09 January 2006
Menggapai Sinar
Amylia sudah pandai berdikari sejak ibunya meninggal. Dialah yang menjaga makan dan minum ayah dan adiknya selama ibunya pergi. Amylia seorang yang tabah, tetapi tiada seorangpun akan menjadi setabahnya apabila kehilangan tempat bergantung dan bermanja. Amylia pernah bersumpah untuk menunaikan hajat ibu dan ayahnya tanpa bantuan orang lain.
Kini Amylia tinggal bersama keluarga Mak cik Odah. Selama ini Mak cik Odah yang mengambil berat tentang keluarga Amylia. Mak cik Odah adalah adik bongsu ayah dan sudah mempunyai lima orang anak. Amylia dan Shahrul diibaratkan seperti anaknya sendiri.
Sudah seminggu peristiwa itu berlalu namun Amylia tetap kelihatan sedih dan murung. Pelajarannya mula merosot. Amylia adalah salah seorang pelajar terbaik di sekolahnya. Disebabkan itu Amylia dipanggil oleh penolong pengetua kerana perubahan yang amat ketara di dalam pelajarannya. "Nur Amylia Shahadah, kamu tahu sebab kamu dipanggil ke sini?"
"Tahu cikgu." Balas Amylia ringkas.
"Amylia, cikgu tahu ayah kamu baru meninggal dunia. Cikgu turut bersimpati. Malahan guru lain pun turut bersimpati atas nasib kamu. Kamu kena banyak bersabar. Yang pergi tu biarkan dia pergi. Kita yang hidup ni kena meneruskan perjalanan yang masih panjang lagi. Jangan cepat berputus asa! Cikgu kenal kamu sejak di tingkatan satu lagi. Bangunlah Amylia. Jadilah Nur Amylia Shahadah yang pernah cikgu kenal sebelum ini. Laksanakan harapan '?kedua-dua orang tua kamu walaupun mereka tiada untuk melihat kejayaan kamu kemudian hari." Pujuk Puan Aminah lembut membuatkan Amylia tidak dapat berkata-kata lagi. Hanya air mata menjadi saksi bertapa pilunya hati , disentuh begitu. "Memandangkan kamu tiada tempat bergantung dan cikgu pula tiada anak walaupun sudah sepuluh tahun kahwin, kalau kamu tak keberatan cikgu ingin mengambil kamu dan adik kamu sebagai anak angkat cikgu. Kamu sudi tak? Kalau kamu tak sudi, tak mengapalah. Tapi biarlah yuran sekolah kamu dan adik kamu cikgu tanggung selama kamu berdua bersekolah." Jelas Puan Aminah lagi membuatkan Amylia terharu kerana masih ada insan sebaik itu di dunia ini.
"Terima kasih cikgu. Tapi saya kena tanya Mak cik Odah dulu." Amylia menjawab lembut.
Di rumah Amylia...
"Mak cik tak kisah Mia. Kalau kamu rasa itu yang terbaik untuk masa depan kamu dan Shahrul, terpulang. Nak menghalang...bukannya kamu buat benda salah. Kamu dah besar dan boleh berfikir sendiri. Lagipun Puan Aminah tu pun bukannya kita tak kenal."
"Jadi Mak cik setuju? Shahrul?"
"Adik tak kisah. Apa yang Kak Mia rasa baik, adik turut. "Balas Shahrul.
"Kalau macam tu Mia rasa... Mungkin masa depan Mia dan Shahrul ada dengan Puan Aminah. Mia akan terima dia sebab masa depan kami." Terang Amylia tenang.
Keesokan harinya...
Kini Amylia dan Shahrul tinggal bersama Puan Aminah dan suaminya Encik Rahman seorang doktor. Terasa sinar kembali menerangi hidupnya. Walaupun sukar untuk menggapai sinar itu, Amylia berjaya membuktikan yang sinar itu sebenarnya ada. Cuma mcnanti masa untuk di sentuh.
Amylia semakin bersemangat dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM. Dorongan ibu angkatnya yang sentiasa membantu dalam pelajaran membuatkan Amylia benar-benar yakin untuk berjaya.
