Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

21 April 2006

BAYANGAN KISAH SEMALAM

"Mira, mengapa kau terlalu membenci lelaki?" kata Anor rakan sekerjaku. Belum sempat aku
menjawabnya, Seri menyampuk. "Apa salah mereka, Mira?" Bosan terlalu bosan aku mendengarkan
pertanyaan demi pertanyaan yang hampir setiap hari diajukan kepada ku. Kadangkala aku rasa
teringin juga mempunyai teman lelaki seperti rakan ku yang lain. Tapi kenangan lalu telah cukup
membuatkan aku bend pada lelaki.

Dulu, kehidupan keluargaku kucar-kacir. Ayah selalu tidak pulang ke rumah dan tidak mengen-
dahkan keluargaku. Sikap ayah berubah kerana dipengaruhi oleh kata-kata ibunya. Sejak dan rnula
lagi, ibunya tidak bersetuju ayah mengambil ibuku sebagai isterinya. Setiap hujung bulan ayah pasti
pulang ke rumah dan menyerahkan semua wang kepada ibunya.

Ibu yang tetap sabar bekerja keras membanting tulang, pagi dan petang. Ibu sanggup melakukan
apa saja pekerjaan asalkan halal. Mengambil upah mencud kain, menoreh getah, menjual kuih dan
mengelap lantai semuanya pernah dilakukan oleh ibu. Padaku ibulah ayah dan ibulah permaisuri
hariku. Ibu sanggup berkorban apa saja membiayai keluargaku.
Setiap kali hari raya, ibulah orang yang pertama menitiskan airmata apabila melihat keadaan Along
dan diriku. Aku dan Along tidak mempunyai pakaian baru, tetapi hanyalah sepasang baju yang telah
lusuh, pemberian seorang jiran. Untuk Along dan diriku, itulah pakaian baru kami sepanjang Hari
Raya. Aku dan Along terpaksa berhati-hati apabila memakainya, ditakuti ianya akan kotor. Peristiwa
ini membuat diriku betul-betui insafdan sedih mengenangkan kemiskinan pada masa itu.
Along, satu-satunya abang yang paling kusayangi juga menjadi korban akibat kemiskinan dan
sebuah tanggungjawab yang diabaikan. Setiap hari, sebelum ke sekolah. Along akan menjual kuih dari
rumah ke rumah. Suatu pagi hujan turun dengan lebatnya. Ibu melarang Along pergi menjual kuih
tetapi Along tetap berdegil. Along pulang dengan keadaan basah kuyup. Along menggigil kesejukan.
Badan Along menjadi panas serta merta. Penyakit Along bertambah teruk. Suatu hari Along berbisik
kepada ibu dan ayat demi ayat dapat kudengar dengan jelas satu persatu.
"Ibu, Along ingin memiliki jam seperti kawan-kawan yang lain. Tentu bolehkan sebagai hadiah
pencapaian cemerlang Along?". Aku dapat melihat titis air jernih mengalir di pipi ibu.
Hari itu ayah pulang ke rumah dan seperti biasa, ibu menjadi mangsa kemarahannya. Tetapi ibu
kuatkan hati menyuarakan pada ayah permintaan Along. Apa yang aku lihat ayah hanya mendiamkan
diri walaupun telah sebulan Along terlantar sakit. Aku dapat lihat betapa besarnya kasih sayang dan
pemgorbanan ibu terhadap Along. Ibu sanggup bersengkang mata berjaga hingga ke tengah malam,
menjaga Along. Pagi itu suasana sepi dan muram, bagaikan menangis sesuatu dan pagi itulah Along
telah pergi buat selama-lamanya. Aku dan ibu meraung meratapi pemergian Along. Semenjak itu ibu
sering termenung dan tidak lalu makan.
Ibu kelihatan semakin kurus dan uzur. Aku dapat menyelami perasaan ibu ketika itu. Kasihan ibu.
Ibu telah terlalu menanggung beban penderitaan, ditambah pula rasa terkilan ibu tidak dapat menuna-
ikan permintaan Along. Seminggu kemudian, ibu jatuh sakit. Malam itu ibu memeluk dan menciumku
lama sekali. Rupa-rupanya itulah pelukan dan duman ibu yang terakhir. Ibu telah pergi untuk selama-
lamanya. Hari itu berakhirlah penderitaan seorang ibu yang tabah dan sabar. Aku rasa amat berdosa
dan bersalah kerana aku tidak melakukan apa-apa untuk membela nasib ibu dan Along.

Kini aku telah dewasa, dan aku terus menguatkan azamku untuk berjaya dalam hidup. Untuk itu
aku bekerja sambil belajar di kelas malam. Di sinilah bermulanya pertemuan aku danAzmi. Perhubun-
gan dengan Azmi bertambah intim. Kami sering mengulangkaji pelajaran bersama. Hari peperiksaan
pun tiba dan aku yakin bahawa aku akan berjaya. Begitu juga Azmi. Akhirnya kami berjaya ke
Universiti. Di universti, hubungan kami terus terjalin. Pernah Azmi menyatakan harapannya tentang
masa hadapan kami. Aku juga menaruh sepenuh harapan dan kepercayaan pada Azmi.
Tapi sayangnya, ia hanya sementara, Azmi mula menjauhikan diri dariku. Pada mulanya aku
menyangka mungkin Azmi terlalu sibuk. Rupa-rupanya sangkaanku meleset. Sehinggalah tamat
pengajian dan aku mcndapat pekerjaan disebuah syarikat swasta, Azmi masih tidak menghubungi aku.
Hinggalah pada satu hari aku mencrima sekeping kad. Entah kenapa jantungku berdebar dan
tanganku menggigil kctika membuka kad itu. Hari perkahwinan Azmi. Duniaku rasakan gelap,hancur
hatiku. Dan buat kali kcduanya insan bernama lelaki mengecewakan aku. Dari saat itu aku berjanji
pada diriku scndiri bahawa lelaki adalah musuhku, Aku tidak mungkin melupakan apa yang telah
terjadi walaupun seribu tahun bcrlalu kerana bayangan kisah semalam masih mengekori ku.
- Adimalin Pumama -

18:45 | Permalink