Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

26 February 2006

Soal jawab IT

1. Subjek : menentukan OS

Soalan;
Saya ingin mengutarakan masalah saya dimana saya telah menghantar pc saya ke pusat penyelenggaraan dan mendapati motherboardnya perlu ditukar.Setelah menukar motherboard.Windows saya yg sebelumnya (windows xp home edition sp2) tidak dapat digunakan lagi dan pekerja di tempat berkenaan telahpun memasang OS yg baru (win xp proffesional sp2) .Masalah saya ialah setiap kali saya memulakan sistem.saya terpaksa memilih OS yg perlu digunakan (yg baru/yg lama) jadi saya ingin bertanya apakah langkah-langkah yg perlu saya lakukan supaya apabila saya memulakan sistem ianya secara automatik memilih OS yg saya kehendaki.Diharap dapat membantu saya menyelesaikan masalah saya ini..
Daripada: alifazman [alifazman@yahoo.com]

Anda perlu membuang OS lama tetapi menurut situasi berikut:
1. jika OS anda diinstall kepada HDD tanpa partition maka anda hendaklah format semula HDD itu dan install semula OS yang anda hendaki.
2. jika OS diinstall kepada HDD dengan menggunakan partition anda hendaklah buiang partition itu. Dengan itu anda perlu tanya kepada org yang membaiki PC anda samada OS itu diinstall kepada partition atau tidak.

2. Subjek : problem pc..
Soalan:
Di sini saya ada kemusykilan berhubung komputer saya.
1 Monitor saya menjadi gelap dan bila melinat gambar yang discan atau ape sahaja gmbr, video dan cd nampak gelap.saya sudah cuba adjust pada monitor tapi tiada perubahan. apa masalahnya?
2 Skrin monitor nampak bergoyang-goyang.kdg2 je oLkenapa ye?
3 Apabila saya membuka file atau melayari internet atau bermain games, komputer seolah2 hendak terpadam skjp..dalam setengah jam adalah 3 kali terjadi..apa puncanya?
Daripada : ctea hanis [lambretta_ 109@yarioo,cofn]

Biasanya masalah ini timbul daripada monitor yang anda gunakan. mungkin monitor itu tidak mampu menampung kehendak grafik komputer yang anda gunakan. skrin bergoyang & terpadam sekali-sekala itu adalah tanda-tandanya. untuk memastikan ini anda boleh cuba dptkan monitor lain dan pasang pada komputer anda. Jika masalah itu masih timbul bermakna monitor anda yang bermasalah. jika tidak ada kemungkinan kad grafik anda yang membawa masalah. setelah anda pastikan apa yang rosak - jika monitor tukar yang baru & jika kad grafik juga tukar yang baru.

3. Subjek: MS Word ke PDF
Soalan:
Kebetulan baru-baru ini saya ada membuat 2 permohonan kerja di luar negara dan saya dikehendaki mengirimkan Resume/CV dalam bentuk PDF sedangkan saya masih baru dan tidak mempunyai pengetahuan dengan aplikasi ini.
Oleh itu saya amat berbesar hati kiranya dapat memberi sedikit panduan dan tunjuk ajar kepada saya tentang;
bagaimana untuk convert fail MS word ke bentuk PDF bagaimana caranya mensisipkan fail tersebut (attach ke email) berikut adalah contoh MS word fail yang perlu di convert kepada bentuk PDF.
Daripada: Mazlan.Masod@synthomer.com [Mazlan.Masod@synthomer. corn]

Saudara perlu download dahulu perisian seperti yang kami senaraikan dalam keluaran Julai (pg 60-61) dan install kepada PC saudara. Setelah itu pasti perisian itu akan muncul dalam tetingkap Printers & Faxes. Seterusnya apabila anda buka Word dan dokumen yang anda mahu tukar ke PDF. Dalam Word kemudian pergi ke File - Print kemudian pilih perisian itu (jangan pilih pencetak) dan klik Print seterusnya tentukan ke mana hendak anda simpan fail PDF itu dan seterusnya PDF anda terhasil.

4. Subjek : Windows Vista & Processor
Soalan;
Saya ingin tahu mengenai Windows Vista yg akan keluar tidak lama lagi dan berapakah agaknya harga bagi sesebuah processor contohnya Intel Pentium D
Daripada: MohdSyahmi Syafiq Omar[mie_oreklate@hotmail.com]

Vista akan keluar tahun depan tetapi tarikh tepat belum tahu kerana sekarang Vista dah lewat daripada yang dijadualkan. Intel pentium D di antara RM 450 hingga RM1200 menurut specs yang tertentu. Saudara boleh pergi ke www.lowyat.net untuk dptkan senarai harga.

Rujukan: Majalah PC

10:55 | Permalink