Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

17 September 2007

Menyusuri jalan lurus

SETINGGI-TINGGI kesyu-kuran kepada Allah s.w.t. kerana menjadikan kita manu-sia, makhluk yang istimewa di sisi-Nya. Tetapi keistimewaan itu bukanlah mutlak. Keistimewaan itu bergantung kepada kesanggupan kita untuk berada di jalan yang lurus, iaitu jalan yang dilalui oleh orang-orang yang dikurniakan nikmat dan rahmat sebelum kita.

Mereka yang dikurniakan jalan yang lurus ini ialah para nabi, para wall, para syuhada dan para solehin. Mereka inilah yang benar-benar istimewa di sisi Allah. Sudan tentulah kita tidak boleh mencapai tarafnabi kerana mereka adalah orang-orang yang terpilih. Lagipun Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir.
Bagaimanapun, jalan yang lurus sentiasa terbuka kepada kita untuk menghampiri-Nya. Mudah-mudahan Allah akan mengurniakan kepada kita nikmat seperti yang dianugerahkan kepada golongan yang istimewa itu.
Berusahalah ke arah itu sebagaimana yang kita pohon dalam bacaan al-Fatihah setiap kali menunaikan sembahyang.
"Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus. Jalan yang ditunjukkan kepada orang-orang yang dikurniakan nikmat sebelum kami. Bukan orang-orang yang dimurkai, bukan orang-orang yang sesat." - 6, 7 al-Fatihah.
Alhamdulillah, langkah yang pertama kepada kita ke arah itu sudah terbuka. Kita sudah beragama Islam. Bibit iman pun sudah ada, tetapi tidak kukuh. Perkukuhkan dengan ketak-waan, dengan menjauhi segala larangan dan mematuhi segala perintah-Nya.
Berwaspadalah kerana iman juga boleh surut dan hilang ber-sama arus hawa nafsu, keasyik-an kepada dunia, gangguan ibiis dan syaitan dan kelupaan kepada Allah. Alangkah ruginya mereka yang kehilangan iman kerana ia tidak akan dikem-balikan lagi.
Bagi mereka yang berusaha memperkukuhkan iman, mula-mula mereka akan sampai ke tahap ilmul yakin. Ertinya, kepercayaan mereka terhadap Allah bertambah, tetapi belum tiba ke tahap kukuh. Jika tidak diawasi, boleh turun ke tahap separuh yakin. Keyakinan mereka hanya sekadar ilmu, yang diperolehi daripada apa yang didengar dan dibaca.
Mereka yang mahu menda-pat iman yang lebih mantap hendaklah melaksanakan taubat nasuha (taubat yang sebenar-benar taubat). Kemudian ting-galkan segala yang dilarang dan lakukan segala yang diperin-tahkan.
Meninggalkan segala yang dilarang bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan (istiqamah). Be-gitujuga melakukan segala yang diperintah.
Anda juga perlu banyak bersabar. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w. sudah bersabda bahawa sabar itu separuh daripada iman. Allah akan menguji keimanan anda. Jika anda bersabar dan berjaya melalui ujian dengan berpegang kepada Quran dan sunnah Rasulullah, mudah-mudahan tahap keimanan anda akan meningkat.
Anda juga perlu redha dalam menghadapi segala ujian Allah. Jika anda redha terhadap segala ketentuan Allah, maka Allah akan meredhai anda. Anda juga perlu ikhlas dengan Allah. Ingat bahawa apa yang anda dengar, Allah mendengar. Apa yang anda lihat, Allah juga melihat. Malah apa yang anda fikirkan juga Allah tahu. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Maha Suci Allah yang Maha Agung.
Tentulah anda pernah mempelajari Sifat 20, tetapi masih kurang faham. Memang-lah apa jua ilmu yang dipelajari daripada orang lain tidak sama dengan pengalaman yang kita lalui sendiri. Maka anda akan melalui pengalaman yang merupakan pengenalan kepada Allah atau makrifatullah, jika terus berusaha untuk memper-tingkatkan iman anda.
Melalui ujian-ujian daripada Allah, anda akan lebih kenal kepada Allah. Apabila kenal, bertambah keyakinan. Anda akan meningkatkan ibadat. Selain menunaikan fardu ain yang wajib, anda juga mulai melakukan yang sunat. Tetapi ingat jangan lakukan selain kerana Allah. Jika anda lakukan ibadat bukan kerana Allah, maka anda telah melakukan syirik halus. Jangan haraplah iman akan bertambah. Bersabarlah dan tingkatkan ibadat anda secara beransur-ansur. Jangan gelojoh. Allah lebih mengetahui siapa anda.
