13 September 2007
Mencari formula kejayaan
CERITA gagak yang kehausan di sebuah kawasan gersang sering kita dengar sewaktu masih kecil, sama ada diceritakan oleh ibu bapa ataupun melalui bacaan buku cerita kanak-kanak. Kisah tersebut berkisar tentang kegigihan seekor burung gagak yang mencari air kerana kehausan. Namun begitu, setelah puas terbang ke sana dan ke mari mencari air di kawasan gersang itu, gagak tersebut masih tidak me-nemukan air. Keadaan yang kering dan gersang itu di-sebabkan oleh musim kemarau yang melanda kawasan tersebut. Hujan sudah lama tidak turun sehingga banyak sungai yang kering.
Setelah puas berusaha, burung itu berasa kepenatan dan berhenti berehat di dahan sebuah pokok. Ketika itu-lah gagak terlihat sebuah balang yang mengandungi se-dikit air di dalamnya. Malangnya, muncung balang itu agak sempit dan panjang pula. Paruh gagak tidak dapat sampai pada air di dalam bekas itu dan agak mustahil pula untuk gagak dapat minum air tersebut.
Oleh sebab kehausan yang amat sangat, gagak itu mula berfikir, lalu mendapat satu idea. Gagak tersebut terbang dan mengutip batu-batu kecil dan dimasukkan satu per satu ke dalam balang tersebut. Gagak itu mengambil masa yang lama untuk memasukkan batu-batu sehingga air di dalam balang tersebut naik ke paras muncung balang. Dengan mudah gagak dapat minum sepuas-puasnya dan berasa bangga dengan kebolehannya. Tindakannya itu menyebabkan gagak tersebut terselamat daripada mati kehausan.
Kisah gagak itu ialah cerita teladan yang hams dijadi-kan panduan oleh pelajar sebagai manusia yang jauh lebih baik ciptaannya berbanding dengan makhluk lain di dunia ini. Jika makhluk lain hanya diberikan nafsu sebagai panduan hidupnya, manusia pula dijadikan Tuhan dengan pelbagai keistimewaan, terutamanya diberikan akal fikiran supaya manusia mampu berfikir dan menco-rakkan hala tuju kehidupannya. Timun dan pisau di ta-ngan kita, terserah sama ada kita mahu memotong timun itu bulat-bulat ataupun panjang-panjang. Kita yang me-nentukan nasib kita sendiri.
Cerita burung tersebut mungkin cerita rakyat yang diubah suai bagi menyedapkan jalan cerita seperti kisah sang kancil dengan buaya dan kisah Little Mermaid dalam mitos orang Barat. Namun demikian, sekiranya diperhalus, bukan jalan cerita yang menjadi rujukan atau penyedap telinga, tetapi kisah teladan yang hams menjadi panduan kita, khususnya bagi manusia yang mahu berfikir.
Sebagai pelajar, apakah yang hams diambil daripada kisah gagak itu? Adakah pelajar hanya ketawa atau ter-senyum apabila membaca cerita tersebut? Adakah pelajar hanya menjadi penyampai cerita kepada adik-adik tentang kisah gagak itu?
Aktiviti membaca bukanlah sekadar membaca secara membuta tuli atau seperti burung kakaktua yang pan-dai bercakap, tetapi burung itu sendiri tidak mengetahui maksud kata-kata yang diucapkannya. Pelajar hams me-lihat lebih daripada yang tersurat dalam kisah gagak itu. Yang tersirat daripada kisah teladan itu ialah kegigihan gagak tersebut apabila berhadapan dengan keadaan yang sukar dan kesungguhannya berusaha mendapatkan apa-apa yang diinginkan, tanpa mengenal erti putus asa.
Sehubungan dengan hal itu, pada tahun 2006, pelajar mungkin akan menduduki peperiksaan yang penting. Peperiksaan yang besar seperti Peperiksaan Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ialah peperiksaan yang akan meng-arahkan hala tuju pelajar dalam menentukan masa hadap-an yang cerah atau sebaliknya.
Itulah fokus utama pelajar yang harus dititikberatkan pada 2006 ini berbanding dengan perkara-perkara yang lain. Jika pelajar menyenaraikan 10 perkara yang harus dijadikan keutamaan sepanjang tahun ini, maka "kece-merlangan dalam peperiksaan" perlu diletakkan di tem-pat yang paling atas.
