23 April 2006
NEK ESAH
NEK ESAH
Gelap, sunyi,nyamuk dan perasaan takut adalah perkara biasa dan aku bagaikan sudah sudah lali
dengan keadaan demikian. Aku terus merangkak-rangkak sambil meraba-raba dari sebatang pokok ke
sebatang pokok yang lain, yang hanya di sinari lampu suluh yang dililit di kepala. Keadaan sekeliling
yang sunyi dan gelap tidak sedikit pun mematahkan semangatku untuk mencari rezeki. Inilah pekerjaan
aku dari dahulu sehingga sekarang. Dengan inilah aku dapat menyara keluargaku. Dengan inilah aku
dapat menyekolahkan anak-anakku. Dengan inilah juga anak-anakku berjaya dalam kehidupan dan ada
juga yang telah menjejakkan kaki di menara gading. Semua •itu aku hanya bermodalkan semangat tulang
empat kerat dan sebatang pensel atau pisau toreh.
Keadaan yang tadi gelap dan sunyi, kini sudah diterangi cahaya mentari yang terik. Mentari
tegak berdiri di atas kepalaku. Kerja aku sudah siap sepenuhnya. Air teh susu yang dibekalkan oleh
isteriku diam berdiri sambil ditemani bekas cekodok di dalam raga motorku. Aku wajib menghabiskan
bekalan yang diberijika tidak seronglah bibir, serong mata isteriku nanti. Isteriku, Samsinar atau orang
kampung gelar Nek Esah telah menjangkau setengah abad hampir seusia dengan ku. Aku bersandar
pada pokok getah sambil khusyuk menghabiskan bekalan yang Nek Esah beri pagi tadi. Sebenamya aku
kena menjaga hatinya agar tidak terguris atau terusik, maklumlah kami sama-sama akan memasuki alam
senja.
Setelah semuanya selesai, aku pun balik ke rumah bersama motor lampu bulat buatan Jepun. la
adalah salah satu harta yang paling berjasa dalam kamus diari hidup aku. Selama ini, walaupun ia sakit
semput tetapi tetap gagah bagaikan tentera Vietnam menentang tentera U.S., ini kerana bunyinya boleh
menggegarkan satu kampung. Setiba di rumah ku lihat Nek Esah berdiri di depan pintu dapur menanti
kepulangan aku dari kebun. Terukir sebuah senyuman di bibir yang dahulunya manis dipandang tetapi
sekarang senyuman yang dihiasi pagar-pagar yang runtuh. Walaupun Nek Esah begitu aku tetap bersyukur
kerana Nek Esah sanggup berganding dan berduet menempuh susah payah hidup denganku selama ini.
la berdiri sambil di tangannya memegang segelas air sejuk yang selalu menjadi santapan keutamaanku
sebelum melangkah masuk ke istana yang kami bina. Nek Esah yang baru selesai masak mengarahkan
aku mandi sebelum kami makan tengahari. "Bang, mandi dulu lopeh tu barulah kita sama-sama
makan/'kata Nek Esah yang masih lagi tidak hilang diaiek negerinya, walaupun telah tinggal di Termeloh
sejak kami baru kahwin lagi. Aku seperti biasa hanya menurut segala perintah pemaisuri dalam rumahku.
Di meja makan aku dihidangkan ikan sembilang masak lemak cili api, ulam-ulam dan sambal
belacan. Walaupun hidangannya yang ringkas namun aku tetap menampakkan diri seperti berminat
dengan masakannya hari ini. Semua orang kampung Lonek ini tahu Nek Esah adalah tukang masak
yang cukup hebat, cuma aku aje yang belum lagi mengistiharkan bakatnya kerana sifat aku yang tidak
suka bersedekah pujian-pujian kepada orang. Aku menjamah hidangan itu dengan berselera tanpa
mempedulikan Nek Esah. Tiba-tiba, Nek Esah teresak-esak, aku mula risau kerana dia tidak pemah
berkelakuan demikian. "Nek Esah oii! Apa pasal dengan awak ni, tak makan?Tu ha apasal mata tu,
macam nak nangis sahaja aku tengok?" Aku beranikan diri bertanya. Sambil mengesat airmatanya Nek
Esah cuba bersuara, "Bu...bu... bukan bang, saya rindukan sama Along dengan Angahnya. Dah lama
benar mereka tak balik ayahnya." Suara Nek Esah tersekat-sekat untuk menerangkan apa yang dia rasa.
