Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

20 September 2007

Mengkaji bukan meramal!

Sudah menjadi kebiasaan murid-murid dan juga guru untuk merujuk kepada soalan-soalan peperiksaan yang lalu sebagai sebahagian daripada proses mengkaji pembelajaran. Walau bagaimanapun ada juga segelintir murid yang menganggapkan ianya sebagai proses membuat ramalan. Lantas mereka akan hanya menumpukan pembelajaran berasaskan topik-topik yang terdapat dalam pada satu-satu kertas soalan sahaja.

Perbuatan ini harus dikikis daripada fikiran murid-murid. Membuat ramalan itu bukanlah salah tetapi ia tidak seharusnya dijadikan sebagai hanya satu jalan untuk belajar tetapi ia boleh dijadikan sebagai salah satu strategi mengkaji pelajaran. Membuat ramalan mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut:

• Menyekat usaha. Membuat ramalan bermakna kita mencari jalan pintas untuk mengulang kaji. Hal ini akan menyebabkan usaha kita ke arah mencari bahan untuk belajar akan terbantut. Sedangkan pada usia yang muda ini murid-murid digalakkan mencari ilmu sebanyak mungkin melalui usaha yang gigih.

• Ilmu tidak lengkap. Membuat ramalan bermakna murid akan hanya memilih topik-topik tertentu untuk diulang kaji. Dalam proses membuat pilihan beberapa topik dalam subjek itu akan ditinggalkan atau tidak diberi perhatian langsung. Hal ini akan menyebabkan ilmu yang dipelajari itu terputus-putus dan tidak lengkap.

• Tiada kesinambungan: Dalam proses pembelajaran setiap topik itu ada kesinambungannya dengan topik yang lain malah ia menjadi asas pemahaman pada topik berikutnya. Mengabaikan topik-topik tersebut akan menyebabkan murid menjadi keliru serta tidak dapat mengaitkan antara fakta-fakta yang dipelajari.

• Menyekat kreativiti: Dengan hanya menumpukan pembelajaran pada soalan-soalan ramalan akan menyekat kreativiti anda. Murid tidak akan berusaha untuk berbincang, bertanya atau mengemukakan pendapat. Malah ada juga murid yang ponteng sekolah dengan alasan mereka boleh belajar sendiri melalui soalan ramalan di rumah.

• Menyekat perkembangan diri: Belajar di sekolah bukan hanya untuk tujuan peperiksaan semata-mata. Walaupun peperiksaan menentukan masa depan pelajar tetapi melalui pelbagai ilmu yang dipelajari mampu membina dan memperkayakan perkembangan diri seperti ketrampilan diri, disiplin serta perkembangan minda.

Dalam hal ini murid-murid seharusnya banyak berusaha mempelajari setiap topik yang diajar oleh guru. Walaupun terdapat banyak soalan-soalan ramalan, ia boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada latihan mengulang kaji yang perlu diseimbangkan pula dengan topik-topik yang lain. Walaupun topik-topik tersebut tidak terdapat dalam soalan peperiksaan, janganlah ia dianggapkan sebagai merugikan masa kerana ilmu itu tidak ternilai harganya. Kepentingan ilmu ini tidak boleh dipersoalkan lagi di mana dalam pepatah melayu ada menyatakan ”Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri China.” Ilmulah yang akan menjadi bekalan kepada diri kita di dunia dan di akhirat.


Sumber: http://www.tutor.com.my

08:46 Posted in MOTIVASI | Permalink | Comments (0)

The comments are closed.