24 April 2006
Menangani sendiri masalah komputer
Bagaimana menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengan komputer anda, tidak kira soal perisian atau perkakasan? Mungkin ramai pembaca yang tertanya-tanya apakah rahsia untuk menjadi seorang yang "pandai komputer".
Berikut adalah beberapa tips pedbadi yang menjadi amalan saya, ia berguna untuk anda menjadi seorang yang mampu membetulkan sendiri masalah komputer.
1. Kuasai Bahasa Inggeris
Kita harus akur bahawa dunia Barat adalah yang mula-mula mempelopori dunia komputer, sebab itu hampir kesemua perkara berkaitan dengan dunia komputer adalah dalam Bahasa Inggeris.
Selagi Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa tidak ada 'class' dalam dunia teknologi maklumat (IT), dan bahan-bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku berkenaan IT dalam bahasa melayu tidak diperluaskan, maka selagi itulah kita terpaksa tunduk kepada bahasa penjajah itu.
2. Rajin membaca
Membaca bukan kerana nak lulus periksa sahaja, tetapi membaca itu sebenarnya salah satu daripada keperluan hidup, sama seperti kita makan, minum dan tidur.
Membaca komik, majalah humor atau hiburan boleh dijadikan tarikan kepada budaya membaca, samalah keadaannya bermain permainan komputer sebagai tarikan kepada budaya celik komputer, tetapi sampai bila kita harus leka.
Membaca itu ibarat makan. Kita perlu makan nasi, roti, ikan, ayam, sayur, buah dan lain-lain untuk memastikan pemakanan menjadi seimbang. Membaca juga perlu seimbang antara berita, hiburan, sosial, teknikal dan lain-lain jenis bahan bacaan.
Walaupun tidak banyak, namun terdapat buku-buku yang telah ditulis atau diterjemahkan dalam Bahasa Melayu untuk anda baca sebagai permulaan. Malah beberapa buku yang bersifat teknikal juga sudah ada di dalam pasaran.
Untuk memudahkan anda memahami sesuatu istilath IT, saya syorkan juga agar mendapatkan
glosari atau kamus IT. Jika anda berkesempatan untuk mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa, terdapat beberapa kamus dan glosari IT dalam Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti, Prentice Hall dan lain-lain penerbit.
3. Anggap komputer sebagai komputer
Komputer itu adalah sebuah mesin ciptaan manusia yang tidak bergerak jika tidak digerakkan dan tidak rosak jika tidak dirosakkan.
la tidak akan melakukan apa-apa kecuali anda atau ada orang lain menyuruhnya melakukan sesuatu.
Oleh kerana itu, jika berlaku apa-apa masalah pada komputer, ingat semula apa yang telah anda lakukan padanya sebelum itu.
4. Beri perhatian kepada komputer
Komputer bukan satu ciptaan yang dungu. la mampu memberi tindakbalas terhadap apa yang manusia lakukan ke atasnya. Luangkan sedikit masa anda selama beberapa saat untuk mendengar rintihan komputer setiap kali ia mengeluh dengan memaparkan mesej ralat.
Baca mesej tersebut dan cuba fahami betul-betul.
5. Jawab yes atau no pada tempatnya
Komputer selalunya "bersopan". Sebelum melakukan sesuatu, ia terlebih dahulu meminta kebenaran atau bertanya kepada anda.
Jawablah Yes/OK/Next atau No/Cancel pada tempatnya. Jangan klik pada mana-mana butang sebelum anda memahami apa yang dimaklumkan atau hendak dilakukan oleh komputer.
Kebanyakan perisian komersil yang boleh didapati di pasaran adalah "bersopan", tetapi berhati-hati dengan perisian yang dipindah terima dari Internet kerana ada sesetengahnya yang "biadap" memasukkan sesuatu ke dalam komputer tanpa memaklumkan kepada anda terlebih dahulu.
6. Guna papan kekunci dengan betul
Bila menaip, periksa huruf besar dan huruf kecilnya kerana dalam sesetengah keadaan "Saya", "saya", "SAYA" dan "SaYa" adalah empat perkataan yang berbeza sama sekali.
Jangan tekan kekunci Enter atau Delete sesuka hati, pastikan anda tahu apa yang anda lakukan, baca dan fahami betul-betul mesej yang dipaparkan oleh komputer.
7. Pegang tetikus betul-betul
Jangan terketar-ketar apabila menggunakan tetikus. Jika tetikus itu sendiri yang terketar-ketar, bersihkan ia atau beli sahaja yang baru pada harga tidak sampai RM20.