Untuk berjaya dan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, kepintaran atau akal fikiran kita hanya satu peratus daripada kejayaan kita. Sebaliknya, 99 peratus ialah usaha daripada keringat kita sendiri. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pelajar perlu lebih gigih berusaha, lebih rajin membaca, mempunyai strategi, banyak ber-tanya, dan pelbagai lagi tindakan proaktii, bagi menjamin kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan.
Gabungan antara kecemerlangan merangka strategi dengan kegigihan berusaha sudah pasti menjanjikan kejayaan bagi pelajar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kepintaran atau akal fikiran hanya mewakili sebahagian kecil daripada kejayaan dan yang paling utama ialah usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu.
Kebanyakan manusia yang berjaya pada hari ini ialah manusia yang pada asalnya seorang yang rajin berusaha. Manusia seperti ini ingin mencari yang terbaik dan memperbaik keadaan hidupnya daripada "biasa" kepada keadaan yang luar biasa. Maksud luar biasa di sini ialah perubahan dalam hidupnya dapat berlaku daripada keadaan yang negatif kepada keadaan yang positif.
Pelajar perlu berusaha mencontohi individu yang berjaya seperti Nicol Ann David. Lihat sahaja usahanya setiap hari sehingga kini mampu menjadi pemain dunia terbaik dan mampu mengubah kedudukannya dalam car-ta pemain skuasy di dunia, menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
Pelajar harus menjadikan golongan seperti ini seba-gai teladan agar pelajar juga mampu mencapai kejayaan sepertinya. "Tidak ada kejayaan yang datang bergoiek". Setiap kejayaan memerlukan usaha tanpa mengenal erti jemu atau putus asa. Berusahalah dan terus berusaha un-tuk mengejar kejayaan. Semakin gigh pelajar mengejar sesuatu kejayaan, maka semakin dekat kejayaan akan menghampiri pelajar.
Cuba pula pelajar lihat sikap rakyat Jepun yang berusaha untuk bangun sebagai sebuah bangsa dan negara yang maju. Kini, negara Jepun dapat berdiri sebagai sebuah negara maju sehingga menjadi contoh kepada negara-negara yang lain di dunia. Dalam usaha beberapa negara yang lain di dunia, termasuk Tanah Melayu (sebelum merdeka dan sebelum penubuhan Malaysia), masih berjuang untuk membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Eropah, Jepun telah mempunyai pasukan ten-tera yang kuat dan mampu menyaingi tentera bersekutu semasa Perang Dunia Kedua.
Namun demikian, setelah Jepun mengalami kekalahan dalam Perang Dunia Kedua setelah Nagasaki dan Hiroshima dibom, bangsa Jepun berusaha untuk bangkit semula dengan "menjajah" dunia melalui kemajuan ekonomi dan menawan dunia dengan cara yang lebih ber-maruah.
Bagaimanakah Jepun mendapat kepintaran tersebut? Kepintaran yang dimiliki oleh Jepun timbul daripada semangat jati diri sebagai bangsa yang ingin maju dan menebus kekecewaan yang pernah dialami. Setiap kega-galan ada hikmahnya dan kekecewaan ialah sesuatu yang perlu ditebus dan bukan untuk ditangisi.
Kepintaran ialah anugerah Tuhan yang boleh diasah. Apabila seseorang individu banyak membaca, pasti kepintarannya akan terserlah. Itulah sahaja kuncinya. Kadangkala terdapat individu yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan kepintaran luar biasa, seperti Adi Putra yang mampu menyelesaikan masalah matematik yang sukar sehingga menjadi rujukan kepada orang ramai, termasuk di peringkat institusi pengajian tinggi. Kepintaran yang luar biasa itu merupakan anugerah Tuhan. Tuhan memberikan peluang kepada manusia agar dapat berfikir tentang kekuasaan-Nya yang mampu menjadikan apa-apa yang Dia inginkan terhadao hamba-Nya.
Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa yang berada pada tahap majoriti manusia, kita perlu melihat kepintaran yang dimiliki harus dipupuk dan dimanfaatkan dengan sebaik-baik mungkin.
Yang paling penting, berusahalah dengan bersungguh-sungguh agar mendapat kejayaan yang diidamkan. Kepintaran sahaja tidak mencukupi untuk membawa manusia ke arah kejayaan. Sebaliknya, usahalah yang lebih utama. Ingatlah bahawa kepintaran hanya satu peratus daripada inspirasi dan 99 peratus ialah curahan keringat individu itu sendiri dalam menentukan kejayaan.
Sumber: Pelita Bahasa April 2006
06:47 Posted in MOTIVASI | Permalink | Comments (0)
The comments are closed.