Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

19 April 2007

Seorang Wanita itu....

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tiada di syurga, namun Nabi Adam tetap rindukan Siti Hawa.


Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan wanita itu dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi jika lelaki sendiri yang tidak lurus, tak mungkin mampu meluruskan mereka. Tidak logik sekiranya kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.


Luruskan wanita dengan cara yang ditunjuk oleh Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka dengan zat Allah yang kekal, di situlah suisnya.

Akal setipis rambut, tebalkan ia dengan ilmu..Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman..Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan, kerana pada rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ’superman’ tanpa ’superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula yang mampu membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apa lagi mengenal lelaki. Kini bukan sahaja ramai boss telah kehilangan ’secretary’ malah anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puterinya.

Apabila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Apabila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula usah hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita. Janganlah mangharapkan isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayyidina Ali..Buat wanita usah mandambakan insan seperi Muhammad kerana baginda hanyalah untuk wanita seperti Siti Khadijah..

sama-samalah kita memperbaiki diri kita.

04:54 Posted in PENGISIAN | Permalink | Comments (0)

The comments are closed.