Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

12 September 2007

Budaya Pelajar Cemerlang..

Semua orang mengimpikan kejayaan dan kecemerlangan di dalam apa jua lapangan yang mereka ceburi. Bagi seorang pelajar, kejayaan bermakna mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Namun begitu ramai yang berpendapat amatlah sukar untuk mencapai kecemerlangan ini. Benarkah tanggapan ini?


Islam adalah agama yang mementingkan umatnya menuntut ilmu pengetahuan. Seorang yang berilmu lebih ditakuti syaitan daripada beribu orang ahli ibadah. Dari wahyu yang pertama lagi, penekanan terhadap menuntut imu sudah diberitakan oleh Allah SWT. Islam juga telah memberi garis panduan bagi kita untuk mencapai kecemerlangan di dalam menuntut ilmu.

Asas Kecemerlangan Seseorang Islam

Untuk cermerlang dalam pelajaran, seseorang pelajar Islam mesti mempunyai sifat-sifat yang disebutkan di bawah ini.
i) Beriman
ii) Berilmu
iii) Beramal

Ketiga-tiga sifat ini bukan sahaja kunci kejayaan bagi seorang peljar Islam, tetapi ia juga kunci kejayaan di dalam semua bidang.

Iman

Setiap pelajar Islam mestilah mempunyai kepercayaan dan kenyakinan penuh kepada Allah SWT. Untuk itu, hendaklah seseorang pelajar itu memahami kandungan Rukun Iman, iaitu percaya kepada Allah SWT , malaikat Allah SWT, rasul-rasul Allah SWT, kitab-kitab Allah SWT, hari kiamat dan takdir Allah SWT. Janganlah para pelajar meletakkan kenyakinan dan kepercayaan ke atas perkara lain yang tidak disebutkan di atas ini.

Percaya Kepada Allah SWT

Kita mestilah yakin bahawasanya allah adalah Tuhan kita, dan tiada Tuhan selain Allah Yang Esa. Inilah perkara pertama yang Rasulullah SAW ajarkan kepada umat manusia, iaitu ilmu tauhid, ilmu mengenal Allah. Allah memiliki segalanya dan berkuasa di atas segalanya. Apa yang kita miliki seperti kekuatan dan kepandaian sebenarnya bukanlah milik kita, tetapi is adalah hak mutlak Allah. Allah boleh mengambil kembali nikmat-nikmat ini daripada kita dengan sekelip mata saja. Sebab itulah kita digalakkan supaya banyak bersyukur di atas segalan pemberian-Nya dan mengikiskan sifat sombong yang ada dalam diri kita.

Percaya Kepada Rasul

Allah telah mengutuskan para Rasul untuk mengajar dan memimpin manusia ke jalan yang benar. Mereka membawa bersama mereka ajaran agama untuk disampaikan kepada manusia. Selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW, para ulama’ menggantikan tempat baginda. Oleh itu, kita mestimenghormati para ulama dan asatizah kita dan selalu berdampingan dengan mereka.

Percaya Kepada Kitab-Kitab Allah

Allah telah menurunkan kitab-kitab-Nya kepada manusia sebagai panduan. Kitab-kitab Allah yang diwajibkan kita ketahui ialah Taurat (diturunkan kepada Nabi Musa a.s), Zabur (Nabi Daud a.s), Injil (Nabi Isa a.s), Al-Qur’an (Nabi Muhammad SAW). Apabila Al-Qur’an diturunkan secara otomatis ia membatalkan kitab-kitab yang terdahulu kerana Al-Qur’an adalah the latest edition of God’s Book , maka kitab-kitab terdahulu menjadi obselete. Seperti juga bila komputer pentium muncul di pasaran, komputer model 486 tidak lagi digunakan kerana sudah lapuk dan ketinggalan zaman untuk kegunaan hari ini.

Setiap orang Islam digalakkan untuk membaca dan mengesuai Al-Qur’an kerana ia mendatangkan kesan yang positif ke atas minda. Di dalam sejarah manusia, hanya orang Islam sahaja yang dapat menghafal kitab agama mereka, iaitu Al-Qur’an. Ini adalah pencapaian yang tidak dapat dilakukan oleh penganut agama-agama lain. Malah, seorang pendakwah Islam dari Afrika Selatan bernama Ahmad Deedat, bukan saj aberjaya menghafal Al-Qur’an, malah dia juga dapat menghafal kitab bible yang orang Kristian sendiri tidak berjaya menghafal. Kebolehannya ini membolehkan beliau berdakwah dan berhujah kepada orang Kristian, dengan menggunakan dalil-dalil dari Al-Qur’an dan Bible.

Petua menguatkan Akal

Membaca Al-Qur’an dapat menguatkan akal pembacanya. Di antara petuanya:

i) Selepas membaca Al-Qur’an, baca surah Al-Fatihah sekali.
ii) Kemudian letakkan tapak tangan di atas ubun-ubun kepala lalu ucapkan “Ya Qawiy” 14 kali dalam satu nafas. “Qawiy” bereti “Yang Kuat”, dan adalah salah satu daripada 99 nama Allah.
iii) Selepas itu, tangan masih di atas kepala, ucapkan “Ya Matin” 14 kali dalam satu nafas. “Matin” juga adalah nama Allah yang bererti “Yang Teguh”.
iv) Banyakkan memakan makanan manis yang bukan sugar-based , seperti kismis, madu, kurma dan sebagainya.
v) Kurangkan memakan makanan masam.

Dengan mengamalkan petua ini, mudah-mudahan para pelajar dapat mempertingkatkan kekuatan dan keteguhan minda agar dapat memahami dan menghafal fakta-fakta pelajaran dengan lebih berkesan lagi.

06:54 Posted in MOTIVASI | Permalink | Comments (0)

The comments are closed.