Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

24 February 2006

Membuang GoHip daripada Internet Explorer

Membuang GoHip daripada Internet Explorer

SAYA telah secara tidak sengaja memasukkan GoHip ke dalam Internet Explorer.
Saya telah cuba pelbagai cara untuk membuangnya tennasuklah dengan mengubah konfigurasi di dalam Internet Options dengan format di bahagian homepage samada dengan arahan use blank atau use current namun ianya tetap kembali kepada asal.
Apabila saya hidupkan semula komputer selepas ditutup, GoHip ini akan terbuka secara sendirinya setiap kali saya melayari Internet Explorer saya dan kadang-kadang mengganggu konsentrasi saya ketika melayari Internet.
Jadi apakah cara lain untuk membuangnya dari Internet Explorer atau sekurang-kurangnya menghalangnya daripada terbuka sendiri pada setiap kali saya melayari Internet.

Jawapan:
Ramai juga pengguna yang merungut terpaksa berhadapan dengan masalah GoHip ataupun yang seumpama dengannya, di mana program yang dipasang telah menjadikan dirinya sebagai laman web utama dibuka sewaktu perisian pelayar Internet Explorer dilaksanakan.
GoHip tidak dapat dikeluarkan secara biasa daripada ruangan Home Page di dalam Internet Options kerana setiap kali kita memadamkan atau menukarkan default Home Page kepada alamat URL yang lain, ia akan bertukar kembali kepada yang asal apabila komputer dihidupkan.
Ini terjadi kerana secara tidak sedar, ia juga telah memasang satu lagi utiliti yang akan dimulakan secara automatik setiap kali komputer dihidupkan.
Terdapat sekurang-kurangnya dua cara untu mengeluarkan perkhidmatan GoHip ini daripada Internet Explorer sekiranya anda tidak mengingininya lagi.
Kaedah yang pertama ialah merujuk kepada laman web dari mana anda mendapat perisian yang digunakan untuk memasang perkhidmatan tersebut, atau dokumen yang disalinkan ke dalam komputer anda sewaktu perisian berkenaan dipasang, ataupun dengan melaksanakan perisian itu dengan cara mengklik dua kali padanya (tetapi sebelum itu anda harus mengenalpasti kedudukannya di dalam cakera keras anda).
Kebiasaannya, kaedah untuk anda mengeluarkan semula perkhidmatan itu ada dinyatakan di dalam dokumen berkenaan ataupun "lesen persetujuan penggunaan" - sesuatu yang pengguna selalu tidak ambil berat sewaktu memasang sesuatu perisian yang diterima daripada Internet.
Selain daripada itu, anda juga boleh memeriksa Control Panel > Add/Remove Programs dan keluarkan (uninstall) sebarang masukan yang mempunyai kaitan dengan perkhidmatan GoHip itu tadi.
Satu lagi tempat yang perlu anda periksa ialah di bahagian menu Start > Programs > StartUp dan pastikan tidak ada sebarang program yang tidak diperlukan berada di dalam senarai di bawah cabang berkenaan.
Cabang atau folder StartUp adalah tempat di mana program-program yang hendak dilaksanakan secara automatik sewaktu Windows dimulakan biasanya diletakkan.
Jika anda dapati ada masukan yang tidak berkenaan berada di situ, padamkannya dengan memasuki Start > Settings > Taskbar & Start Menu, klik pada Start Menu Programs dan klik pula pada butang Remove. Satu tetingkap kecil akan dipaparkan.
Dapatkan folder StartUp dan klik dua kali padanya. Senarai program yang terkandung di bawah folder StartUp akan disenaraikan.
Klik pada program atau pintasan kepada program yang anda hendak buang itu dan klik pada butang Remove. Salah satu pintasan yang dikenalpasti mempunyai kaitan dengan GoHip ialah yang berlabel Windows Startup yang akan melaksanakan program c:windowswin-startup.exe. Klik Close untuk kembali kepada skrin sebelumnya dan menyelesaikan proses.
Sekiranya anda tidak pasti, program apa yang perlu dibuang daripada senarai itu, ada satu lagi cara yang boleh diguna untuk dicuba, iaitu dengan melaksanakan System Configuration Utility (tetapi hanya pengguna Windows 98 dan ke atas yang boleh menggunakannya).
Untuk itu, klik pada Start > Run, taipkan msconfig.exe kemudian tekan Enter.
Utiliti berkenaan akan dimulakan. Klik pada tab Startup.
Di ruangan ini anda boleh melakukan ujian cuba dan gagal (try & error) untuk menentukan program mana yang tidak diperlukan dengan membuang tanda pada kotak yang disediakan.
Selepas anda memilih untuk membuang satu atau lebih tanda, klik butang OK dan Windows akan memaklumkan bahawa anda perlu mematikan dan menghidupkan semula komputer sebelum pembahan yang anda lakukan menjadi aktif.
Selain daripada GoHip, ada beberapa lagi program yang mungkin lebih "degil" dan sukar dikeluarkan daripada Internet Explorer.
Jika anda biasa menyunting fail registry, anda mungkin boleh mencarinya di bahagian HKEYJLocaL Machine/ Software/ Microsoft/ Windows/Current Version/Run ataupun HKEY_ Current_User/Software/Microsoft/Win-dows/Current Version/Run.
Akhir sekali, apabila anda telah mengeluarkan program kecil yang menjadi punca kenapa laman web utama bertukar secara automatik kepada GoHip setiap kali Windows dihidupkan semula, barulah anda boleh mcngembalikan Home Page kepada laman web kesukaan anda dan ia akan kekal di situ tanpa diganggu lagi.
Kaedah yang telah saya jelaskan di atas boleh digunakan bukan sahaja pada program GoHip , tetapi juga pada program-program lain yang dianggap sering menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan kebanyakan pengguna perisian pelayar.
Kaedah yang sama juga telah saya gunakan untuk mencari punca dan memulihkan komputer daripada "masalah" GoHip sewaktu saya sendiri yang terkena.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak ingin menyusahkan diri mempelajari teknik trouble-snooting seperti yang telah saya tunjukkan, anda mungkin ingin cuba menggunakan satu utiliti yang disediakan oleh GoHip sendiri untuk membuang (uninstall) programnya.
Utiliti berkenaan boleh dipindah terima melalui Internet daripada URL http:/www. gohip.com/remove.exe. Maklumat tambahan mengenai proses pembuangannya boleh didapati daripada http://www.gohip.com/remove_ browser _enhancement.html.
Jika anda mengunjungi laman utama tapak web GoHip di alamat http://www.gohip.com, anda akan dapati bahawa maklumat mengenai bagaimana hendak mengeluarkan GoHip daripada perisian Internet Explorer memang tidak disediakan.

05:05 | Permalink