14 August 2007
Kenal pasti minat, bakat
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
SEMUA orang mempunyai pekerjaan idaman tetapi tidak semua dapat mencapai cita-cita asal mereka. Kebanyakannya ingin menjadi doktor, jurutera, peguam, arkitek, guru, pensyarah atau penyanyi. Mungkin kerana pekerjaan ini antara yang paling popular.
Namun harus diingat, di dalam dunia ini banyak lagi pekerjaan lain tidak kurang menarik dan mampu menjadi sumber pendapatan.
Kita mesti membuka lebih banyak pilihan dan tidak kecewa jika terlepas peluang mencapai cita-cita asal. Mungkin peluang yang ada di depan mata boleh digunakan untuk dijadikan sumber pendapatan.
Sebelum itu, kita perlu mengenal pasti minat dan kecenderungan selain bakat. Jika seseorang itu jenis yang sayangkan kanak-kanak dan bercita-cita menjadi guru tetapi tidak berjaya, mungkin alternatif lain yang boleh dibuat dengan membuka taska atau tadika.
Dengan itu, secara tidak langsung cita-cita untuk berdampingan dengan kanak-kanak dan mendidik mereka dari awal untuk menjadi insan yang berguna tercapai.
Walau apapun bidang yang anda ingin ceburi, yang paling utama adalah minat mendalam terhadap apa yang anda lakukan. Dengan minat, pekerjaan dapat dilaksanakan dengan bersemangat dan lebih baik. Anda perlu ingat pekerjaan tidak seharusnya dibuat separuh jalan atau untuk dua tiga tahun tetapi mengambil masa yang panjang.
Minat yang mendalam membantu anda lebih maju dalam bidang dipilih selain tidak rasa kepenatan, terutama jika membuat keputusan untuk berniaga. Jangan buka taska jika anda tidak suka atau tidak tahan dengan kanak-kanak, hanya kerana ingin mengaut keuntungan. Bekerja bukan semata-mata untuk wang tetapi ia perlu membuat anda gembira.
Namun demikian, ada juga orang yang mempunyai minat yang berubah-ubah dan dipengaruhi persekitaran seperti pulangan ekonomi, suasana tempat kerja dan motivasi kerja.
Apa yang penting anda perlu mengenal pasti minat dan sifat diri anda yang sesuai memajukan diri dalam kerjaya. Ini kerana manusia terbahagi kepada enam kelompok personaliti berbeza seperti realistik, bersikap menyelidik, artistik, sosial, keusahawanan dan konvensional.
Wartawan contohnya termasuk dalam kategori sosial, iaitu golongan yang berminat kepada manusia dan suka bertemu orang tanpa mengira kelas. Sementara kerjaya guru, yang lazimnya diminati kaum wanita sangat bersesuaian dengan fitrah mereka yang lemah-lembut, keibuan dan bersikap memujuk.
Masa yang paling sesuai bagi memupuk minat dalam mencapai cita-cita adalah selepas tingkatan tiga iaitu selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ini kerana selepas PMR, pelajar akan menjurus bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat.
Ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan membantu anak untuk mencapai cita-cita atau pekerjaan yang sesuai dengan jiwa dan personaliti mereka dengan cara mengambil berat.
Antara yang harus ditekankan kepada anak mengenai pemilihan cita-cita ialah faktor minat, bakti dan gaji yang diterima. Ini kerana remaja lazimnya mengalami alam fantasi sebelum menyedari hakikat sebenar.
Perancangan jangka pendek iaitu sekitar usia 18 sehingga 25 sangat penting kerana pada peringkat ini, remaja masih belajar dan menimba pengalaman. Sementara perancangan jangka panjang akan menentukan status dan masa depan.
TIP Enam kelompok personaliti
Anda mesti membuka lebih banyak pilihan dan tidak kecewa jika terlepas peluang mencapai caita-cita awal. Mungkin peluang yang ada di depan mata boleh digunakan untuk dijadikan sumber pendapatan.
Kenal pasti minat dan kecenderungan selain bakat yang ada.
Walau apapun bidang yang anda ingin ceburi, yang paling utama adalah minat yang mendalam terhadap apa yang anda lakukan. Dengan minat, pekerjaan dapat dilaksanakan dengan bersemangat dan lebih baik. .
Minat yang mendalam akan membantu anda untuk lebih maju dalam bidang yang dipilih selain tidak terasa kepenatan atau bosan dengan apa yang anda laukan setiap hari.
Selain itu, kenal pasti sifat diri anda yang sesuai untuk memajukan diri dalam kerjaya. Ini kerana manusia terbahagi kepada enam kelompok persolanliti berbeza seperti realistik, bersikap menyelidik, artistik, sosial, keusahawanan dan konvensional.
Masa yang paling sesuai bagi memupuk minat dalam mencapai cita-cita adalah selepas tingkatan tiga iaitu selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ini kerana selepas PMR, pelajar akan menjurus bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.
Antara yang harus ditekankan kepada anak-anak mengenai pemilihan cita-cita ialah faktor minat, bakti dan gaji yang diterima. Ini kerana remaja lazimnya mengalami alam fantasi sebelum menyedari hakikat sebenar.
- Perancangan sangat penting untuk mencapai kerjaya idaman. Perancangan jangka pendek iaitu sekitar usia 18 sehingga 25 tahun sangat penting kerana pada peringkat ini remaja masih belajar dan menimba pengalaman. Sementara perancangan jangka panjang akan menentukan status dan masa depan seseorang.
Sumber: Harian Metro 24.11.2006
08:28 Posted in MOTIVASI | Permalink | Comments (0)
The comments are closed.