26 April 2006
Cemburu
PAGI itu aku bangun awal. Selepas mandi dan menunaikan solat Subuh, aku bersarapan pagi bersama ibu dan ayah. "Amboi! Sedap sungguh hidangan ibu pagi ini,"uji Mazlan kepada ibunya. “Anak ibu ni ada apa-apa ke, sampai puji ibu ni,"beritahu Hajah Maznah kepada anak bongsunya. Haji Nordin hanya menguntum senyuman kepada isterinya.
Jam di tangan menunjukkan pukul 7 pagi. "Ayah! Ibu! Lan pergi sekolah dulu ye!,"beritahu Mazlan sambil mencium tangan ayah dan ibunya. Hajah Maznah dan Haji Nordin hanya memandang anak bongsu mereka. Di hati masing-masing, mereka berdoa semoga anak bongsu mereka itu akan berjaya dalam pelajaran dan menjejakkan kaki ke menara gading seperti mana yang berjaya dicapai oleh anak sulung mereka, Halimatul Saadiah.
Mazlan mendapatkan basikal BMX yang baru dibeli oleh ayahnya atas kejayaannya dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini. Kejayaan itu menjadi perangsang kepadanya untuk lebih tekun dalam pelajaran.
Di pertengahan jalan, Mazlan bertemu dengan rakan sekelasnya, Azman yang sedang berjalan kaki ke sekolah.
" Kenapa berjalan kaki ke sekolah Man?,"soal Mazlan kepada Azman. "Tayar basikal Man pancit, la, Lan!,"beritahu Azman kepada Mazlan yang inginkan kepastian.
"Mari tumpang Lan ke sekolah. Jangan malu-malu. Man kan kawan baik Lan. Kita kan duduk dalam satu kelas yang sama. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing," kata Mazlan sambil mempelawa sahabat karibnya itu naik basikal bersamanya.
"Terima kasih, Man. Manlah sahabat sejati Lan," puji Azman pada Mazlan. "Sama-sama," kata Mazlan sambil tersenyum sinis. Sejak dari bangku sekolah rendah lagi, Mazlan dan Azman bagaikan adik-beradik. Ke mana sahaja pergi, mereka dipandang sebagai adik dengan abang.
Sampai di sekolah, Mazlan menyimpan basikalnya di pondok basikal. "Apa kata hari ini Man belanja Lan makan". beritahu Azman kepada Mazlan. "Terima kasih, Man. Lan sudah makan di rumah,"jelas Mazlan rakan karibnya itu.
"Kalau macam tu, Man belanja Lan minum saja. Boleh tak?"tanya Azman. "Boleh Man," kata Mazlan sambil tersenyum kepada Azman. Mazlan dan Azman jalan beriringan ke kantin sekolah.
Ketika sedang minum dikantin sekolah, mereka ditegur oleh Suhaimi. “Boleh saya join sekali,” tanya Suhaimi kepada Mazlan dan Azman.
“Boleh, apa salahnya,” beritahu Mazlan sambil
memandang wajah Azman. Azman hanya mengangguk tanda bersetuju.
Ketika mereka sedang minum bersama, loceng sekolah berbunyi menandakan bermulanya sesi pelajaran. Mereka berjalan menuju ke bilik darjah. Pelajaran yang diajar pada sesi pertama berjalan dengan lancar. Semua pelajarTingkatan Lima Bestari khusyuk mendengarguru kelas mengajar.Tumpuan tetap diberikan kerana mereka akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Selepas selesai mata pelajaran yang kelima, loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat. Semua pelajar berpusu-pusu ke kantin sekolah untuk menjamu selera termasuk Mazlar Azman dan Suhaimi.'
"Apa kata Mie belanja makan hari ini," beritahu Suhaimi kepada Mazlan dan Azman yang berjalan beriringan."Apa salahnya,"kata Azman kepada Suhaimi. Mazlan hanya tersenyum kepjida Azman. Azman memandang Suhaimi dengan senyuman.
Mazlan dan Azman dijamu dengan nasi ayam dan segelas air oren oleh Suhaimi. Ketika sedang menjamu selera, Suhaimi meminta diri dahulu untuk pulang ke kelas. Dihati mereka kenapa Mie hendak ke kelas pula. Kenapa tidak makan bersama mereka. Apa yang dibuat oleh Mie dikelas. Mereka merasa curiga dengan Suhaimi.
