Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

20 May 2006

Cahaya hidayah

Ibu semakin risau dengan tingkah laku Annisa, adikku. Pelbagai cara ibu lakukan untuk melembutkan hatinya, tapi sehingga sekarang perangai Nisa semakin menjadi-jadi. Sikap Nisa tidak ubah seperti seorang lelaki macho yang tidak mahu mengalah dan sukar ditegur. Ibu dan aku semakin bimbang dengan perangainya kerana tahun ini dia akan menduduki peperiksaan SPM. Dia banyak membuang masa daripada mengulang kaji pelajaran.

“ Rilekslah…apa kecoh-kecoh ni, memeningkan kepala Nisa aja. Nisa tahulah, Nisa yang nak exam bukan ibu, bukan abang. Tak payah nak risau. Sendiri mau ingatlah”, kata Nisa membuatkan aku hampir menamparnya, mujurlah ibu sempat menepis.

“ Tamparlah, ingat Nisa takut. Ah…sudahlah….”, marah Nisa.
Aku menggelengkan kepala. Ibu hanya tertunduk diam. Perangai Nisa semakin teruk.

Ibu bertambah tidak senang setipa kali Nisa membawa pulang teman-teman lelakinya ke rumah. Ibu malu dengan jiran-jiran apabila memikirkan tingkah laku Nisa, tambahan pula ibu adalah guru al Quran di kampong kami. Nisa tidak pernah memikirkan pandangan orang terhadap kami sekeluarga, baginya dia mahu memenuhi kehendak dan mahu happy selalu dengan kawan-kawannya tanpa ada kongkongan daripada siapa-siapa.

“ Nisa, ibu rasa Nisa perlu memamaki tudung untuk mngelakkan lagi pergaulan yang terlalu bebas antara lelaki dan perempuan. Kan cantik kalau Nisa pakai tudung”, kata ibu dengan lembut.

“ Apa pula ibu ni, kan ke cara Nisa pakai sekarang ni lebih Nisa selesa. Ibu ni tak memahami perkembangan semasa anak remaja”, balas Nisa tidak puas hati.

“ Kan ke Islam yang suruh perempuan tu pakai tudung. Mengelakkan daripada maksiat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan”, tambah ibu lagi.

“ Ibu ni tak pernah nampak ke, anak-anak jiran kita ni yang pakai tudung, perangainya sama saja dengan orang yang tak pakai tudung, malah ada yang lebih teruk. Kawan-kawan Nisa yang ada kat sekolah tu, yang pakai tudung, malah tudung labuh, selalu saja keluar dating dengan jantan. Pegang-pegang tangan, berpelukan. Nisa ni ibu, walaupun macam ni, tak pakai tudung, tak pernah buat macam mereka tau!”, tengking Nisa di hadapan ibu.

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang-kadang aku melihat ibu menangis di akhir malam dalam qiyamulailnya.

Aku mendengar ibu berdoa :

“ Ya Allah, kenalkan Nisa, anakku dengan hukumMu".
Suatu petang, aku menghampiri ibu yang masih termenung di hadapan jendela di ruang tamu rumah kami menunggu Nisa yang masih tidak pulang dari sekolah.

“ Ibu…sabar ye. Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang bersabar. Kita minta semoga Allah membuka hati Nisa. Mungkin bukan sekarang tetapi pada masa akan dating. Tapi, kita jangan jemu memohon kepada Allah ye ibu. Saya tahu ibu risau, tapi Insya Allah, Allah pasti akan mebantu hambanya yang selalu bersabar dan tidak putus-putus memohon kepadanya.”pujukku sambil memeluk bahu ibu. Ibu mengangguk sambil menitiskan air mata.

Hari ini kami menerima kehadiran jiran baru yang berpindah berhampiran dengan rumah kami. Orangnya masih muda, mempunyai seorang isteri dan enam orang anak yang masih kecil. Menurut ibu, lelaki itu namanya Abu Hamzah. Aku sempat mengenalinya ketika sama-sama ke masjid untuk emnunaikan solat Maghrib

Sudah beberapa bulan Abu Hamzah berpindah ke kampong kami, namun aku tidak pernah sekalipun dapat melihat isterinya apatah lagi untuk berbual-bual. Tidak lama kemudian, aku mendengar desas desus dan cakap orang kampung

“ Macam mana nak keluar rumah, isterinya tu buta, bisu, dan tuli Kalau keluar rumahpun menyusahkan orang. Mungkin ga dia malu untuk memperkenalkan isterinya kepada orang kampong”, kata salah seorang penduduk kampong kami.

Desas desus itu mendapat perhatian daripada Nisa. Dia sibuk bertanyakan aku dan ibu tentang isteri Abu Hamzah.

“ Ibu…betul ke isteri Abu Hamzah tu bisu, tuli dan buta”, Tanya Nisa ingin tahu.

Ibu Cuma menggelengkan kepala.

“ Nisa pergilah tengok sendiri, pergi Tanya sendiri dia, kalau Nisa nak tahu sangat”. Sampukku.

Rupa-rupanya adik mengambil serius dengan kata-kataku itu. Petang itu juga adik pergi menziarah ke rumah Abu Hamzah.