Tetikus boleh dioperasi dengan pelbagai cara. Anda mungkin hanya tahu atau biasa menggunakan satu cara sahaja iaitu klik butang kiri.
Sebenamya selain klik butang kiri, anda juga boleh klik butang kanan, klik dua kali (double click) butang kiri, klik dua kali butang kanan, klik kedua-dua butang serentak, klik dan jangan lepaskan butang sambil menyeret tetikus (dragging), dan lain-lain bergantung kepada perisian yang digunakan. Ada juga tetikus yang lebih canggih, mempunyai lebih banyak fungsi termasuklah roda untuk skrol.
Jika tersilap seret fail, perisian yang memerlukan fail berkenaan akan menghadapi masalah untuk rnencarinya dan akan gagal beroperasi.
Pastikan juga tetikus anda tidak diklik secara tidak sengaja sewaktu tidak diperlukan.
8. Jangan buang dokumen atau manual
Simpan dengan baik buku manual dan sebarang disket atau cd-rom yang anda terima sewaktu mula-mula membeli komputer atau perkakasannya, kerana ia akan diperlukan semula untuk memulihkan komputer anda sekiranya berlaku masalah.
Ramai pengguna yang tidak mengendahkan benda-benda tersebut dan akibatnya mengalami kesukaran untuk memasang semula sistem komputer sekiramya terpaksa dikonfigurasikan semula.
Manual-manual itu juga penting untuk membolehkan anda mengetahui selok-belok komputer dengan lebih terperinci.
9. Segan bertanya sesat jalan, tetapi sebelum bertanya periksa dahulu
hampir semua perisian komputer mempunyai menu Help. Gunakan menu ini untuk mendapatkan bantuan atau penjelasan tentang bantuan.
Banyak masalah berkaitan perisian boleh diselesaikan dengan merujuk kepada Help. Klik menu Help di dalam perisian yang anda inginkan bantuan itu untuk mendapatkan penjelasan tentang kemusykilan anda.
10. Bantuan daripada Internet
Selain menu Help, bantuan yang lebih banyak boleh didapati menerusi Internet. Tujulah kepada tapak web pengeluar komputer, perisian atau perkakasan anda untuk mendapatkan rujukan atau bantuan teknikal yang berkaitan.
Anda juga boleh mengunjungi tapak-tapak web lain yang menyediakan perbincangan tentang masalah komputer seperti http://www.putera.com, http://www.sembang.com dan sebagainya.
Atau anda juga boleh terus mencari apa sahaja yang diperlukan menggunakan enjin pencari.
11. Tanggung risiko sendiri jika guna produk cetak rompak
Produk cetak rompak adalah salah satu saluran yang digunakan oleh pencipta-pencipta virus untuk menyebarkan virus mereka tanpa disedari.
Jika anda beli perisian yang asli, ia bukan sahaja terjamin bebas dari masalah virus, tetapi anda juga boleh menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan mereka secara percuma sekiranya berhadapan dengan sesuatu masalah.
12. Komputer itu alat elektrik
Sebagai satu alat elektrik, setiap komponen atau perkakasan komputer mempunyai kekutubannya sendiri.
Perkakasan luaran seperti monitor, pencetak, modem, pengimbas, pembesar suara, mikrofon, papan kekunci dan tetikus boleh anda sambungkan sendiri ke komputer dengan melihat kepada bentuk penyambungnya.
Untuk memudahkan juruteknik dan juga mereka yang ingin memasang sendiri perkakasan komputer, pelbagai standard antaramuka telah dicipta untuk membantu anda menyambungkan semua komponen itu.
Padankan penyambung dengan tempat sambungan yang sesuai, dan anda tidak akan tersilap memasangnya, kerana setiap satunya telah dijadikan berlainan bentuk mengikut standard yang telah dipersetujui antara pihak-pihak pengilang sedunia.
Sekiranya pula anda ingin mencabut atau memasang sendiri perkakasan dalaman komputer, anda perlu tahu bahawa kutub positif adalah disimbolkan sebagai "+" dan biasanya wayar berwama merah, manakala kutub negatif adalah disimbolkan sebagai "-" dan biasanya wayar berwama hitam.
Tetapi jika diperhatikan ke dalam isi perut komputer, terdapat banyak wayar dan kabel berselirat di dalamnya.