Tiba harinya peperiksaan SPM, dia berjaya menjawab soalan dengan mudah. "lbu...ayah... Semua ini Mia lakukan untuk kamu berdua. Semoga roh ibu dan ayah aman di sana sambil melihat kejayaan Mia." Bisik hatinya.
Sementara menunggu keputusan, Puan Aminah membenarkan Amylia berkerja di sebuah kedai buku yang berdekatan dengan klinik Encik Rahman. Mylia mendapat ramai kenalan semasa berkerja di situ termasuklah seorang lelaki yang terus meluahkan perasaannya untuk menjadikan Amylia sebagai teman hidupnya. Amylia sungguh terkejut.
Dua hari berlalu, Amylia hampir demam memikirkan perkara itu. Puan Aminah semakin runsing melihat anak angkatnya berkeadaan begitu setiap hari. Deringan telefon tidak dijawab. Puan Aminah cuba untuk bertanyakan masalah Amylia.
"Kenapa ni, Mia? Ibu tengok Mia tak riang macam selalu."
"Iskandar ibu..."
"Iskandar? Siapa Iskandar tu?
"Dia bekerja dengan Jabatan Perhilitan. Dua hari lepas dia ada melamar Mia. Mia tolak. Lepas tu hari-hari dia telefon Mia nak tanya soalan yang sama."
"Apa Mia? Ada orang melamar Mia tapi Mia tak beritahu ibu?"
"Mia takut. Mia tak nak ibu..."Jelas Amylia terus memeluk ibu angkatnya.
"Mia cuba bawa Iskandar jumpa ibu dengan ayah. Nanti kami tahu nak bagi jawapannya."
"Tapi Mia tak nak!" Jelas Amylia agak keras.
"Tak semestinya Mia mesti terima dia. Ibu cuma nak lihat dia sahaja. Mia kan nak jadi peguam.Jadi kenalah belajar lagi."
"Terima kasih ibu kerana fahami Mia." Balas Amylia.
Amylia kembaii bekerja seperti biasa. Iskandar datang kembaii untuk bertanyakan jawapan daripada Amylia.
"Kalau Encik Iskandar nak tahu jawapan saya, Encik Iskandar kenalah datang ke rumah ibu dan ayah angkat saya dulu. Boleh?"
"Kenapa tidak? Orang kata kalau nak sunting bunga mawar, kita kena hadapi durinya dulu."
Keesokkan harinya Amylia membawa Iskandar menemui Puan Aminah dan suaminya. Pelbagai soalan diajukan kepadanya namun Iskandar tenang menjawabnya. Disebabkan itu ibu dan ayah angkatnya menyukai Iskandar. Maka termatrilah ikatan pertunangan antara Amylia dan Iskandar.
Keputusan peperiksaan diumumkan. Amylia begitu gembira kerana mendapat keputusan cemerlang dan berpeluang melanjutkan pelajaran untuk menunaikan cita-citanya. Iskandar terpaksa melepaskan Amylia demi masa depan mereka. Pertunangan mereka ditangguhkan tiga tahun lagi.
Tiga tahun adalah tempoh yang terlalu lama untuk bersabar. Tapi Amylia dan Iskandar dapat tempuhinya sehingga tiba saat Amylia menerima ijazah undang-undang yang diidamkannya.
Majlis perkahwinan Amylia dan Iskandar dibuat dengan meriah. Amylia terasa amat gembira kerana mempunyai seorang suami yang baik dan diberi peluang untuk melaksanakan hajat ibu dan ayahnya untuk menjadi seorang peguam. Kata orang biar bersusah dahulu dan bersenang kemudian.
Begitulah nasib Amylia yang berjaya menggapai sinar setelah melalui liku hidup penuh duka dan akhirnya berjaya memiliki segala-galanya. Amylia kini bahagia bersama suaminya dan berjaya menjadi seorang peguam.
Adiknya Shahrul juga telah tamat belajar dan menunggu keputusan peperiksaan. Sementara itu Shahrul bekerja sambilan dengan abang iparnya sebagai renjer hutan kerana minatnya yang mendalam terhadap alam semulajadi.
AZLIENA
SMK Felda Besout
Perak
14:45 | Permalink