Aku dan ibu pelik dengan keperihatinan adik untuk mengetahu tentang keadaan keluaraga Abu HAmzah dan isterinya yang dikatakan bisu, buta dan tuli, padahal sebelum Nisa lebih sibuk memikirkan hal peribadinya. Aku dan ibu membiarkan sahaja Nisa bertindak.

Suatu keajaiban yang berlaku kepada Nisa. Mungkin ini juga daripada Allah SWT. Aku dan Ibu melihat perubahan Nisa sekembalinya dari rumah Abu Hamzah. Perubahan yang cukup mendadak. Nisa banyak murung, banyak bermuram. Wajahnya pucat lesi. Entah apa yang berlaku. Bila ibu dan aku bertanyakan kepada dia, dia cuma mengatakan dia tidak apa-apa, tetapi dalam nada yang lembut sedikit berbanding sebelum-sebelum ini.

Selang beberapa hari, ibu terkejut dengan permintaan Nisa. Nisa minta ibu buatkan tudung untuknya. Tudung yang labuh seperti yang ibu pakai katanya. Nisa juga sekarang sudah pandai memakai baju labuh dan berlengan panjang. Aku bingung dan bercampur syukur dengan perubahan ajaib dari dalam diri Nisa. Ibu adalah orang pertama yang paling gembira dengan perubahan Nisa itu.

Nisa berubah seratus peratus. Tidak ada lagi keraian ataupun pesta makan-makan di rumah kami bersama –sama teman-temannya yang dating hanya untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah. Nisa banyak berfikir, banyak merenung dan membaca buku dan majalah-majalah Islam. Tidak ada lagi majalah-majalah hiburan di tangannya.
Ibadah Nisa juga semakin hari semakin mantap. Melebihi aku sendiri. Nisa banyak melakukan Qiyamulail bersama ibu, membaca dan , mentadabbur al Quran. Yang lebih menakjubkan lagi, setiap kali kawanku dating Nisa banyak menundukkan pandangannya, berbanding dulu dia suka menyakat atau mempermainkan kawan-kawanku.

“ Segala puji BagiMu Ya Allah…”, jerit batinku.

Lima bulan kemudian,, aku mendapat panggilan untuk bekerja di Gurun,Kedah kerja di Petronas.

Dua bulan aku bekerja di sana, aku mendapat khabar bahawa Nisa
sakit tenat ( sakit Lukemia ) hingga ibu memanggil aku pulang ke Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan, aku tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT agar Nisa cepat sembuh. Hanya itu yang aku mampu usahakan. Bas teru meluncur laju.

Setibanya aku di perkarangan rumah, orang ramai sudah memenuhi kawasan halaman rumahku. Hatiku berdebar-debar. Tidak mampu ditahan. Aku terus berlari masuk ke dalam rumah. Aku melihat ibu menangis. Aku terus menmghampirinya lantas memeluknya erat. Kami sama-sama tidak mampu menahan kesedihan. Aku melihat sekujur tubuh ditutupi kain putih. Dalm esak tangis itu, ibu membisikkan ke telingaku

“ Zul, Nisa mampu mengucap kalimah syahadah di akhir hidupnya”. Air mataku tidak dapat ditahan lagi. Aku bersyukur dengan berita itu. Ya Allah…moga yang terbaik daripadaMu untuk adikku Nisa.
Majlis pengkebumian Nisa berjalan dengan baik. Selaps selesai, aku pulang ke rumah. Aku melihat bilik Nisa dengan penuh kesayuan. Perlahan-lahan aku membuka pintu biliknya. Aku memerhatikan sekeliling biliknya. Penuh dengan ayat-ayat suci al Quran. Biliknya dikemas rapi. Tidak lagi seperti dulu, penuh dengan gambar-gambar artis. Aku terpandang sebuah diari di atas meja Nisa. Diari yang selalu Nisa tulis. Diari yang menjadi teman setianya sebelum tidur semas hayatnya. Aku membuka sehelai demi sehelai halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul dihatiku.

Aku membacanya dengan penuh khusyuk. Perubahan yang berlaku kepada Nisa ketika dia pulang darti rumah Abu Hamzah. Di situ tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami, isteri Abu Hamzah.

Soal jawab itu:
Aku lihat lembaran-lembaran itu banyak bekas air mata Nisa

Nisa : Aku hairan, melihat wajah itu cerah dan bersinar seperti bidadari.

Mak Cik… wajah mak cik sangat muda dan cantik”. "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah, sesunguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Nisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik .

Isteri jiranku :Subhanallah.. sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Nisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, ramai wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai tudung..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : Nisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki,segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti,tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Nisa:Tapi yang saya tengok,ramai wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku :Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Nisa: Apakah hakikat tudung?

Isteri jiranku :Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu,lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa,maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung.

Nisa : makcik,sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai Nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan.. ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan diatas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya,anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran
satukebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,
ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing-masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang
berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya
akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hariitu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.. Duhai Nisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat Yang Maha Agung Allah SWT

Sampai di sini sahaja kisah itu aku baca kerana disini tulisannya terhenti dan aku lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah . Aku selak halaman berikutnya dan aku lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh. semoga Allah SWT menerima adikku disisinya...Amin Subhanallah ..sekali Allah hendak beri hidayah....siapapun tidak boleh menghalangnya? ……

05:52 | Permalink