"Anak orang sumo balik tengok emak ayah yeh, tapi anak kita .....?" kata Nek Esah lagi.
Aku yang tadi berselera makan telah padam dengan perangai Nek Esah. Tapi hati aku ini adajuga terasa
hennak mereka balik tetapi apa boleh aku boat. Along telah berkeluarga dan telah berjaya dalam hidupnya
dengan membuka syarikat di Kuala Lumpur. Aku dengar baru-baru ini ia dianugerahkan pangkat
kebesaran oleh Sultan Pahang. Along yang berkahwin dengan anak Dato tidak pemahjenguk ayah dan
ibunya di kampung sejak mereka telah berkahwin. Duit belanja pun sesen tak pemah diberi. Aku tidak
kisah pasal duit tapi baliklah jenguk orang tua kat sini. Angah pula, anak perempuan aku yang pemah
membanggakan aku dan Nek Esah dengan kejayaannya membawa balik ijazah yang belajar di universiti
di London. Semua orang kampung memuji aku dengan Nek Esah kerana pandai mendidik anak hingga
menara gading. Masa itu aku cukup bangga. Tiga tahun lepas, dia telah berkahwin dengan seorang
lelaki Inggeris yang namanya Smith Johan Alauddin Bin Abdullah. Setelah berkahwin Angah mengikut
suaminya ke Perancis kerana Smith bekerja di sana sebagai ketua eksekutifdi sebuah syarikat. Sejak
hari itu Angah tidak pernah balik ataupun mengutus suratjarang sekali. Adakah mereka sudah lupa akan
aku ayah mereka yang tua ini.
Aku cuba menenungkan Nek Esah, "Sah, awak tak perlulah ingatkan mereka, mereka tak
ingatkan kita orang tuanya, apalagi yang awak harapkan." Nek Esah mula teresak-esak sambil berkata,
"Bang tidak boleh cakap macam tu. Along dan Angah tu darah daging kita bang, walau macam mana
sekalipun mereka semua anak kita." Suasana menjadi senyap sunyi sepi, kedua insan tua itu termenung
mengenangkan sejarah silam ketika mereka bersama-sama membesarkan kedua-dua anak mereka. Wajah
Nek Esah macam cuka yang telah tidak boleh digunakan lagi, sambil menangis ia menemani aku yang
sudah terhenti makan.
Selepas solat Magrib, aku tengok Nek Esah terus ke bilik. Di tangannya memegang erat gambar
along dan angah. Aku buat tidak kisah mungkin perasaan petang tadi masih menghantui dirinya lagi.
malam ni aku makan malam ditemani bunyi unggas, cicak dan lain-lain bunyi yang wujud di kala malam
hari. Selalunya suara Nek Esah yang berkumandang menghiasi malam yang syahdu begini.
Sejak dari itu bermulanya penyakit Nek Esah iaitu hanya diam, tidak makan, termenung dan
kadang-kadang bercakap seorang. Lama-kelamaan penyakit Nek Esah menjadi-jadi, kini ia hanya mampu
baring dan menyebut nama along dan angah. Aku berusaha membawa dia berjumpa doktor tetapi tiada
apa yang dapat dibuat, tetapi doktor pemah menyatakan bahawa panggil pulang kedua-dua orang yang
sering disebut oleh Nek Esah. Aku berdegil, buat apa aku panggil pulang orang yang tidak mahu pulang,
biar aku jaga Nek Esah" bisik hati kecil aku. Dengan perasaan yang amat bongkak, sombong dan tidak
menghiraukan nasihat orang kampung telah bermaharaja lela dalam diri aku. Dengan perasaan busuk
itu, penyakit Nek Esah makin menjadi, kini ia hanya mampu membuka mata dan menggerak-gerakkan
sedikit bibir yang seolah-olah menyebut sesuatu. Aku menjadi takut, siapa yang akan menyambut aku
ketika aku balik dari kebun, siapa yang akan masak lauk kegemaranku. Siapa yang akan jaga bila aku
sakit pening. Siapa,siapa, jika tidak Nek Esah. Tapi Nek Esah sakit, maka terpaksa aku harungi semua
sendiri tanpa dan tidak lagi berduet dengan Nek Esah seperti dahulu.
