23 April 2006
NOSTALGIA SEKETIKA...
NOSTALGIA SEKETIKA...
Pak Kassim termenung sendirian di beranda. Dia terkenangkan kehidupan di masa lampau Pada awal belasan tahun, dia terpaksa melupakan cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah tinggi. Ramai pemuda yang sebaya dengannya telah memilih untuk menjadi polis. Bapanya sendiri telah mempelawa dia pekerjaan itu. Ketika dia hendak bertolak ke pusat latihan, ibunya menangis teresak-esak kerana khuatir
anaknya tidak sanggup menjalani latihan polis itu.
Tetapi dia telah membuktikannya dengan menjawat jawatan yang agak tinggi pada ketika itu. Ketika balainya diserang oleh musuh, ramai rakannya telah terkorban Dia juga hampir terkorban tetapi nasib telah menyebelahi dia. Dia telah diselamatkan oleh beberapa orang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan tcrsebut.
Namun zaman telah berubah, peperangan tidak berlaku di negara ini. Pak Kassim sendiri telah bersara dan telah menunaikan haji bersama isterinya. Anak-anaknya sudah melanjutkan pelajaran ke universiti dan telah menjawat jawatan yang agak baik.
Walaupun semua anaknya telah berkahwin, dia hanya mempunyai seorang cucu lelaki sahaja. Itulah pewaris keluarga mereka. Esok hari raya, anak cucunya akan pulang ke kampung hari ini. Isterinya sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Pak Kassim merasakan baru tahun ini anak dan cucunya beraya di kampung setelah mereka
duduk di luar negara sekian lama. Hampir 20 tahun dia tidak menatap wajah cucu kesayangannya itu. "Bagaimanakah keadaan cucuku sekarang?" detik bati Pak Kassim.
"Tentu dia telah besar sepcrti cucujiranku," detiknya lagi.
Tiba-tiba hon berbunyi, dia tidak berapa nampak sekarang kerana umurya telah meningkat tua. "Jan. anak kita balik dengan cucu kita," jerit Pak Kassim kepada isterinya di dapur. Ketika mereka membuka pintu kereta, cucunya telah berubah. Dengan rambut
yang sengaja diwarnakan, cucunya Hakim bertanya kepada bapanya mengenai orang tua itu.
Alangkah kecil hati Pak Kassim melihat cucunya sebegitu. Baru tadi dia berkira-kira jika cucunya pulang sebelum petang, dia mahu mengajak ke kolam di belakang rumah tetapi dia tidak menyangka Hakim, cucu kesayangannya berkata begitu. Itulah budaya barat
yang telah mempengaruhi Hakim. Pak Kassim sudah dapat meneka jika ditanyakan makna merdeka. sudah pasti anak dan cucunya tidak dapat menjawabnya.
Malam itu setelah makan malam, mereka menonton berita bersama. Bcrita di dalam negeri tidak banyak menarik tetapi berita antarabangsa telah menarik pcrhatian mereka semua. Walaupun Pak Kassim telah bersara, dia masih lagi mengikuti perkembangan semasa. "'Iraq diserang Amcrika," kata pemberita itu. Pak Kassim berasa amat dukacita.
Esok hari raya tetapi penduduk Iraq berhempas pulas mempertahankan negaranya.
"Alangkah sedihnyajika keadaan Iraq berlaku di sini," kata Pak Kassim. Hakim yang
baru keluar dari bilik berkata "Ala tok, biasala tu peperangan. Kita fikir bahawa Amerika serang kerana ada reason" sambil berjalan ke arahnya.
Pak Kassim bersabar mendengar kata cucunya itu. Sakit Pak Kassim datang lagi.
Pak Kassim meminta ubat dan air suam yang terletak berhampiran Hakim. Hakim menghulurkan ubat dan air suam dan bertalu masuk ke biliknya. Pak Kassim menggelengkan kepalanya. Sebelum dia tidur, dia berpesan kepada isterinya supaya mengejutkannya tengah malam untuk solat tahajud. Tengah malamnya, isteri Pak Kassim mengejutkannya tetapi Pak Kassim tidak bangun juga. Isterinya merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Pak Kassim lalu isterinya merasakan pemafasan Pak Kassim.
Meraung isterinya.
Pada keesokan harinya, Pak Kassim dikebumikan dalam keadaan tersenyum. Sebelum dia meninggal dunia, dia berpesan kepada isterinya agar menyerahkan sebuah kotak usang kepada cucunya. Hakim. Hakim membuka kotak itu setelah sampai ke rumahnya di bandar. Terdapat sebuah al-Quran usang, beberapa keping gambar, pingat dan terselit sebuah note kecil untuknya. "Assalamualaikum... khas untuk cucuku
tersayang. Hakim. Ketika kau membacanya, mungkin atuk telah tiada di atas muka bumi ini. Atuk ada satu soalan yang atuk rasa mungkin kau tak akan teriawab Mengapakah engkau begitu bangga dengan budaya barat? Atuk rasa kau salah. Wahai cucuku tersayang, cintailah tanah air sendiri kerana tanah inilah tcmpat kau dilahirkan. Engkau
tidak akan faham penderitaan orang zaman dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan.Tidak mengapalah jika engkau masih berdegil. Tetapi sudahkah kau melihat surat khabar
yang mengatakan Iraq diserang Amerika? Itulah salah satu natijahnya. Sckian, sambutlah salam mesra dari atuk dan belajar rajin-rajin." Hakim menangis teresak-esak dan jatuh terjelepok
'Hakim berjanji tidak akan membongga-banggakan budaya barat,' detik hati Hakim. Tidak lama kemudian. Hakim telah beriaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard. 'Atuk, inilah hadiah kejayaan buat atuk,' detik hati Hakim ketika melawat tanah
perkuburan atuknya. Amin... -LOVE PEA.CK NOT WAR*
Hasil nukilan,
YAN_OINOER'8
05:10 | Permalink