Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

09 January 2006

Keselamatan data pengguna notebook

Memang tidak dinafikan, sifat-sifat notebook yang lebih mudah alih berbanding PC desktop menyenangkan tugas penggunanya. Bagaimanapun, sifat ini kadangkala rnenggusarkan penggunanya jika dikaji dari aspek-aspek keselamatan. Disebabkan sifat notebook yang sebegitu rupa, ia senang hilang atau dicuri. Notebook yang hilang boleh diganti baru bagi sesetengah orang. Tetapi jika notebook itu hilang bersama data bernilai, ada kemungkinan data itu sukar diganti malah berisiko jika terlepas kepada pihak tidak bertanggungjawab.

SYOR PRAKTIKAL UIMTUK KESELAMATAN DATA
Berikut disenaraikan beberapa syor praktikal mengenai keselamatan data yang boleh digunakan jika sesuai.

® Gunakan sistem operasi (OS) selamat dan boleh dikunci - jika anda prihatin dengan aspek keselamatan data dalam notebook, sila gunakan OS yang selamat. Contohnya, Windows 2000 Professional dan XP Professional, menawarkan askes yang selamat, ciri keselamatan sehingga ke tahap fail, dan keupayaan mengenkripsi data. Jika notebook anda masih menggunakan Windows 95/98/Me, sesiapa sahaja boleh mengambil dan mengakses data di dalamnya. Selain itu, jika notebook anda ditinggalkan buat seketika, anda boleh mengunci skrinnya dengan kekunci Ctrl+Alt +Del, kemudian tekan butang Lock Computer.

® Gunakan kata laluan BIOS yang kukuh -pencegahan awal kecurian data boleh dilakukan dengan kata laluan BIOS yang kukuh. Ada notebook dilengkapi ciri pelindung BIOS yang lebih kukuh berbanding yang lain. Buat sedikit kajian sebelum ciri ini digunakan dan rujuk pembuat notebook bagi mengetahui prosedur menetapkan semula kata laluan BIOS. Jika kata laluan BIOS boleh mengunci pemacu keras, maka ia mungkin tidak boleh dikeluarkan begitu sahaja untuk diakses melalui notebook seumpamanya.

® Daftarkan notebook dengan pembuatnya -pengguna mungkin selalu membuang kad pendaftaran bagi semua peralatan elektronik selepas membelinya kerana mereka mungkin khuatir akan menerima e-mel atau surat sampah. Jika notebook didaftarkan, maka pembuatnya akan "menanda" notebook anda. Jika pencuri menghantarnya untuk dibaik pulih, ini meningkatkan peluang anda mendapatkannya semula. Selain itu, anda juga boleh mencatatkan nombor siri dan menyimpan di tempat selamat. Jika notebook itu dicuri, pihak polis mungkin boleh menjejakinya berdasarkan kepada nombor siri yang anda berikan.

® Gunakan firewall peribadi - notebook wajar dilindungi dengan firewall untuk mencegah ia dicerobohi ketika mengakses internet Contohnya, anda meninggalkan rangkaian korporat dan membawa notebook untuk disambungkan ke internet dari rumah atau bilik hotel. Jadi, notebook dan data di dalamnya boleh terdedah kepada serangan. Firewall peribadi seperti Blackice dan ZoneAlarm adalah efektif dan murah untuk keselamatan dan mengambil masa singkat untuk dipasang. Sungguhpun Windows XP disertakan dengan firewall peribadi, ia tidak mampu untuk menangani atau menghalang sambungan ke luar. Oleh, anda disyorkan agar menggunakan firewall peribadi pihak ketiga untuk menjamin keselamatan OS ini.

® Gunakan perisian penjejak - ada beberapa vendor (biasanya di luar negara) yang menawarkan rumusan atau perisian khusus yang mernbolehkan notebook membuat pemeriksaan ke pusat penjejakannya dari masa ke semasa menggunakan isyarat yang boleh dikesan. Sekiranya notebook berkenaan hilang atau dicuri, maka agensi keselamatan ini akan bekerjasama dengan

06:10 | Permalink