Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

22 April 2006

Keputusan Akhir Yang Pasti

Loceng yang berbunyi mengubah suasana kelas Tingkatan Enam Rendah Satu yang tadinya senyap menjadi riuh-rendah. Ramai pelajar bergegas ke kantin. "Muram saja awak hari ini, Hani” tegur Mei Lin yang asyik memerhatikan aku dari tadi. "Yalah, selalunya awak nampak gembira. Selalu saja tersenyum," tamba Rita yang sejak tadi mengekori kami ke kantin. "Permohonan saya untuk mengikuti kursus matrikulasi KPM telah diterima. Tarikh melaporkan din seminggu dari sekarang," terangku walaupun aku ingin merahsiakan berita yang pada mulanya amat menggembirakan itu. "Wah! Tahniah, Hani" sampuk Ricky yang dari tadi mendengar dari jauh. "Sepatutnya awak gembira. Ini peluang besar bagi awak”' ujarnya lagi. Aku tahu, untuk terus belajar di tingkatan enam memerlukan usaha yang gigih. Peluang untuk memasuki universiti amat tipis jika keputusan STPM tidak bagus. Namun begitu, mereka tidak memahami perasaanku ini. Kurasa gembira dan sedih sekaligus.

Aku pasti akan merindui suasana sekolah yang baru aku jejaki sejak dua bulan yang lalu. Kelas Tingkatan Enam Rendah Satu adalah kelas yang terbaik yang pernah aku hadiri. Walaupun kami dari sekolah yang berbeza tetapi kami cepat mesra, saling faham-memahami dan tolong-menolong. Bahkan hubungan kami bagai adik-beradik. Bahang kerumitan pelajaran tidak begitu dirasai bila belajar di kelas seperti ini.

Sebaik saja Cikgu Yap keluar, rakan-rakan sekelasku mengerumuni mejaku. Bermacam soalan yang mereka ajukan padaku. "Bila nak pergi?" tanya Ravi.
"Apa yang awak akan belajar?" soal Akmal. Berapa lama kursus itu?" tanya Suzi. Seronok pula melayan mereka yang kepingin tahu. Terasa diri ini seperti dikerumuni pemberita pula. Esoknya aku masih ke sekolah. Setibanya aku di pintu kelas, Jaspal saja yang menyedari kehadiranku."Awak masih ke sekolah, Hani?" tegumya.
"Hari ini hari terakhir saya di sini".Pada hari itu aku rancak berbicara mengenai
diri dan kursus yang bakal aku ikuti. Bila berjumpa rakan-rakan dari sekolah lama, aku sampaikan berita pemergianku lalu kuberikan kad ucap selamat kepada mereka. Aku juga tidak lupa menyuruh rakan-rakanku menulis di dalam "Autograph" yang aku edarkan sebagai tanda ingatan. Sebelum melangkah keluar, aku amati kelasku buat kali terakhir. Berat sungguh rasanya untuk meninggal kan SMT yang banyak mencipta kenangan dalam masa yang singkat. Aku belum puas belajar di kelas itu.

Sambil berjalan pulang, kutatap catatan rakanrakanku. Tiba-tiba dadaku terasa sebak. Kalau diikutkan hati, mahu saja kutolak tawaran itu. Tapi itu tidak mungkin kulakukan. Tanpa kusedari air mata mengalir di pipi.
"Mengelamun jauh nampaknya." Cepat-cepat aku menyeka air mata bila Hasnah menegurkudari belakang. "Kau menangis Hani?"

"Tak ada apa-apa Hasnah. Cuma terkenang masa lalu," kataku. Aku cuba tidak memandang ke arahnya.
"Aku dengar kau dipanggil penyelaras matrikulasi pagi tadi."
"Ya, sudah tiga kali keputusan peperiksaanku tidak memuaskan. Semua orang sudah tahu. Tidak mungkin aku dapat terus belajar di sini." Kata-kataku yang agak keras membuatkan Hasnah terpinga-pinga. Aku tidak sanggup berdepan dengan Hasnah lalu aku berlari meninggalkan bilik itu. Sebelum ini puas sudah Hasnah memujukku supaya membiasakan diri dengan keadaan di sini.

Namun aku masih belum serius terhadap pelajaranku. Aku mudah bosan. Dulu, aku seorang pelajar yang rajin, bijak dan petah berbicara.
Semenjak aku menjadi pelajar matrikulasi, aku menjadi pendiam. Semua kerja kubuat sambil lewa sahaja. Siapalah aku jika dibandingkan dengan Hasnah. Mungkin dia ingin aku berjaya sepertinya.
Dia seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku sehinggalah Cikgu Shamsul memberitahu pelajar-pelajar lain bahawa aku 'give-up' kursus matrikulasi.

Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata.
Fikiranku berkecamuk.'Esok aku mesti jumpa penyelaras matrikulasi," bisik hatiku. "Semoga keputusan ini adalah yang terbaik buatku."
Esoknya, pagi-pagi lagi aku ke bilik guru. Pelajar-pelajar lain sudah ke kelas masing-masing.
Setelah memberi salam, aku duduk di kerusi di depan meja penyelaras matrikulasi.
"Cikgu, selepas saya berjumpa dengan cikgu semalam, saya telah fikirkan segalanya. Saya ber-
harap, cikgu dapat usahakan pertukaran saya ke tingkatan enam di SMT. Sementara itu, saya akan
memberitahu ibubapa saya. Saya rasa mereka memahami mengapa saya mengambil keputusan ini."
"Segala-galanya telah saya beritahu kepada awak. Masih tidak terlambat bagi awak untuk
mengubah fikiran. Saya sedia membantu jika perlu," kata Cikgu Shamsul yang tidak jemu-jemu memberi nasihat.
"Buat masa ini awak ke kelas seperti biasa. Saya akan memberitahu awak jika urusan
pertukaran awak telah diluluskan."
Sekian lama menanti, akhimya urusan pertukaran sekolah telah selesai. Beberapa hari kemudian, ibubapaku datang menjemputku.
"Eh! Awak hendak ke mana dengan kotak-kotak dan beg besar ini? Seperti hendak pindah saja," tanya Hasnah seolah-olah berseloroh.
"Ya, aku hendak pindah dari sini. Aku tidak mungin jadi seperti engkau, Hasnah. Di sini adalah tempatmu tapi bukan tempatku. Doakanlah semoga aku berjaya. Selamat tinggal," kata-kata itu kulepaskan dengan tenang.
Hasnah masih tercegat memerhatikan kereta bapaku meninggalkan perkarangan asrama, memisahkan aku darinya. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku sehinggalah Cikgu Shamsul memberitahu pelajar-pelajar lain bahawa aku "give up" kursus matrikulasi. Sementara itu di SMT, rakan-rakan sekelasku setia menanti kepulanganku. Kegembiraan yang jelas terbayang di wajah mereka, membakar api semangatku untuk meneruskan usaha mencapai cita-citaku dengan keazaman baru. Di sinilah akan kuteruskan perjuangan ini..........

MELATI KK 13

18:35 | Permalink