Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

09 January 2006

Perjalanan Masih Jauh

Bilik Cikgu Safar kutinggalkan dengan hati resah. Telingaku masih berdesing-desing disumbat kata-kata Cikgu Safar tadi. Kata-kata itu tidak akan kulupakan seumur hidupku. Biarkan la berpahat di sanubariku.
"Kamu seorang pelajar,"kata Cikgu Safar. "Sepatutnya kamu lebih menumpukan kepada pelajaran. Tapi, berlagak macam orang muda."
"Sepatutnya pada usia remaja inilah, kamu mengisi dengan ilmu pengetahuan. Sebaliknya, kamu berseronok-seronok," kata Cikgu Safar menajamkan mata ke mukanya.
"Ponteng sekolah. Melepak di pusat membeli-belah. Berkepit dengan lelaki, kemudian merokok,"tegas Cikgu Safar dengan dengusan nafas panjang. 'Apa yang kamu dapat? Kamu megah dapat hisap rokok?"
Tajam sungguh kata-kata itu menerjah cuping, sekali gus menghiris jantungku. Seumur hidupku, aku tidak pernah dilemparkan dengan kata-kata sekeras itu. Ayah dan ibuku pun tidak pernah mengeluarkan kata-kata seperti itu.
Apakah daya, orang di hadapanku adalah guruku, kalaulah dia seorang rakan, penamparku sudah menyinggah mulutnya. Aku tidak boleh melawan guru, padahnya aku akan dibuang sekolah.
"Kamu sepatutnya malu kepada diri kamu," kata Cikgu Safar lagi."Kamu bukan budak-budak lagi. Kalau kahwin sudah boleh jadi emak orang."
"Kalau kamu tak mahu jaga maruah kamu pun,"tegas Cikgu Safar keras.'Jagalah maruah ibu bapa kamu, maruah sekolah dan nama baik . cikgu kamu."
"Jangan ingat, segala yang kamu lakukan baik di mata orang," tekan Cikgu Safar, sinis."Mereka sebenarnya meluat melihat gara-gara kamu."
"Malulah kepada bangsa kamu sendiri, pedih kata-kata Cikgu Safar menghiris jantungku. Dapat aku rasakan ia masih berdarah di hati.
"Orang lain, berlumba-lumba mengejar ilmu," tokok Cikgu Safar bagaikan tidak mahu berhenti berkata-kata. "Kamu? Tak mahu ambil peluang terbaik ini. Bila tak lulus, mula nak salah guru mengajar, nasib tak ada. Tapi, kamu saja tak mahu membela nasib kamu sendiri."
Kuhela panjang-panjang. Bilik Cikgu Safar kurasakan kosong, hanya aku dan Cikgu Safar berada di bilik ini. Mengapa Johana, Farha dan Amelia tidak dipanggil sama? Mengapa aku seorang yang dipanggilnya? Apakah aku seorang saja yang melakukan kesalahan?
"Aku sudah bersumpah...,"demikian tekadku ketika bersalam dengan Cikgu Safar. "Aku tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang lalu."
Perjalanan kamu masih jauh. Kamu baru belajar dalam Tingkatan Empat. Andai kamu tak lulus SPM? Ke mana kamu nak bawa diri kamu? Hendak minta ibu bapa kamu menanggung kamu belajar di sekolah swasta?"
Setidak-tidaknya saya mahu kamu menjejak kaki ke universiti. Keluar universiti nanti kamu jadi pensyarah. Paling tidak seorang guru yang berijazah.
Oh,Tuhan, aku bersyukur terhadap-Mu Kamu telah menyedarkan diriku daripada kelalaian. Aku telah banyak membuang masaku.
Berada di Tingkatan Empat bukan masa untuk berbulan madu. Kamu mesti belajar daripada sekarang untuk SPM. Kamu ke sekolah bukan boleh dilakukan sesuka hati kamu.
"Kalau nak datang, kamu datang," kata Cikgu? „ Safar. "Kalau malas, kamu suka hati ponteng."
Ya, memang aku sedar kesilapanku. Semenjak aku berada di permulaan sekolah, perangaiku mula berubah. Aku ke sekolah seperti biasa, tetapi pulang dari sekolah aku berpeleseran dengan Johana, Farha dan Amerlia.
Mereka mengajakku ponteng sekolah pula. Mereka memujukku lepak di pusat membeli-belah. Mereka mengenalkan aku kepada Jack, Syukur dan Helmi.
"Kita enjoy...," kata Johana. "Kita dah penat belajar di Tingkatan Tiga dulu. Masa ini kita rehat minda."
"Yalah, inilah masanya...," tekan Farha pula sambil mengunyah gula getah. "Kita lepak, lepas tu kita masuk KFC."
"Kamu cuba benda ini sikit...," Amelia menghulur pula sebatang rokok.
Aku menolak kerana tidak biasa.
"Tak sportinglah...,"tukas Farha
"Cubalah...," tekan Jack pula. "Macam mana nak masuk member kita."
Digesa oleh mereka, aku pun mencuba. Mereka bertepuk tangan apabila aku berjaya menyedut dan mengeluarkan kepulan asap melalui lubang hidung.
"Sep, dah geng kita," Johana mengangkat tangan dan menepuk tanganku pula.
Selepas mencuba beberapa kali aku berasa seronok. Aku mula membelinya sekotak. Aku mula menjadi ketagih. Sehari demi sehan aku mula mendapat member baru.
Seorang gadis bernama Welly yang bersubang enam di telinga kanan. Mira pula bertindik subang di tepi hidiing. Jefry pula bertatu di bawah dagu.
Setiap hari Sabtu dan Ahad kami berkumpul di Center Point. Lepak dan bercinta, merokok sambil mengunyah gula-gula getah. Aku keluar pagi dan larut malam baru pulang. Hari persekolahan pula, aku kerap ponteng. Kononnya tidak mahu dibebankan dengan pelajaran.
Hinggalah pagi tadi, aku telah ditahan oleh Cikgu Safar dan Cikgu Faridah. Aku tidak dapat melepaskan diri kerana ada anggota polis turut dalam operasi berkas. Aku dibawa ke sekolah dan ke bilik Cikgu Safar.
"Herlina...?"Satu suara menegurku.
Pantas aku menoleh ke sebelah. Hafiz di hadapanku sempat mencuri reaksiku sekilas, sebelum aku melemparkan senyum kepadanya.
"Ayah dengan ibu kamu menunggu di luar pagar, beritahu Hafiz, lancar.
Oh,Tuhan. Degup jantungku mengencang. Siapakah yang menjemput mereka ke sini? Ketakutan mula meresahkan hatiku. Aku bimbang mereka akan memarahiku.
"Terima kasih, Hafiz...," balasku.
Goyah langkahku menuju ke luar pagar. Beg sekolah yang hanya berisi sebuah catatan harian. Sehelai baju T dan jeans lusuh yang belum kupakai, kugalas.

