24 April 2006
Atasi masalah PC dengan cara berbeza (windows XP)
Apabila PC anda menghadapi masalah secara tiba-tiba, anda perlu memahami dan menangani masalah itu. Panduan di bawah ini mungkin boleh membantu anda mengatasi masalah PC dalam kebanyakan kes. Paling penting, anda perlu sedar bahawa sesetengah masalah itu berpunca daripada kecuaian pengguna - samada pengguna itu mahir atau masih baru. Contohnya, ketika PC melalui proses ibootT anda mungkin tertekan kekunci tertentu pada papan kekunci. Selain menyedari kesilapan, lapangkan fikiran supaya mudah untuk mencari punca masalah itu. Sebagai persediaan menangani masalah, fanami dahulu setiap panduan berikut.
Masalah & penyelesaian
+ Kekerapan - sesetengah masalah PC hanya
muncul sekali sekala dan tidak muncul lagi selepas itu. Jika demikian, anda tidak perlulah bimbang untuk menangani masalah seperti ini kerana ia hanya berlaku dalam situasi tertentu sahaja. Masalah yang tidak beriaku lagi bolehlah dianggap selesai. Ini berlainan dengan sesetengah masalah yang mulanya tidak menimbulkan apa-apa masalah. Keadaan ini beriaku apabila anda memperolehi maklumat daripada aplikasi tertentu dalam PC yang mengatakan sesuatu yang tidak sepatutnya telah beriaku. Maklumat ini boleh jadi petunjuk kepada masalah yang sebenar.
+ Petunjuk - sistem operasi (OS) anda mungkin menunjukkan peratusan tertentu penggunaan sumber sistem (System Resources). Peratusan ini mungkin petanda bagi sesuatu masalah tetapi tidak mustahil jika tiada masalah beriaku. Contohnya dalam Windows XP (XP) anda boleh melihat melalui Event Viewer untuk mencari apa yang tersenarai di dalam
catatannya dan mengesyaki sesuatu telah beriaku. Anda boleh menyemak rekodnya jika ada masalah sebenar beriaku untuk dijejaki. Selain itu, anda juga boleh menyemak pada Windows Task Manager jika anda mendapati sistem amat periahan atau kaku.
+ Penjelasan - anda perlu memahami sesuatu masalah yang beriaku dengan baik. Kenalpasti perihalnya, bukan dari aspek teknikal semata-mata. Ini mungkin boleh menjadi cara terbaik untuk menjejaki punca masalah tersebut. Sekiranya anda membantu seseorang membetulkan masalah PC mereka, cuba minta mereka ceritakan dengan tepat apa yang telah mereka lakukan. Ini merupakan langkah terpantas untuk mengesan kesilapan yang dilakukan oleh pengguna. Menerusi penjelasan tersebut, anda mungkin boleh menerangkan perihal masalah yang sama kepada pengguna lain termasuklah cara untuk mengatasinya.
+ Meniru - pastikan sesuatu masalah boleh direplikasi atau ditiru seperti pada PC yang asal. Jika boleh, masalah itu boleh dihasilkan semula pada PC yang lain. Cuba susuli langkah demi langkah, jika boleh cari ketukan kekunci dan klik tetikus yang menyebabkan masalah itu. Selalu juga beriaku, ada langkah tertentu yang telah dilangkaui. Jadi, jika anda ingin memberikan bantuan kepada pengguna lain melalui talian telefon, minta pengguna itu menceritakan langkah yang dibuat secara terperinci, misalnya butang yang diklik dan kekunci yang ditekannya. Langkah terperinci ini boleh membantu anda mencari jalan menanganinya. Jika gagal, anda masih boleh menjelaskan secara terperinci kepada yang lebih pakar.
+ Restart PC - jika masalah tiba-tiba muncul (contoh melibatkan Windows, sambungan rangkaian, atau aplikasi), hidupkan semula (restart) PC anda. Langkah mudah ini mungkin boleh menangani masalah yang dihadapi dengan serta merta. Langkah ini membantu, malah sering diamalkan oleh staf sokongan teknologi maklumat (IT). Anda boleh menggunakan butang Restart yang disediakan dalam Windows. Jika anda rajin, anda boleh menyediakan ikon pintasan untuk prosedur Restart pada bahagian Desktop. Selain itu, anda boleh memasang utiliti untuk prosedur tersebut. Ini memudahkan lagi kerja-kerja anda.
+ Safe Mode - boot semula sistem dalam Safe Mode. Jika ada masalah timbul, anda mungkin menemui banyak puncanya menerusi mod ini. Untuk menanganinya dalam Safe Mode anda boleh menggunakan teknik iciean bootT yang melibatkan proses penghapusan senarai item tertentu. Ada yang mengatakan jika sesuatu masalah berterusan dalam Safe Mode, puncanya mungkin perkakasan. Jika sebaliknya ia adalah masalah perisian. Lebih tepat lagi jika masalah Windows berterusan dalam Safe Mode, ia besar kemungkinan masalah perkakasan atau kerosakan asas Windows. Jika tidak berlaku dalam Safe Mode, maka ia mungkin masalah perisian atau driver. Malah mengetahui perbezaan di antara Safe Mode dan Normal Mode juga akan membantu anda memfokuskan ruang lingkup yang perlu dipertimbangkan.
