abang jangan bimbang, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya dan saya berjanji tidak akan mensia-siakan ibu,"balasku sambil memeluk abang sebelum dia masuk ke balai berlepas.
"Zan...Zan... tolong ibu nak," perlahan suara ibu memanggil namaku sambil tangan cuba menggapai ubat yang terletak di meja kecil bersebelahan katil. Aku tersedar dari lamunan bila ibu mencuit bahuku.
Tiba-tiba ibu jatuh.Terdengar keluhan dari mulut ibu... tiba-tiba aku dapati tubuh ibu kejang. Kaki ibu kaku... mata ibu tertutup rapat... tangan ibu sejuk.
Aku menjerit-jerit memanggil ibu namun ibu tidak memberi sebarang reaksi. Air mata aku berlinangan melihat ibu terbaring kaku. Aku capai telefon bimbit lalu menghubungi talian kecemasan hospital. Aku mengambil sedikit air dan renjiskan ke muka ibu. Ibu tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Ibu tetap kaku. Aku takut melihat keadaan ibu. Aku lihat gigi ibu turutterkatup rapat. Ibu kena kancing
gigi.
"Ya Allah! Dugaan apa yang Kau berikan kepada ibu?"
Bunyi siren ambulans melegakan aku. "Kami akan bawa ibu saudari ke hospital.... keadaannya serius," ujar salah seorang paramedik selepas melakukan pemeriksaan terhadap ibu.. Aku hanya menganggukkan kepala.
Aku teringatkan abang di US. Aku belum memaklumkan keadaan ibu. Aku taktahu bagaimana untuk sampaikan berita sedih itu. 'OhTuhanku! Berilah aku kekuatan untuk menghadapi saat ini.'
Sebaik selesai diberi rawatan kecemasan ibu di tempatkan di ICU. Ibu terlalu lemah. Bekalan oksigen terpaksa dipasang untuk membantu ibu bernafas. Aku sedih melihat keadaan ibu yang kelihatan begitu uzur, Kupanjatkan doa agar ibu cepat sedar dan pulih seperti biasa.
"Boleh saya bercakap dengan saudari sebenar?" Seorang doktor muda mendatangi aku selepas membuat pemeriksaan ke atas ibu. Aku mengikut doktor ke biliknya dengan hati yang berdebar-debar.
"Doktor, bagaimana keadaan ibu? Serius penyakitnya?" aku bertanya sebaik sahaja tiba di biliknya.
"Keadaan ibu saudari agak tenat ketika ini... jantungnya terlalu lemah.... kita tunggu lagi 12 jam untuk tengok perkembangannya," ujar doktor muda itu. Aku terkedu.
"Bagaimana dengan fizikalnya doktor?" soalku lagi.
"Saya perlu beritahu saudari perkara yang sebenarnya.... kedua-dua tangan dan kaki kiri ibu soudari akan lumpuh... mungkin untuk selama-lamanya," ujar doktor itu lagi.
"Lumpuh? Tak mungkin," ujarku.
"Berdasarkan daripada keputusan ujian yang dilakukan, ibu saudari diserang angin ahmar," terang doktor.
"Tak ada peluang untuk pulih, doktor?" aku bertanya dan doktor hanya menggelengkan kepala. Aku terhenyakdi kerusi. Dugaan demi dugaan terpaksa aku tempuhi sendirian. Abang terlalu jauh untuk menemani aku.
"Ibu, mengapa begini akhirnya perjalanan hidupmu. Mengapa begitu terseksa hayatmu kala aku begitu memerlukan belaianmu. Ibu, jangan kau tinggalkan aku kala aku terlalu memerlukan kasih sayangmu."
"Ibu masih banyakyang perlu aku lakukan untuk membahagiakanmu. Aku terlalu ingin menceriakan hidupmu yang sentiasa dipalit luka dan duka suatu ketika dulu. Aku mahu hidupmu sentiasa berlalu dengan penuh kegembiraan. Ibu bangunlah segera... kuatkan semangatmu dan aku akan sentiasa berada di sisimu untuk selamanya.
"Cik Zanuria, ibu saudara berjaya melepasi tahap kritikal.... dia sudah sedar sekarang tetapi masih lemah," ujar doktor mengejutkan aku dari lamunan yang panjang. Aku menggenggam tangan doktor muda itu sambil mengucapkan terima kasih lalu berlari mendapatkan ibu. Air mata kesyukuran mengiringi langkahku bertemu ibu.

Oleh: Izzah Syahira Nordin

16:55 | Permalink