Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

23 January 2006

Mengatasi kebosanan

SETIAP individu kebiasaannya akan mengalami kebosanan. Terdapat banyak faktor kenapa kebosanan boleh berlaku pada diri kini. Pada golongan pelajar rasa bosan yang terdapat di dalam jiwa kita boleh memberi kesan yang buruk dalam proses pembelajaran.

Oleh itu rasa kebosanan ini tidak boleh dibiarkan meresapi di jiwa kita secara berleluasa. Langkah yang merupai perancangan harus diatur agar kebosanan dapat ditangani ke arah mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih tenang dan efektif.

Di antara perancangan yang harus dilakukan adalah seperti berikut:

Pengurusan masa yang strategik: Pengurusan masa merupakan factor yang penting dalam menentukan tindakan seseorang pelajar. Jika masa dapat diurus dengan baik, setiap detik akan dipenuhi dengan tindakan. Tidak timbul masa terluang yang akan menyebabkan seseorang pelajar itu merasa ketidaktentuan yang mendorong ke arah kebosanan.

Penumpuan dalam kelas: Salah satu faktor yang menyebabkan kebosanan terhadap sesuatu mata pelajaran ialah kekeliruan atau ketidakfahaman dalam mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru. Kebiasaannya pelajar yang kerap merasa bosan ialah pelajar yang bersifat pasif, tidak mahu bertanya serta kurang berinteraksi dengan guru untuk menyelesaikan sebarang kekeliruan dalam pelajaran. Maka akhibatnya pelajar tersebut akan merasa malas, kurang berminat untuk belajar dan terus dihantui dengan kebosanan. Oleh itu untuk mengelakkannya seseorang pelajar harus sentiasa bersedia untuk menghadapi pelajaran, meumpukan sepenuh perhatian dalam kelas, bertanya dan berinteraksi dengan guru untuk mendapat penjelasan. Jika setiap pelajaran yang diberikan oleh guru itu dapat difahami oleh pelajar maka sudah tentu rasa bosan untuk belajar dapat diatasi dan tidak akan wujud dalam jiwa pelajar.

Strategi belajar. “Study smart not hard” begitulah kata-kata yang menunjukkan strategi belajar adalah penting dalam menentukan kejayaan. Di sini bermaksud seseorang pelajar harus mempelbagaikan strategi belajarnya. Membaca dengan menggunakan pancaindera mata sahaja akan menyebabkan seseorang itu meras letih dan seterusnya akan mengalamai kebosanan. Oleh itu pelajar harus bijak menggunakan strategti lain seperti catatan nota kecil, peta minda, diskusi atau melayari internet (Portal Pendidikan Utusan – www.tutor.com.my banyak menyediakan nota dan latihan untuk para pelajar) untuk mendapat bahan dan latihan tambahan.

Keyakinan diri: Faktor yang penting yang dapat mempengaruhi diri kita ialah keyakinan diri. Para pelajar harus meyakini diri sendiri dengan menganggapkan apa sahaja perkara-perkara yang baik yang dapat dilakukan oleh seseorang itu dapat juga dilakukan oleh anda. Dengan adanya sistem meritrokrasi anda harus melakukan sesuatu yang terbaik untuk melayakkan diri anda ke IPT Ini bermakna sisitem meritrokrasi ini menganggapkan anda dapat melakukan yang terbaik tidak kira bangsa atau keturunan. Hanya dengan keyakinan diri sahajalah sesutu yang dianggap mustahil ini akan menjadi kenyataan bagi anda melakukannya.
Semoga kebosanan yang melanda di jiwa anda dapat dibendung ke arah memantapkan diri kita menghadap segala cabaran dalam proses menimba ilmu pengetahuan.

08:55 | Permalink