Jangan-jangan mereka akan menempelengku. Debaran dadaku kian mengencang. Aku tidak sanggup hendak menemui ibu dan ayahku. Tetapi, aku tetap melangkah menuju ke kereta.
"Ayah dah tahu segala-gala yang berlaku,"kata ayah sebaik aku menutup pintu kereta. Ibu yang memandu memecut dengan agak laju meninggalkan kawasan sekolah.
"Sebelum ayah dan ibu marah,"ujarku lembut. "Una menyusun jari sepuluh, meminta ampun dan maaf, dari hujung kaki hingga ke hujung rambut, pada ayah dan ibu. Una dah sedar dan insaf apa yang Lin buat."
"Syukurlah, kalau kamu dah insaf," sampuk ibu yang sememangnya garang. Tiba-tiba jadi lembut. "Sebelum virus tak baik merebak lebih jauh. Kamu sudah sedar".
"Ayah juga bersyukur...," sampuk ayah pula dengan suara yang sebaik. "Sebenarnya, ayah tak salahkan Una. Yang silap mungkin juga ayah dengan ibu."
Aku menarik nafas lega kerana ayah dengan ibu tidak memarahiku. Mereka sebenarnya sayang kepadaku.
"Abah harapJuga ibu,"kata ayah."Selepas ini Una akan belajar dengan tekun. Ingat kata-kata Cikgu Safar. Perjalanan hidup Una masih jauh lagi...!"
Aku seperti sedikit tersentak dan memandang ayah. Cikgu Safar yang memberitahu ayah dan ibu, patutlah ayah dan ibu yang menjemputku di sekolah.
Aku menjeling ayah dan ibu, sebak dadaku parah. Namun aku tahan air mataku tumpah. Oh, Tuhan masih sayangi diriku, kerana perjalanan hidupku masih jauh.

Ghazali Ngah Azia

14:45 | Permalink