Melalui standard-standard yang ada juga, semua sambungan itu telah dijadikan dalam bentuk slot atau soket yang pelbagai saiz.
Panduan asas untuk anda menyambungkan komponen dengan soket ialah dengan merujuk kepada pin pertama (ditandakan sebagai "I") dan bahagian wayar kabelnya berwama merah.
Contohnya jika anda lihat pada kabel IDE yang digunakan untuk menyambungkan pemacu cakera keras atau cakera padat, terdapat 40 wayar pada kabel tersebut dan wayar pertama yang berada di tepi diwamakan atau dilabelkan merah.
Sementara di soket pada papan induk pula, ada label untuk menunjukkan yang mana satu pin pertama untuk ditemukan dengan wayar pertama berwama merah tadi.
Komponen yang disambungkan melalui soket pula biasanya lebih mudah untuk disambungkan, iaitu dengan melihat kepada alur yang disediakan. Jika komponen (biasanya dalam bentuk kad) cuba dimasukkan secara menyonsang, ia tidak akan berjaya kerana terdapat penyekatnya di situ.
Kebanyakan komponen lain termasuklah dari jenis soket juga mempunyai penyekat untuk menghalang anda daripada tersalah sambung secara menyonsang.
Walau bagaimanapun sebelum anda berbuat apa-apa dengan bahagian dalaman perkakasan komputer, anda perlu mematikan dahulu suis dan punca kuasa komputer untuk mengelak daripada terkena kejutan
13. Komputer itu cip silikoa
Setiap komponen dalaman komputer adalah terdiri daripada mikrocip silikon yang membentuk litar-litar yang tersangat halus dan sukar dilihat dengan mata kasar. Oleh kerana sifatnya sebegitu, maka ia menjadi terlalu sensitif.
Bekalan kuasa elektrik yang dibekalkan kepada komputer harus stabil untuk memastikan ia dapat beroperasi dengan sempuma, lebihan kuasa boleh menyebabkan kerosakan pada komponen dalaman komputer.
Percaya atau tidak badan manusia juga mampu menjana dan menyimpan sejumlah tenaga elektrik, dan ia berbahaya kepada komponen komputer terutamanya sewaktu anda hendak memasangnya buat pertama kali.
Sebelum anda bekerja dengan komponen dalaman komputer seperti cip pemproses, kad memori atau lain-lain kad, pastikan cas-cas elektrik pada badan anda dibumikan teriebih dahulu dengan menyentuh bahagian logam pada badan komputer.
Discaskan badan anda teriebih dahulu sebelum anda membuka bungkusan plastik dan menyentuh komponen berkenaan untuk mengurangkan risiko kerosakan akibat cas elektrik statik.
14. Komputer itu sensitif dan manja
Apa sahaja peralatan elektronik tewas kepada air kerana sifatnya yang boleh mengalirkan arus elektrik, oleh itu jauhkan komputer anda daripada musuh tradisinya itu.
Badan komputer anda boleh dilap dengan kain yang lembap, tetapi jangan sesekali biarkan air masuk ke bahagian dalam perkakasan komputer walau setitik sekalipun.
Komputer juga tidak tahan kepada suhu yang tinggi, walaupun dirinya sendiri membebaskan banyak haba.
Haba yang dikeluarkan daripada komputer perlu diedarkan dan pastikan udara yang sejuk dapat memasukinya semula untuk menyejukkan bahagian yang panas.
Jika komputer anda menjadi terlalu panas, ia perlu disejukkan, sama ada dengan penyejuk di luar (kipas atau alat penghawa dingin di pasang di dalam bilik) ataupun penyejuk dalaman (kipas penyejuk tambahan dipasang di dalam badan komputer).
Sekali-sekala, periksa bahagian dalam komputer dan bersihkan ia sekiranya berhabuk, kerana habuk yang tebal berupaya menjadi perangkap haba dan menggagalkan sistem penyejukan.
15.Bersabar
Anda dapat mengelak banyak masalah komputer jika anda mampu bersabar dan jangan terlalu memaksa komputer.
Ada masanya apabila anda melakukan sesuatu dan kemudian menekan kekunci Enter atau mengklik butang tetikus berulang-ulang kali, ia akan hanya menyebabkan masa yang lebih lama diambil untuk menyempurnakan sesuatu.
Ada ketikanya juga perbuatan anda itu akan menyebabkan komputer anda menjadi "bosan" dan terus tersangkut.
Anda juga yang rugi. $$$..
05:05 | Permalink