Mudah-mudahan kita tidak begitu. Maka lakukan segala ibadat dengan ikhlas kerana Allah. Fahamilah sungguh-sungguh bahawa "kerana Allah" bukanlah bermaksud bahawa apa yang dilakukan itu untuk dihadiahkan kepada Allah. Maksudnya ialah kita mematuhi perintah-Nya.
Mudah-mudahan, apabila anda sudah berupaya menjauhi segala larangan dan mematuhi segala perintah-Nya dengan penuh ikhlas, sabar dan tawaduk, anda akan berupaya meneruskan perjalanan di jalan yang lurus untuk sampai ke satu lagi tahap, iaitu ainul yakin. Erti ainul yakin ialah keyakinan yang diperolehi dengan melihat sendiri tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah. Bermula dari sini, pengalaman akan menjadi guru anda.
Dalam perjalanan ini, anda akan terus meningkatkan ketakwaan. Bersyukurlah anda r kerana Allah memberikan hidayat-Nya kepada anda untuk bertaubat nasuha dan mengubah diri anda. Mudah-mudahan Allah akan terus melimpahkan hidayat-Nya kepada anda di atas kesyukuran yang ikhlas itu.
Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang bersyukur, bersabar dan ikhlas. Tambahlah kesyukuran, kesabaran dan keikhlasan dengan tawakal. Erti tawakal ialah ber-serah diri kepada Allah. Senang untuk dicakapkan, tetapi bukan-nya mudah untuk dilaksanakan.
Mereka yang sampai ke tahap ainul yakin akan terus melalui ujian dalam kehidupan. Mungkin ujian yang luar biasa, atau yang sama seperti manusia lain. Yang pokoknya ialah bagai-mana kita menghadapi ujian itu.
Jika hilang sabar, pastilah anda akan gagal untuk meningkatkan tahap keimanan anda. Jika luntur keikhlasan, perjalanan mungkin juga tersekat. Jika ada bibit-bibit kurang bersyukur, anda juga memilih jalan ke belakang perjalanan.
Mudah-mudahan anda akan terus bertakwa, bersabar, redha, ikhlas, sentiasa bersyukur dan bertawakal. Insaflah bahawa manusia amat lemah di sisi Allah. Segala yang ada pada diri kita adalah hak-Nya. Nyawa, penglihatan, kudrat, pende-ngaran, akal dan keupayaan bertutur adalah pemberian-Nya. Dan jangan lupa bahawa kita juga akan kembali kepada-Nya.
Disebabkan terlupa kepada hakikat inilah manusia ter-gelincir dari jalan yang lurus, lalu meneruskan kehidupan di jalan yang sesat dan dimurkai Allah. Jika anda sentiasa menginsafi dan mematuhi hakikat ini, mudah-mudahan Allah akan melorongkan anda ke tahap per-mulaan hakkul yakin. Ketika itu, pengertian anda tentang konsep "kerana Allah" akan berubah.
Di atas bertambahnya penyerahan diri anda kepada Allah, maka konsep "kerana Allah" akan berubah. Ertinya ialah segala ibadat, solat, hal-hal kehidupan, sakit, rezeki dan sebagainya hanyalah bergantung di atas kekuasaan Allah. Bukan lagi sekadar memenuhi perintah Allah. Dan bukan sekadar satu ucapan, tetapi meliputi tindakan, hati dan perasaan.
Mudah-mudahan anda mencapai tahap ainul yakin dan seterusnya memanjat ke hakkul yakin untuk berada tetap di jalan yang lurus sehingga ke akhir hayat anda.
Jika ainul yakin dengan pengalaman yang dilihat, hakkul yakin pula dikurniakan kepada anda oleh-Nya melalui pengalaman yang tersendiri. Tentulah berbeza tahap keyakinan orang yang mendengar ceramah atau membaca kitab dengan orang yang melihat sendiri tanda-tanda kebesaran Allah. Tentulah lebih berbeza iman orang yang dikurniakan pengalaman oleh Allah untuk meyakinkan hamba-Nya itu tentang asma (nama), sifat, af'al (perbuatan) dan zat-Nya. Dengan iman yang paling kukuh, apa lagi yang perlu dilakukan dalam meneruskan perjalanan yang lurus ini.
"Demi masa. Sesungguh-nya manusia sentiasa dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan ber-amal soleh, dan nasihat-me-nasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-me-nasihati supaya menetapi kesabaran." - aI-Asyr.
Ayat ini menjadi dalil kepada orang-orang yang beriman supaya beramal soleh. Menjadi kewajipan setiap orang yang beriman untuk beramal soleh. Apa itu amal soleh? Mudah-mudahan anda bersabar untuk menunggu kefahaman tentang amal soleh. Insya-Allah.

01:19 Posted in PENGISIAN | Permalink | Comments (0)

The comments are closed.