Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

05 April 2006

Teknik Belajar Berkesan

Pengenalan

Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan
belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga
menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.
Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana
yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar
di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.
Teknik Belajar 5R-STUV
Recopy [salin semula]
Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
Recheck [semak semula]
Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

S-sumarize [ringkaskan nota penting]
T-test your self [uji diri anda]
U-use [gunakan]
V-visualize [bayangkan selalu]
Teknik Belajar Secara Pembayangan

Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak
kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan,
nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan
penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi,
warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian
otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak
kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu
digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi,
angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan
perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk
mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis
semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap
saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan
pelajaran.

Teknik Belajar PV3R
Preview (tinjauan awal)
Question (soal diri)
Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
Recite & write (lafaz dan tulis nota)
Review (tinjauan akhir)
Sumarize (ringkaskan)
Test your self (uji diri anda)
Use (gunakan)
Visualize (bayangkan)

16:50 | Permalink