Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

13 September 2007

Mengenali diri

"KOMUNIKASI YANG CEMERLANG BERMULA DARIPADA PERSONALITI YANG CEMERLANG. SESEORANG HARUS MENGENALI DIRINYA DALAM MENGEMBANG POTENSI DIRI YANG SEBENAR SETIAP PROSES KOMUNIKASI BERMULA DAN BERAKHIR DALAM DIRI. APABILA ANDA BERTINDAK SEBAGAI KOMUNIKATOR, KECENDERUNGAN ANDA ADALAH UNTUK MENYAMPAIKAN APA-APA YANG TERKANDUNG DALAM PEMIKIRAN DAN PERASAAN SECARA SEDAR ATAU TIDAK UNTUK DITAFSIF KAN OLEH PENERIMA MESEJ TERSEBUT. BEGITU JUGA SEBALIKNYA APABILA ANDA BERTINDAK SEBAGAI PENERIMA, MENDENGAR, MELIHAT DAN MENTAFSIR MESEJ YANG ANDA TERIMA."

ANDA sebenarnya membina jaringan sendiri dalam proses komunikasi melalui pembentukan imej dan nilai kendiri, kehendak, nilai, serta kepercayaan. Sebaik sahaja per-hubungan terbina, seperti melalui persahabatan, anda akan menyedari jaringan-jaringan tersebut dan bagaimana jaringan itu bertindak dan mungkin anda akan cuba mengubahnya mengikut keadaan.
Peranan konsep kendiri amat penting dalam komunikasi interpersonal. Mulakan dengan persoalan 'Siapakah anda?' akan membawa anda dalam pengembaraan mengenali diri dan menyedarkan siapakah diri anda yang sebenar. Konsep kendiri diertikan sebagai imej yang anda sifatkan sebagai diri anda. Konsep ini menggabungkan pemikiran dan perasaan anda terhadap kekuatan dan kelemahan diri, kemampuan dan tahap ketidakupayaan dalam melakukan sesuatu. Konsep kendiri juga difahami sebagai label yang anda berikan terhadap diri apabila berhadapan dengan orang ramai.

Konsep kendiri boleh berubah bergantung kepada keadaan dan pengaruh yang terlibat. Malah, konsep kendiri yang ditonjolkan ada kalanya dilihat berbeza oleh orang lain. Kita sering berubah tingkah laku sama ada kita di khalayak umum atau ketika bersendirian. Pakar sosiologi, Erving Goffman mengibaratkan konsep kendiri manusia seumpama gerak laku pelakon. Kita mempunyai watak di atas 'pentas' apabila berhadapan dengan orang ramai dan watak di sebalik 'tabir' sebaliknya.
Ahli falsafah, William James mengutarakan tiga bentuk komponen diri yang membawa kepada personaliti dan konsep kendiri yang berbeza antara satu sama lain.

Diri bersifat material
Mungkin anda pernah mendengar ungkapan seperti, "Anda adalah apa yang anda makan". Diri bersifat material pula boleh diungkapkan dengan perkataan "Anda adalah apa yang anda miliki". Diri bersifat material merujuk kepada apa-apa sahaja benda yang anda miliki, fizikal anda, kedudukan dan status, atau kediaman. Persoalan awal, "Siapakah anda?" memberi jawapan awal adakah anda mempunyai nilai-nilai kendiri yang terbentuk melalui perkara-perkara bersifat material.

Fizikal, atau tubuh merupakan sesuatu yang bersifat material. Adakah anda gemar melihat penampilan anda? Kebanyakannya, cenderung untuk mengubahnya jika perlu. Industri yang menghasil-kan pemakanan sihat dan kosmetik menjangkau keuntungan multi-bilion di seluruh dunia adalah bukti kolektif di mana kecenderungan seseorang untuk mengubah penampilannya. Ramai beranggapan, lebih hebat penampilan diri, lebih tinggi status dan kedudukan, lebih besar dan hebat rumah didiami, maka diri akan menjadi lebih baik.

Diri bersifat sosial
Sekali lagi tanyakan pada diri, "Siapakah anda?" Bolehkah dikaitkan dengan diri anda yang bersifat sosial, iaitu dengan siapakah anda berinteraksi dan bergaul rapat? William James percaya bahawa setiap individu mempunyai lebih dari satu karakter diri yang bersifat sosial. Sifat ini bergantung kepada bentuk keluarga, sanak saudara, rakan-rakan, dan masyarakat yang anda kerap berhubungan. Cuba bandingkan kecenderungan anda untuk berkongsi rahsia peribadi dengan seorang rakan karib dan ibu anda, sejauh mana anda bersedia berkongsi rahsia tersebut dengan dua individu yang berbeza ini membuktikan anda mempunyai diri bersifat sosial yang unik dan berbeza.

Diri bersifat spirituil
Diri bersifat spirituil menggabungkan nilai-nilai, kepercayaan yang terbentuk dalam diri anda yang memberi satu garis panduan yang diyakini sebagai nilai dan moral yang perlu ada. Sifat ini berkembang kesan daripada didikan agama seseorang dan kesan-nya membawa jawapan terhadap persoalan seperti "Mengapa anda berada di sini?"
Seperti yang dirangkum pendidikan Islam, konsep khalifah, manusia yang memegang amanah mentadbir mengurus alam meliputi manusia, cakerawala, hidupan dengan cara yang betui dan bijaksana tanpa wujud kero-sakan dan percaya tanggungjawab itu satu bentuk ujian terhadap diri dan akan dinilai serta dibalas oleh Maha Pencipta menjawab persoalan "Mengapa anda berada di sini".

Sumber : Dewan Siswa Mac 2005

06:59 Posted in MOTIVASI | Permalink | Comments (0)

The comments are closed.