01 April 2006
Mutiara Kata
290605021
"Setiap rakyat mestilah berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki nasib dan taraf hidupnya. Setiap rakyat mesti cuba melupakan aspek perbezaan di kalangan mereka dan melihat ke arah persamaan. Ini adalah asas keharmonian dan perpaduan"
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Oktober 29, 1983
Upacara Perasmian Seminar Pembangunan Negeri Perak
060705022
"Saya dengar dan saya lupa; Saya lihat dan saya ingat; Saya lakukan dan saya faham"
Confucius
130705023
"...bukan kecil tugas kita; meneruskan perjuangan kemerdekaan kita; kerana rupanya selain kemerdekaan; mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara..."
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mei 4, 1996
Perjuangan Yang Belum Selesai
110805024
"Jadilah orang yang bernilai; bukan sekadar orang yang berjaya"
Albert Einstein
170805025
"Kemerdekaan sahaja tidak bermakna jika selepas merdeka negara tidak mencapai kemajuan. Sebab itulah setelah mencapai kemerdekaan Kerajaan Malaysia yang merdeka telah berusaha membangunkan negara. Usaha ini telah membawa hasil diluar jangkaan. Daripada sebuah tanah jajahan yang mundur, Malaysia sekarang muncul sebagai salah satu daripada negara yang termaju antara negara-negara membangun. Kemungkinan Malaysia menjadi lebih maju dan rakyat Malaysia hidup lebih selesa dan bahagia bukan lagi satu perkara yang mustahil"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-31
240805026
"Jangan diteliti sejarah negara sendiri sahaja. Hendaklah kita kaji sejarah semua tamadun di dunia ini. Apabila terdapat ketamakan, keutamaan kepada kepentingan diri daripada kepentingan ramai dan pandai mencari kesalahan orang lain sahaja dan lain-lain gejala, satu-satu masyarakat itu akan menjadi lemah dan akhirnya hancur, atau ia akan dijajah semula. Sepanjang sejarah manusia, proses ini berlaku. Ianya harus menjadi pelajaran kepada kita. Jangan kita mendewakan perpecahan, sebaliknya hendaklah kita menerapkan perpaduan semoga apa yang telah kita capai tidak akan hancur, bahkan kemajuan yang lebih tinggi dapat dicapai"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-28
140905027
"Peristiwa 13 Mei 1969 telah kita alami sebagai peristiwa yang pedih. Baru-baru ini beberapa negara tetangga kita telah mengalami peristiwa berdarah seperti yang kita alami dahulu. Kesan daripada peristiwa-peristiwa seperti ini adalah amat mendalam sekali. Sebagai luka ia meninggalkan parut dan menjadi ingatan sepanjang masa. Oleh itu kita harus berhati-hati supaya perasaan dan emosi tidak terlalu menguasai tindak tanduk dan fikiran kita pada bila-bila masa sekalipun. Kita tidak harus lupakan hakikat bahawa kestabilan adalah sesuatu yang amat berharga. Sekali tergugat mungkin kita akan kehilangannya buat selama-lamanya. Kestabilan adalah asas kemajuan dan kemajuan bersama adalah landasan kebahagiaan kita"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-26
121005028
"Jika kita berpuasa dengan tekun dan mengikut kehendak ajaran Islam yang sebenar, kita tidak akan mengabaikan amalan ibadat harian, dan kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kita, malah kita akan menambahkannya dan kita akan melakukannya dengan penuh insaf dan rela hati. Kita akan membayar zakat, dan kita akan bersedekah dengan penuh keimanan. Justeru itu, kedatangan Hari Raya akan merupakan detik kemenangan bagi kita"
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Ogos 1, 1982
Perutusan Hari Raya Aidilfitri
201005029
"Semasa kita merayakan hari raya dan bersalam-salaman baiknya jika kita mengingati akan maksud kita bersalam sesama orang Islam. Maksudnya tidak lain tidak bukan ialah supaya kita kembali kepada ajaran Islam yang menyuruh kita bersaudara dan bersatu padu"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
261005030
"Yang dekat itu hati; Yang jauh itu masa; Yang besar itu nafsu; Yang berat itu amanah; Yang indah itu solat; Yang tajam itu lidah"
15:55 | Permalink