24 April 2006
Menggilap semula skil mengendali PC (Windows XP)
Kebanyakan pengguna menggendalikan PC berdasarkan kepada skil dan pengetahuan yang sudah dikuasai. Pengguna yang rajin, biasanya akan mencari panduan/tip baru, terutamanya yang belum pernah dicuba atau diamalkan. Pun begitu, tidak semua pengguna boleh mengingat setiap panduan/tip baru yang pernah dicuba dan diketahui. Jadi, banyak panduan/tip yang perlu diingati semula, satu cara dengan mencuba lebih kerap. Bagi menggilap kembali skil perkomputeran anda, ditampilkan di sini pelbagai panduan/tip, baru dan lama.
+ Jika anda menambah Address Bar Internet Explorer (IE) pada Desktop, anda boleh memulakan carian Internet sebelum pelayar web dibuka. Anda boleh membuka program dengan menaipkan namanya ke dalam Address Bar tadi. Contohnya, membuka dokumen Excel, anda perlu menaipkan Excel ke dalam ruang Address Bar itu. Untuk menambah Address Bar IE pada bahagian Desktop pula, klik kanan pada taskbar. Melalui menu yang muncul, klik pada pilihan Toolbars, dan klik pilihan Address
+ Jika tetikus memiliki roda skrol , anda boleh menggunakannya untuk mengubah saiz teks MS Office dan IE dengan lebih cepat. Caranya, tekan kekunci Ctrl apabila anda memutarkan roda tetikus dan saiz teks akan meningkat atau menurun, tertakluk kepada arah anda memutarkan roda tetikus itu.
+ Anda boleh memiliki Desktop kosong, tanpa ikon bertaburan yang boleh mengangggu penghias skrin (wallpaper). Ini mudah dilakukan dalam XP. Klik kanan pada Desktop dan gerakkan penunjuk tetikus pada pilihan "Arrange Icons By." Pada menu yang terpapar, klik pilihan "Show Desktop Icons" untuk membuang penandanya (klik pada Options sekali lagi Jika ikon Desktop ingin dikembalikan).
+ XP membolehkan anda menukar nama fail dengan pantas. Klik sekali pada fail yang hendak ditukar namanya, kemudian tekan butang Ctrl apabila memilih fail lain. Setelah semua fail itu ditanda, klik kanan pada fail yang ditanda tadi dan klik pilihan Rename. Taipkan nama baru dan tekan Enter. Semua fail itu akan ditukar namanya, jadi Jika anda menukar nama fail "percutian", maka fail ia akan menjadi percutian, percutian2, percutian2, dan seterusnya. Ini adalah cara pantas untuk mengelola koleksi foto.
+ Kalkulator Widnows menJpakan aplikasi kecil yang boleh melaksanakan pengiraan matematik lanjutan selain pengiraan asas. Untuk mengakses pilihan saintifik pada kaklulator tersebut, anda perlu membuka kalkulator itu dan klik pada menu View. Dalam menu yang muncul, klik pilihan Scientific.
+ Internet mampu menyebarkan spyware dan virus yang boleh mendatangkan pelbagai masalah. Oleh itu anda mungkin perlu menetapkan semula ketetapan keselamatan IE bagi menghadkan proses download. Klik pada pilihan Tools, kemudian pilih Internet Options. Pada tetingkap Internet Options, klik kategori Security. Klik pula butang Custom Level, kemudian can hingga anda menemui pilihan File Download. Klik pilihan Disable supaya ada titik hijau di tengah bulatan pilihan, kemudian klik butang OK. Kin IE menyekat semua download sehingga ande mengubah ketetapan keselamatan.
+ Panduan mudah ini berguna apabila anda berada dalam talian. Apabila anda menemui bahagian laman web yang hendak disimpan, anda tidak perlu menandakan seluruh laman web itu. Sebaliknya, tanda bahagian yang dikehendaki, kemudian terus tekan butang kiri tetikus, dan heret bahagian yang ditanda itu keluar dari paparan IE dan pindahkan ke bahagian Desktop. Lepaskan butang tetikus, dan bahagian itu disimpan sebagai "document scrap." la lengkap dengan alamat umtuk tapak web yang disalin tadi.
+ Apabila program baru dipasang dan dipadam dari PC, beberapa perubahan akan berlaku. Baki rujukan program yang tidak dipadam dan pintasan lama berterabur dalam PC -meningkatkan peluang berlaku ralat. Senarai program pada menu Start mungkin tidak tersusun lagi, kerana program baru ditambah. Untuk memastikannya tersusun, klik kanan pada senarai itu dan klik pilihan "Sort by Name". Program itu akan disenarai mengikut abjad. Favorites IE juga boleh disusun dengan cara yang sama.
+ Ketetapan keselamatan IE biasanya diakses menerusi menu Tools. Tetapi ia boleh diakses lebih cepat dengan cara lain. Caranya, dwi klik pada sudut kanan dan bawah IE, dan ketetapannya akan terpapar.
+ Windows secara automatik memainkan CD muzik sebaik sahaja CD dimuatkan Re dalam pemacu CD. Jika anda ingin menentukan sendiri masa untuk memainkan CD muzik tersebut, anda boleh mematikan fungsi autoplay yang disediakan. Caranya, buka My Computer, klik kanan pada ikon CD-Rom. Pilih Properties dalam menu pilihannya, kemudian klik kategori Autoplay. Gunakan menu "pull-down" bagi memilih Music CD, kemudian pilih "Take No Action". Ciri autopiay kini dimatikan.
