Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

05 April 2006

Mengapa Anda Selalu Lupa?

Mengapa Anda Selalu Lupa?

Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-
fakta ini kepada 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai hanya
5 fakta. Baik, sekarang mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan
yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta? Lihat! mudah-
mudahkanlah pekerjaan anda. Sekali lagi jangan terburu-buru.
Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan
yang tinggi.
Sering membuat imbasan. Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu
percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan
melakukan sekali ulangkaji. Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa
80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam.
Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang
terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca
keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan. Untuk menjadi
seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang
telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik. Petua
dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan:

Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.
Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.
Imbas 5 minit setiap 2 minggu.
Imbas 5 - 10 minit dimusim peperiksaan.
Gunakan teknik-teknik ingatan. Untuk memudahkan lagi proses
mengingati fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik
mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi.
Pastikan anda kembali ke sini setiap minggu sebab pelbagai topik
berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa.

Elakkan dari tidur petang. Ini lagi satu penyakit. Tidur selepas
waktu Asar akan melembabkan otak anda. Dalam Islam amalan tidur
petang sebegini sangat tidak digalakkan. Oleh itu hentikan tabiat
buruk anda ini. Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas
solat zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w. Badan akan terasa lebih
bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.

Ajarkannya kepada orang lain. Cari peluang untuk mengajarkan apa
yang telah anda ketahui kepada orang lain. Libatkan diri secara
aktif dalam perbincangan kumpulan. Hanya dengan mengajarkannya
sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk.
Raikan setiap soalan dan hujah daripada rakan. Galakkan mereka
bertanya kepada anda. Hanya dengan cara inilah otak anda mula
bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.

Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan?
Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca,
maka tahniah!! itu tandanya anda manusia normal. Hasil kajian
telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa
hanya dalam masa 24 jam.

Jangan cari alasan. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan
untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal. "Buat apa
baca sekarang esok lupa juga". Inilah kata-kata yang sering
diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda
belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya
bukan??

Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu
musim peperiksaan. Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-
nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-
baiknya. Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat,
yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.

Fahami apa yang dibaca. Memahami matapelajaran adalah langkah
pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya. Menghafal
bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia. Sekiranya
anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk
bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat
diatasi sebelum terlambat..

Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu
untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan.
Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda
merujuk semula kepada apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek
semula buku-buku asal.

Hafal kata kunci. Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal
yang buruk. Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili
fakta.

Contoh fakta:
Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan
otak kiri.

Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan
kepada anda dalam fakta tersebut. Keduanya barulah hafal fakta itu,
tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat. Hafal hanya perkataan 'dua
hemisfera' yang merupakan kata kunci kepada fakta. Sekiranya anda
ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada
orang lain apa maksud disebaliknya. Sebab itulah anda perlu faham
sebelum anda hafal!!

Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Sekiranya anda terpaksa
menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak.
Tidak perlu terburu-buru. Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut
kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan
ini.

16:38 | Permalink