Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

26 February 2006

Menerokai WinXP

Windows XP merupakan antara sistem operasi (Operating System) yang terkini. la turut mempunyai banyak kelebihan dan mampu memberikan pengalaman dan kepuasan bagi pengguna terutamanya bagi mereka yang menggemari Windows. Meskipun sistem operasi ini mempunyai persamaan dengan versi Windows yang sebelumnya, namun ia memiliki kelebihan terutamanya penambahan pelbagai ciri baru atau beberapa ciri lama yang mengalami penambah baikan. Bagi pengguna yang menggunakan Windows XP ini, dan masih belum habis meneroka kelebihannya, di sini ditunjukkan beberapa tips untuk mengetahui kelebihannya. Antaranya ialah:

1. Memasang aplikasi NetMeeting-aplikasi ini dipasang bersama WINXP. Pada asasnya tidak terdapat pintasan (shortcut) pada desktop atau Start Menu, namun ia perlu diaktifkan dengan langkah berikut.
¥ Klik pada Start, Run dan taipkan
CONF.EXE. Ini akan memulakan wizard pemasangan NetMeeting.
¥ Semasa proses pemasangan (setup) anda akan diingatkan untuk mencipta
ikon pada Desktop dan/atau pada bahagian taskbar Quick Launch.

2. Mengekalkan versi WinXP yang dikemaskini - satu langkah yang baik sekiranya anda mengekalkan versi yang sentiasa dikemaskini, khususnya yang melibatkan pengemaskini keselamatan yang terbaru.
¥ Klik Start, Help and Support.
¥ Di bawah menu Pick a task, klik pilihan Keep your computer up to date with Windows Update.
¥ Klik pilihan Scan for updates .
¥ Klik Yes apabila diingatkan untuk memasang mana-mana perisian yang diperlukan atau driver pemacu.
¥ Langkah ini memastikan sistem dikemas kini secara automatik dengan pengemaskini baru keselamatan,
¥ Anda boleh membuka pengemaskini Windows dengan membuka Internet Explore dan mengklik pada menu Tools, Windows Update atau mengklik pada Start, All Programs, dan memilih Windows Update.

3. Memastikan fungsi Balloons - sekiranya anda sering terganggu dengan notis peringatan yang berbentuk belon yang sering muncul, maka anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk mematikannya:
¥ Klik kanan pada Start dan pilih Properties.
¥ Pada menu Start Menu klik Customize.
¥ Pilih menu advanced.
¥jangan tandakan kekotak yang berlabel Highlight Newly Installed Programs.
¥ Klik OK.

4. Fungsi ClearType - merupakan satu ciri yang melengkapi WinXP; ia berfungsi menglialuskan paparan fon teks pada skrin. Pada asasnya fungsi ini dimatikan pada OS ini atas sebab- sebab tertentu. Anda boleh mencuba sendiri keberkesanannya berpandukan langkah-langkah berikut:
¥ Klik Start, Control Panel
¥ Klik menu Appearence And Themes
¥ Klik pada ikon Display, menu Appearence dan bebutang Effects
¥ Tandakan kekotak yang berlabel Use The Following Method To Smooth Edges Of Screen Fonts dan pilih ClearType.
¥ Klik OK.
¥ Fungsi automatik pemacu CD OS terdahulu memainkan cakera padat (CD) yang menyimpan muzik atau perisian untuk dipasang secara automatik. Bagaimanapun, WinXP maju selangkah ke hadapan dengan menayangkan atau mencari cara lain untuk mempersembahkan data yang terdapat dalam media tersebut. Ciri ini boleh jadi mengganggu setiap kali anda mahu menyisipkan CD. Bagaimanapun, anda boleh membuat perubahan ketetapannya dengan mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan di sini:

¥ Klik dua kali pada My Computer.
¥ Klik kanan pada ikon CO-ROM dan klik Properties
¥ Klik menu Autoplay (menyediakan pilihan untuk mengaktifkan fungsi automatik).
¥ Pilih jenis kandungan dari senarai pilihan yang dipaparkan
¥ Klik pada bebutang yang berlabel Select An Action To Perform dan pilih tin-dakan yang dikehendaki.

5. Mengunci skrin Desktop - WinXP menyediakan beberapa teknik untuk membolehkan anda mengunci skrin desktop sekiranya anda tidak mahu orang lain melihat apa yang terpapar pada skrin. Ini meliputi kombinasi kekunci dan penciptaan pintasan pada bahagian desktop. Cara-caranya seperti berikut:

¥ Terus tekan kekunci berlogo Windows dan kekunci L (WinKey + L) secara serentak.
¥ Anda juga boleh mencipta ikon pintasan pada bahagian desktop anda menggunakan arahan seperti; rundll32.exe user32.dll, LockWorkStation
¥ Seterusnya klik kanan di mana-mana bahagian desktop anda.
¥ Pilih New, Shortcut dan taipkan rundll32.exe user32.dll, LockWork-Station pada ruang yang disediakan.

Setakat ini sahaja untuk kali ini, semoga anda semua dapat mencuba segala tips yang diberi. Tambahan pula semua teknologi pada zaman teknologi ini terdapat di hujung jari anda perlu diterokai dan dicuba. Semoga berjaya! '

Rujukan: CAHAYA Jun 2004

11:10 | Permalink