Pada suatu malam, aku telah bermimpi satu suara yang seakan-akan suara Nek Esah "Abang ,
tolonglah tunaikan hajat terakhir saya, saya hendak berjumpa dengan anak-anak kita untuk kali yang
terakhir. Jika tidak mungkin saya tidak akan aman di sana kelak. Tolonglah permintaan ini abang, tolong,
tolong, tolong." Malam itu aku bangun dan melihat Nek Esah di sisi, ia tidur 'nyenyak. Aku kasihan
dengan Nek Esah. Malam itu aku buat keputusan mengarahkan seseorang pergi jemput Along di Kuala
Lumpur dan menyuruh along menghubungi angah di kota Perancis supaya pulang dengan cepat.
Sudah dua hari aku mengarahkan orang untuk menjemput along tetapi tiada khabar berita,
orang yang berjumpa along pun tidak muncul-muncul. Nek Esah makin tenat. Aku makin bimbang
bercampur takut. Orang kampung sudah mula melawat Nek Esah sehingga memenuhi ruang rumah aku.
Tiba-tiba muncul sebuah kereta mewah meluncur masuk ke halaman rumahku. Aku cuba memberi
perhatian sepenuhnya siapa gerangan dalam kereta itu. Setelah pintu kereta dibuka keluar seorang lelaki
yang tegap dan penuh bergaya bersama seorang wanita yang agak cantik. Lama-kelamaan ia menghampiri
aku dan mencium tangan aku. Adakah mereka berdua ini anak-anak aku? Tekaan aku amat tepat. Mereka
jauh berbeza dari dulu. Aku lihat mereka berdua menangis sambil minta maafatas kesilapan mereka.
Aku tahu keinsafan mula terukir di air muka anak-anak aku ni. aku maafkan mereka dan tidak menyimpan
lagi perasaan marah aku dahulu.
Setelah kami saling berpelukkan dan hampir terlupa akan Nek Esah di atas rumah kami
dikejutkan Nek Esah mengadu sakit. Nek Esah tenat. Along dan angah berlari mendapatkan Nek Esah.
Kedua-dua menangis memohon ampun kepada Nek Esah, situasi itu seolah-olah dalam filem Melayu.
Penuh dramatik dan hati aku yang keras inijuga terusik dengan situasi itu. Muka Nek Esah yang duhulu
hanya pucat menahan kesakitan mula tersenyum kepadaku dan kedua-dua anak kami. Along dan angah.
Aku faham maksud senyuman itu. Nek Esah mahu keluarga kami berkumpul seperti dahulu tetapi berapa
lama untuk Nek Esah. Tidak beberapa lama setelah melemparkan senyuman itu Nek Esah telah
menghembuskan nafas terakhir dan meninggalkan aku keseorangan. Aku terima pemergian Nek Esah
dengan hati yang terbuka dan aku bersyukur kerana dapat menunaikan mimpi Nek Esah dahulu.
Hari ini aku tidak lagi bersendirian. Aku ditemani dengan anak cucu aku. Along telah membawa
aku tinggal di Kuala Lumpur dan Angah dan Smith telah bertukar kerja di Kuala Lumpur. Keluarga aku
kembali berkumpul danjika Nek Esah ada mungkin keadaan akan menjadi meriah. Nek Esah walaupun
kau tiada di sisi aku tapi hati dan perasaan aku masih lagi mengenangkan dirimu Nek Esah.
05:10 | Permalink