10 December 2007
Jika Anda Ingin GAGAL?
Inilah panduan untuk anda...
Cuba hayati, telitiberfikir dan bertindak seperti yang disarankan...
Mudah-mudahan anda berhasil meraih kegagalan....
Selalu berfikir.... "Itu mustahil, tak boleh buat...."
Tidak memahami orang lain.
Cakap tak jelas.
Anggap kegagalan sebagai sudah nasib badan.
Tidak merancang dan tak tahu apa yang ingin dicapai dalam tempoh tertentu.
Menolak nasihat dan maklum balas dari orang lain.
"Dah nasib apa nak buat..."
Membiarkan emosi mengawal diri.
Selalu berkata "saya tak tahu"
Selalu berkata... "nantilah..." "besok sajalah"
"Mustahil seseorang itu boleh mengatasi kelemahanya..."
Selalu bercakap bahasa yang negatif.
"Orang lain mesti faham semua yang aku cakap"
Marah berpanjangan...
Tidak fokus...
Bercakap negatif dengan diri sendiri...
Fikir tentang diri sendiri saja.
Selalu rasa terbiar, hampa....
Selalu jalan-jalan buang masa dan tenaga....
Berfikiran tertutup.
Benci belajar atau cuba perkara baru.
Selalu ingat kegagalan yang lepas.
Mudah sangat dipengaruhi oleh sumber-sumber luaran.
Asyik fikirkan kelemahan diri sahaja.
Selalu menyalahkan suasana dan orang lain bila hadapi masalah.
Selalu lepas peluang berharga...
Takut melakukan sesuatu yang baru.
Mudah terganggu.
Selalu buat kesilapan yang sama, tapi tidak mengetahuinya.
Selalu berfikir... "aku ni dah bagus dah...."
Percaya bahawa "orang macam aku ni tak boleh berjaya...."
Makin lama makin teruk... dan tidak pernah memperbaikinya.
Mudah putus asa.
Takut kepada imaginasi sendiri.
Membiarkan suasana dan peristiwa berlaku mengawal keputusan dalam hidupnya.
Keliru dengan banyak perkara yang sedang bermain dikepala.
Rasa macam tahu tentang sesuatu tetapi tidak pernah menggunakan pengetahuan yang ada.
"Siapalah aku ini..."
Tak kemas... tak tahu arah mana hendak tuju.
Rasa *****, runsing, boring.
Mudah 'terluka' dengan apa yang orang lain ucapkan.
Biarkan perkara lepas menghantui perasaan dan pemikiran anda.
Selalu mengomel dan komplen...
Tidak dapat menerima diri sendiri.
Gopoh dan tergesa-gesa, rasanya macam dah cukup bersedia.
Benci diri sendiri.... "tak ada apa yang baik pada diriku...."
Berfikiran secara terhad.
Selalu fokus kepada kelemahan dan kekecewaan diri sendiri...
Tak pasti dengan kebolehan dan kemampuan diri.
"Kalau aku jadi seperti orang lain..."
Takut melakukan kesilapan.
Mudah panik kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru.
Selalu membiarkan orang lain membuat keputusan untuk dirinya.
Perlu nanyak masa untuk berubah.
Takut untuk berubah.
Tidak pernah cuba untuk memperbaiki diri.
Takut mengatakan "tidak", "tak mahu"
Selalu melakukan sesuatu yang tidak mahu dilakukan/tidak disukai.
Selalu melihat dalam mindanya bahawa dia akan gagal walaupun dia belum memulakannya lagi.
Selalu memberikan seribu alasan untuk tidak melakukan sesuatu.
Selalu berfikir... "itu susah,... telalu besar... tak boleh... bukan untuk saya"
Suka bertangguh.
Memiliki cita-cita dan impian tetapi.... tidak pernah berusaha memcapainya.
"Cakap aje...."
"Baca aje.... buatnya tidak".
05:35 Posted in PELBAGAI | Permalink | Comments (0)
The comments are closed.