Loceng sekolah berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat. Mazlan dan Azman berjalan beriringan menuju ke kelas mereka. Guru kelas Bahasa Inggeris, Siti Mariam masuk ke kelas. "Semua pelajar, tolong keluarkan kerja rumah yang dkgu minta pelajar siapkan semalam;'beritahu Cikgu Siti Mariam kepada pelajarnya.
Ketika membuka beg sekolah, Mazlan mencari kerja rumah yang disiapkannya semalam tetapi tiada. Dicarinya dalam meja tetapi tiada juga. Dia bertanya kepada Azman kalau-kalau Azman ada mengambilnya. Tetapi Azman tidak mengam-bilnya. Siapa pula yang mengambil buku kerja rumahnya. Ajaib betul. Semasa hendak pergi ke sekolah pagi tadi, dia sudah memasukkan buku kerja rumah ke dalam beg.Tentu ada yang % mengambilnya tetapi siapa?
"Mazlan! Kenapa awak belum lagi menghantaf kerja rumah yang cikgu minta siapkan semalam?." tiba-tiba Cikgu Siti Mariam bersuara."Maaf cikgu! Buku kerja rumah saya hilang," beritahu Mazlan kepada guru kelasnya 'Macam mana boleh hilang. Tentu awak silap letak," kata Cikgu Siti Mariam.'Tidak cikgu. Saya letak buku itu dalam beg saya pagi tadi cikgu," jelas Mazlan.
"Ada tak sesiapa yang mengambil buku kerja rumah milik Mazlan?,"tanya Cikgu Siti Mariam kepada pelajarnya. Semua pelajar mendiamkan diri. "Tolong keluarkan beg kamu semua," beritahu Cikgu Siti Mariam sambil memeriksa setiap beg pelajarnya.
Ketika memeriksa beg Suhaimi, Cikgu Siti Mariam terjumpa buku kerja rumah milik Mazlan. "Kenapa kamu mengambil buku kerja rumah milik Mazlan. Beritahu cikgu!," tanya Cikgu Siti Mariam. Suhaimi mendiamkan diri. Dihatinya timbul rasa kekesalan. "Beritahu cikgu, kenapa kamu mengambil buku kerja rumah Mazlan," gertak Cikgu Siti Mariam. Suhaimi menjadi takut. Dalam ketakutannya, dia memberitahu perkara sebenar kepada Cikgu Siti Mariam.
"Tujuan saya mengambil buku kerja rumah Mazlan kerana saya cemburu dengan persah-abatan antara Mazlan dengan Azman," beritahu Suhaimi. "Kenapa awak buat begitu. Islam tidak mengajar umatnya membuat sesuatu perkara yang menyalahi agama. Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih," beritahu Cikgu Siti Mariam.
"Kamu perlu minta maaf kepada Mazlan. Kamu sudah membuat salah kepadanya," kata Cikgu Siti Mariam kepada Suhaimi. Dalam ketakutan, Suhaimi berjabat tangan dengan Mazlan. Mazlan memaafkan kesalahan Suhaimi itu.
Selepas sesi persekolahan, Suhaimi berjumpa dengan Mazlan dan Azman. Suhaimi memohon ampun dan maaf kerana membenci mereka. Dia berjanji tidak akan memusuhi Mazlan dan Azman.
"Bukan salah Mie untuk berbuat demikian. Mie salah anggap atas persahabatan kamu berdua. Maafkan Mie!," kata Suhaimi sambil air mata berguguran membasahi pipi gebunya.
"Kami maafkan Mie.Jadilah sahabat kami. Kami sedia berkongsi masalah bersama. Kita kan kawan. Apa salahnya kawan tolong kawan. Hari ni hari Mie. Esok-esok hari kami pula," kata Mazlan sambil tersenyum kepada Azman dan Suhaimi. Mereka berjabat tangan bersama. Terlerailah sebuah kekusutan. Menjelmalah sinar kebahagiaan di hati mereka.
Mereka berjanji akan mencipta kejayaan dalam peperiksaan SPM yang akan menjelma tidak lama lagi. Seboleh-bolehnya mereka mahu menghadiahkan kejayaan itu kepada Cikgu Siti Mariam, rakan-rakan, guru dan ibu bapa mereka.
13:15 | Permalink