+ Jangan buka sisipan dan e-mel yang tidak diundang. Sisipan begitu mungkin berisi virus. Malah jika anda mengenali alamat e-mel dan sumbernya sekali pun, sila semak dengan pengirim e-mel itu terlebih dahulu jika anda menerima e-mel yang luar biasa atau tidak dijangka. Ada kemungkinan virus akan menjangkiti sistem penghantar e-mel dan cuba menyalin dirinya untuk dihantarkan kepada orang lain.
+ Kandungan e-mel gurauan virus mungkin mencadangkan langkah-langkah untuk melindungi diri anda daripada virus, la mengesyorkan supaya anda mengingatkan orang lain sebanyak mungkin mengenai penularan virus itu sedangkan virus sebenar tidak wujud. Namun e-mel seperti ini boleh menyebabkan kekecohan, malah memperlahankan pelayan kerana banyak orang mengirim dan menerima e-mel. Jika anda menuruti arahan dalam e-mel agar melindungi diri atau membuang virus yang tidak wujud, maka tindakan anda boleh merosakkan komputer. Gurauan seperti ini boleh melibatkan mesej telefon bimbit.
+ IE 6.0 menyimpan History tapak web yang anda lawati. Meskipun ini membantu, folder History boleh disalah guna oleh spyware untuk mencari maklumat mengenai tabiat pelayaran anda. Adalah lebih baik jika anda membersihkan History itu dari masa ke semasa, terutamanya jika anda mengunjungi tapak perbankan dalam talian atau tapak web lain di mana maklumat peribadi mungkin disenaraikan. Jika beitu buka IE, klik menu Tools, dan pilih Internet Options. Pada kategori General, klik butang Clear History dan klik Yes jika ditanya samada anda benar-benar hendak membersihkan History.
+ Spam telah menjadi isu e-mel yang serius. Jadi, jangan sesekali terperangkap dengan mengklik pada pautan (link) "unsubscribe" dalam spam. Jika diklik, tindakan anda akan memaklumkan penghantar spam itu bahawa akaun e-mel anda adalah aktif. Akibatnya lebih spam pasti akan menyusul. Seelok-eloknya, tambah spam itu kepada senarai Block Sender dan padam mesej spam dari inbox e-mel anda.
+ Sebelum membeli belah dalam talian,
pastikan laman web daftar keluar atau "check out" tapak tersebut selamat. Selalunya ikon sebuah kunci mangga kecil akan muncul dt bahagian bawah tetingkap pelayar web anda. Bagaimanapun, bukti seperti ini masih belum memadai. Seterusnya lihat pada URL laman webnya yang selamat. URL laman web yang selamat patut bermula dengan https bukan http
+ Jika anda gemar menggunakan satu kala laluan (password) untuk semua perkara, cuba hindari tindakan seperti ini. Jika seseorang menemui kata laluan yang satu sahaja itu, maka orang itu boleh mengakses semuanya. Jadi, gunakan kata laluan berbeza bagi akaun e-mel atau khidmat lain yang perlu kata latuan.
+ Tetingkap "popup" palsu mirip tetingkap "popup" biasa, tetapi ia sebenarnya adalah imej. Jika anda mengklik di mana-mana lokasi pada imej itu ia akan mengaktifkan pautan (link), yang sering menjurus kepada proses pemindahan (download) spyware tanpa disedari. Popup palsu ini tertakluk kepada tabiat pengguna. Anda melihat tetingkap "popup", jadi anda menutupnya dengan mengklik butang "X" pada "popup" itu. Disebabkan butang "X" sebahagian daripada imej, maka anda mengaktifkan pautan. Jadi perhatikan pada penunjuk tetikus. Jika penunjuk masih kelihatan seperti etangan kecili di atas butang "X", maka "popup" itu adalah palsu. Jika ia kelihatan seperti anak panah, ia adalah "popup" sebenar.
+ Jika pemacu keras beroperasi sedangkan tiada siapa yang menggunakan PC tersebut, maka anda boleh mengesyaki sesuatu. Aktiviti pemacu keras atau modem yang luar biasa ini mungkin petanda spyware beroperasi dalam PC, atau penggodam mendapat akses kepada sistem. Satu lagi tanda kemungkinan serangan penggodam ialah penunjuk tetikus yang muncul bergerak sendiri seperti dikawal orang lain.
+ Dokumen Word yang sensitif boleh dilindungi kata laluan, jadi hanya anda yang boleh membukanya. Perlu diingat jika terlupa kata laluan, anda mungkin tiada cara lain untuk membuka dokumen tersebut. Jadi pastikan anda ingat kata laluan. Buka dokumen dan klik menu Tools, kemudian klik Options. Klik kategori Security dalam kotak dialog Options, masukkan kata laluan dalam ruang yang disediakan, dan tekan Enter. Kemudian anda akan diminta untuk mengesahkan kata laluan yang berkenaan.
+ port USB dan peralatan PC lain patut dikendalikan dengan baik untuk mengelak kerosakan yang serius pada PC. Jangan sesuka hati memalam atau menanggal perkakasan ketika PC anda masih dihidupkan. Tindakan sedemikian boleh menjejaskan soket penghubung lalu menyebabkan kerosakan serius pada PC. Lebih baik jika anda menutup PC sebelum menambah atau menanggal dan mencabut peralatan PC.
Rujukan: Majalah PC Disember 2005
05:10 | Permalink