17 September 2007
Hidup Ini, Suatu Pertanyaan?
Pernahkah kita terfikir, kita hidup untuk apa? Sama juga seperti kalau kita bertanya, kita belajar untuk apa? Kita berusaha belajar dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sehingga menjejakkan kaki ke menara gading ini untuk apa? Kalau ikut kitaran hidup biasa, setelah tamat universiti kita akan bekerja, kemudian kahwin, kemudian ada anak, cucu cicit, kemudian bersara, bermain dengan cucu cicit, dan menunaikan haji di Mekah.
Kalau tidak bernasib baik, kita akan tinggal di rumah orang - orang tua, menghabiskan sisa hidup kita dan pengakhirannya sama iaitu mati. Ini kitaran hidup yang biasa kita lalui, yang biasa dilihat oleh mata kita.
Namun kadang kala ajal dan maut itu menjemput kita dengan lebih awal. Mungkin tika kita belum sempat menghabiskan pengajian di universiti, belum sempat nak kahwin, belum sempat nak bersara, belum sempat nak menunaikan haji. Pernahkah kita terfikir tentang ini?
Zaman universiti, dulu semasa sekolah rendah dan sekolah menengah, ada juga terdengar ada cikgu cikgu yang berkata, budak budak sekolah rendah dan sekolah menengah tidak boleh bercinta, dengan kata lain bercouple. Nanti dah masuk u baru boleh bercouple. Mungkin kerana itu, kita melihat di IPT sekarang ni berlambak mahasiswa mahasiswi yang asyik masyuk bercouple coupling. Sana sini kelihatan couple couple yang membuat durjana, berpegang tangan, bercubit cubitan.....
Ya ALLAH, setiap hari mata ini dihidangkan dengan adegan adegan yang cukup mengaibkan. Ana yang melihat pun terasa malu, lantas apakah mereka yang melakukan dan melakonkan adegan itu tidak terasa malu. Memang benar dan tepatlah, andai kata malu telah dicabut dari dalam hati dan diri kita, maksiat dan dosa kita anggap perkara biasa dan kita pandang remeh dan enteng, astarfirullah.............
Siapa yang tidak ingin disayangi dan dicintai. Itu naluri manusia, itu fitrah kita. Namun sekiranya sudah melampau dan melanggar batas batas agama dan syariat, sehingga kita melebihkan kasih manusia berbanding kasih ALLAH.
CUBA PERIKSA DIRI KITA, CUBA CHECK KEMBALI DIRI KITA, DENGAN KATA LAIN, MUHASABAH DIRI.
Mari kita periksa balik apa yang kita buat dalam 24 jam sehari yang ALLAH bagikan kepada kita. Subuh - adakah kita bangun sebelum azan berkumandang, dan membersihkan diri kita dan bersiap sedia untuk menghadap Ilahi. Adakah kaki kita, kita biasakan dengan meredah angin dingin di kala subuh melangkahkan kaki ke masjid mahupun surau???
Selepas solat subuh - adakah kita selalu basahkan lidah kita dsengan zikir, bacaan al mathurat, doa doa, bacaan al-quran, atau kita hanya menarik balik selimut itu dan menyambung lena setelah solat subuh dengan kadar yang pantas sebelum sempat kereta ferrari yang bertanding dalam F1 itu menghabiskan satu pusingan pun???
Sekejap, dah berapa lama kita tak baca Quran? Bila kali terakhir kita membacanya? Atau kita hanya membacanya sekali seminggu, malam jumaat, kan malam jumaat kena baca yassin? Itu sahaja ke?
Pagi - pernahkah kita solat dhuha, atau kita tak pernah? Sarapan dicafe lebih penting, makanan jasmani kita berikan, tapi makanan rohani?
Tengahari - solat zohor, dan kemudiannya solat asar. Bagaimana dengan kedua dua solat ini. cepat...cepat.....selepas zohor kena berkejar untuk kuliah, selepas asar kena berkejar ke padang, nak main bola..
Maghrib... Isyak.....Apa pula yang kita buat antara maghrib dan isyak? Malam pula? Sepertiga malam, kita sibuk menyiapkan assigment kita, due date dah semakin mengejar. Tak pun, kalau free kita kumpul ramai ramai, lepak - lepak, cerita - cerita, makan -makan. Bila kali terakhir kita bertahajud dan bermunajat kepada ALLAH? Semasa final semester lepas ke?
Ini belum lagi ditambah dengan puasa sunat, apakah isi percakapan kita seharian. Pergaulan kita antara muslimin dan muslimat, pergaulan antara muslim dan non muslim, banyak lagi....
Hubungan dengan kedua ayah dan ibu kita, adik - adik kita, saudara mara kita, guru - guru, lecturer, banyak lagi.....
Malu...malu...malu.....
Lebih banyak ana ingat dan fikirkan, rasa malu kepada ALLAH kian bertambah. Inikah buktinya kita kasih kepada ALLAH, inikah caranya menunjukkan kita adalah hambaNYA. Tak terasa malukah kita, kita cuma teringat kepada ALLAH ketika kita dilanda musibah. Kita tidak berpuas hati, kita kecewa, kita mengadu hanya ketika kita bermasalah......
Pernahkah kita melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH. Perjuangan apakah yang kita perjuangkan? Adakah untuk diri kita sendiri sahaja? Kepuasan diri sahaja? Kepentingan diri sahaja?
Ya ALLAH, ampunilah dosa - dosa kami yang begitu banyak ini..
Janganlah biarkan kami terus leka, lalai dan alpa...
00:59 Posted in PENGISIAN | Permalink | Comments (0)
The comments are closed.