Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

01 April 2006

Maklumat Am

Maklumat Am

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah diwujudkan ‘secara pentadbiran’ pada 1 September 1998 dengan tujuan untuk menyeragam dan menyelaras semua program matrikulasi /asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Pada 10 Mac 1999, pihak Kabinet mencadangkan penubuhan Bahagian Matrikulasi secara rasmi dan diikuti dengan penubuhan Kolej Matrikulasi Melaka di Londang dan Kolej Matrikulasi Labuan yang telah membuat pengambilan pertamanya pada 19 Julai 1999.
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) telah dibuka pada 1 Januari 2000. Kolej ini terletak di Batu 46, Jalan Tampin, Kuala Pilah. KMNS dibina di atas tapak seluas 85 ekar (bekas tapak Pusat Matrikulasi UKM) dan telah menerima pelajar pertama seramai 491 orang (dipindahkan dari Kolej Matrikulasi Melaka) pada 17 Januari 2000. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan diterajui oleh Tn. Hj. Mohamed Zon bin. Ramli sebagai Pengarah yang pertama. Beliau dibantu oleh seramai 40 orang pensyarah dan 4 staf sokongan.
Penambahan pelajar seterusnya pada 14 Februari 2000 seramai 2,135 orang (ambilan Februari) dan pada 3 Julai 2000 seramai 470 orang (ambilan Julai).
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan menawarkan tiga jurusan pengajian iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal dan Perakaunan.

10:25 Posted in SEJARAH KMNS | Permalink