Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

20 April 2006

ANTARA KASIH DAN SIMPATI

ANTARA KASIH DAN SIMPATI
Aku termenung di jendela, melayangkan fikiranku jauh entah ke mana. Igauan semalam masih
bermain-main di kepalaku. Tidurku tidak nyenyak tidak seperti malam sebelumnya. Semalam aku
bermimpi lagi seperti ada suatu suara yang memanggil-manggil namaku. Sayu dan hiba sekali.
Lamunanku berlarutan sehingga aku dikejutkan untuk bersarapan pagi. Mak Timah yang kuanggap seperti ibuku sediri sentiasa melayanku dengan penuh mesra. Pagi ini terasa kelainannya kerana ayah dan ibu tidak turun sarapan bersama. Dalam tiga hari aku lihat ibu muram saja. Ayahpun begitu. Terasa sunyi benar rumah batu dua tingkat ini tanpa gurau senda mereka.
Bila aku fikirkan,adakahaku telah melukakan hati mereka. Tiada. Naik sakit kepalaku memikirkannya. Adakah kerisauan ibu dan ayah berhubung-kait dengan perempuan muda tempoh hari. Mereka berbual tanpa ku tahu butir bicaranya. Tapi aku dapat merasakan sesuatu.
Jam sudah mcnunjukkan 11.00 malam. Sudah agak lewat. Aku harus bangun awal untuk
kesekolah. Sayup-sayup aku dengar perbualan antara ayah dan ibu di bilik sebelah.
"Abang...... apa yang merisaukan saya selama ini telah berlaku".
"Apa boleh buat....... mungkin inilah masanya kita menerangkan perkara yang sebenar."
"Saya takut......... apa katanya nanti".
"Sabarlah Zizah, ini semua sudah kehendakNya."
"Saya sayangkan dia...... bang." aku dengar suara ibu hiba.
Hatiku mula berdebar-debar. Aku tahu mereka berbicara tentang diriku. Apakah aku...... terasa
mataku digenangi oleh manik-manik jernih yang hanya menunggu masa untuk gugur. Tiba-tiba hatiku
terasa pedih. Fikiranku melayang tak menentu.
Ketika aku bersendirian di ruang tamu aku dikunjungi oleh seorang tetamu. Hah....! Perempuan
muda itu. Dialah yang membuatkan ibuku resah. Atas urusan apakah dia ke mari?
•Setclah mcmpersilakan dia duduk, kami masing-masing membisu. Dia merenungku dari atas ke
bawah. Aku naik rimas.
"........ Lina apa khabar."
Tersirap darahku, dia tahu namaku.
"Mama datang untuk menjemputkau pulang, sayang."
"Pulang........! Ini rumah saya," Lantang sekali aku menjawab. Kenapa tiba-tiba mulutku celupar
bcgini.
Perempuan muda itu tunduk scdih.
"Mama rindukan kau, adik-adikmu menanti kepulanganmu....... Lina."
"Saya tidak faham, apa hubungan cik dengan ibu saya....... apa pula kaitan dengan saya."
Kulihat perempuan muda itu mengesat airmatanya sebelum memulakan cerita......
"Ibumu adalah kakak kandung mama. Kau adalah anak mama........!"
Bagaikan halilintar membelah bumi, aku bungkas bangun dari tempat dudukku. Kutenangkan
fikiranku. Segala tenaga kukumpulkan.
"Jadi, saya ni anak.......". Mulutku terkunci.
"Mama terpaksa serahkan Lina kepada Kak Zizah, masa tu mama terlalu muda, terlalu ikutkan hati.
Ayahmu menceraikan mama. Mama terpaksa mencari sinar baru........." Mama mengesat air matanya
dengan hujung lengan baju kurungnya. Aku akui mama banyak menderita. Kesedihan di wajah mama
tidak mencacatkan kecantikannya. Tapi aku masih berat untuk terus mengikutinya.
"Kenapa mama tak perlihara saya, kalau mama sayangkan saya." Kulihat mama tersenyum,
barangkali kerana aku memanggilnya "mama".
"Mama menyesal Lina....... sebab itulah mama mahu Lina pulang bersama supaya mama dapat
menebus dosa mama".
Aku termenung seketika. Tanpa ku duga, ibu dan ayah sudah tercegat di muka pintu. Aku hanya
diam di kerusi.
Ayah menghampiri............
"Lina maafkan ayah, ayah rahsiakan perkara ini kerana ayah sayangkan Lina". Aku diam. Aku
pandang wajah mereka satu persatu.
"Kami sayangkan kau Lina. Kau seperti anak kami sendiri.......". Mamanampak sedih. Air mataku
mengalir deras. Apa yang harus kulakukan. Aku meluru masuk ke bilik.
Aku menangis sepuas-puasnya. Kata-kata Idah teman sekolahku bermain-main di telinga.
"Lina..... jangan mudah berputus asa. Ini mungkin ujian daripada Tuhan, mahu mengukur
keimanan kita".
"Aku dah buntu sekarang ni".
"Jangan difikirkan sangat...... nanti menganggu pembelajaranmu. SRP akan menjelang tak lama
lagi"
"Aku tak tahu....... kalau betullah aku bukan anak mereka........".
"Jangan jadikan kacang lupakan kulit...... Betapa susahnya ibu dan ayah kau membesarkan kau.
Kau harus fikir baik-baik. Jangan buat mereka susah hati."
Malam ini akau bertekad untuk bertemu ayah dan ibu. Akan kuluahkan isi hati ini. Akan
kuselesaikan malam ini juga.
Pintu kuketuk. Akumasuk. Kulihatmataibumerah. Ayahdiam-diamdikerusi. Termenung. Aku
hampiri ibu.
"Ibu.....". Ibu pandang wajahku.
"Lina dah ambil keputusuan....... Lina akan terus tinggal di sini. Lina tetap anak ibu dan ayah. Lina
sayangkan ibu dan ayah".
"Lina......' Ibu tidak meneruskan kata-katanya. Tapi aku dipeluk dengan erat sekali.
Tangis ibu reda sedikit.
"Bagaimana dengan mamamu......".
"Mama tidak sendiri....... Adik-adik Lina ramai. Mama tidak akan kesunyian".
"Walau bagaimanapun..... Lina tetap anak ibu dan mama pula tetap mama kandung Lina".
Dapat kurasakan kehangatan ibu. Ayah tersenyum terharu melihat kami berdua.

05:10 | Permalink