+ Pengimbas virus - anda periu menggunakan perisian antivirus yang baik untuk beroperasi pada masa nyata, memantau dan memeriksa fail yang diakses. Selain itu pengimbasan semua fail dari masa ke semasa juga periu dijalankan. Anda perlu menggunakan fail definisi virus terkini dari masa ke semasa apabila ia dikeluarkan dan fungsi kemaskini automatik adalah lebih baik. Jika ada yang mencurigakan, jalankan program antivirus untuk memeriksa sistem. Ini sekali gus satu cara untuk mengesan masalah.
+ Pengimbas parasit - terdapat juga penceroboh bukan virus yang menimbulkan masalah seperti virus. Malah parasit ini mungkin boleh memberikan risiko lebih besar hingga menyebabkan operasi PC anda terjejas. Adware, spyware, browser hijacker, automatic dialler, dan lain-lain bentuk perisian jahat ini bukan virus. Ada yang diperolehi kerana dipasang secara tidak sengaja atau tidak disedari pengguna, dan ada juga yang emendapat izini. Biasanya jika ia diselitkan dalam perisian yang diberikan percuma.
+ Perisian percuma - beberapa perisian parasit
boleh dipasang atau menyusup ke dalam PC anda melalui perisian yang nampak menarik atau hebat. Contohnya, Hotbar merupakan penambah pelayar web yang popular tetapi boleh menyebabkan masalah besar terhadap kebanyakan PC. Banyak orang memasang Gator untuk mengurus kata laluan dalam talian. Ada juga yang memasang penampal Internet Explorer yang nampak menarik dan berguna untuk pelayaran web lebih cepat dan lebih baik. Jika parasit seperti ini menjangkiti, langkah terbaik menanganinya ialah mengasing atau mengeluarkan parasit berkenaan.
+ Sejarah - anda perlu mengetahui bila masalah bermula? Adakah ia berlaku secara tetap atau sesekali? Apakah coraknya? Adakah ia berlaku apabila anda mencuba tugas yang sama dengan langkah yang berbeza? Apa perubahan yang telah dibuat (seperti menambah, membuang, atau membuat konfigurasi baru) pada perkakasan, perisian, atau sistem operasi (OS) sebelum masalah bermula? Adakah masalah berlaku sebelum ini? Adakah penyelesaiannya ditemui? Sejarah seperti ini biasanya boleh membantu.
+ System Restore - jika masalah boleh dijejaki hingga ke masa tertentu, dan peristiwa tertentu (katakan pemasangan penampal, program, atau driver), kembalikan perubahan itu dan uji untuk melihat samada masalah itu boleh diselesaikan atau sebaliknya Jika anda menggunakan Me atau XP, System Restore ialah satu alat berguna untuk kembali ke masa sebelum masalah bermula, mengembalikan perrubahan terhadap Registry dan banyak jenis perubahan pada sistem. Selain System Restore, perisian pemulihan sistem yang sesuai dari pihak ketiga (samada perisian percuma atau berbayar) juga boleh digunakan.
+ Ralat membantu - kemunculan ralat mungkin mengganggu, tetapi ia sebenarnya boleh menolong anda menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selalunya, mesej ralat sahaja yang boleh memberitahu anda apa yang telah berlaku. Oleh itu, anda ingin mendapatkan maklumat sebanyak mungkin. Namun, Windows tidak memberikan mesej ralat melainkan anda membuat perubahan yang tidak wajar dalam Windows. Sehubungan itu, ketahui dan gunakan mana-mana maklumat diagnosa ralat yang disediakan. Ini boleh jadi berbeza mengikut versi Windows. Contohnya dalam XP, Event Viewer digunakan untuk melihat diagnosa peristiwa. Cara terpantas mengaksesnya dengan melancarkan EventVwr.ms dari kotak Run.
+ Mengimbas pemacu keras - jika masalah yang
timbul itu berkaitan dengan sistem fail Windows, maka integriti satu atau beberapa fail dan kemampuan anda mengakses maklumat pada pemacu keras akan terjejas. Jadi anda disyor agar menjalankan ScanDisk dalam Windows 95/98/ME, atau ChkDsk dalam 2000/XP. Anda boleh menggunakan utiliti yang sedia terdapat dalam Windows. Selain itu, anda boleh menggunakan perisian pengimbas cakera yang berkesan (samada perisian itu komersial atau percuma).
+ Masalah rawak - PC lumpuh, muncul ralat, atau petanda seumpamanya, jika berlaku secara rawak dan tidak dijangka, selalunya adalah kegagalan perkakasan. Menguji masalah rawak ini bergantung kepada samada ia boleh ditiru atau sebaliknya. Anda boleh melakukan replikasi jika anda boleh mengenalpasti situasi ketika ralat itu berlaku. Perlu diingatkan sesetengah masalah perkakasan boleh direplikasi dan tidak rawak. Namun, masalah rawak biasanya dikaitkan dengan isu perkakasan. Jadi, cuba kenali corak masalah tersebut dan kenalpasti faktor-faktor penyumbangnya. Ini boleh mengecilkan fokus masalah.
Rujukan: Majalah PC Disember,2005
05:05 | Permalink