18 February 2006
Tips Komputer
Apa Itu Virus?
Sebenarnya virus komputer adalah merupakan sebuah program yang dicipta oleh manusia.
Program virus komputer ini sama seperti program-program yang lain iaitu membenarkan ianya melekat ( attach ) kepada perisian-perisian lain bertujuan untuk mengganggu serta membinasakan perisian yang ditumpanginya.
Pada peringkat awal, program virus dicipta untuk melindungi sesuatu program yang dicipta dari disalin oleh orang lain.
Mengikut undang-undang, pencipta virus komputer boleh dianggap sebagai satu perbuatan jenayah tetapi tiada peruntukkan atau akta yang boleh mendakwa pencipta virus ini.
Virus komputer terbahagi kepada dua bahagian asas iaitu bahagian kulit (shell) dan bahagian tubuh (body).
Di dalam bahagian kulit, terkandung kod-kod yang digunakan untuk melipat-gandakan bilangan virus didalam sesebuah sistem komputer.
Bahagian tubuh pula, mengandungi kod-kod yang digunakan untuk mengaktifkan virus pada masa tertentu(pre set time).
Apabila virus telah diaktifkan, virus akan memperlihatkan pelbagai isyarat seperti memadamkan fail-fail, merosakkan FAT, mencampuradukkan fail-fail di dalam partition table,membesarkan saiz fail dan sebagainya.
Virus boleh menyebabkan keseluruhan sistem komputer tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan kehilangan fail atau data-data yang tersimpan di dalam FDD atau HDD.
Sejarah
Perkataan virus adalah berasal daripada perkataan latin bermaksud racun.
Virus telah diketahui oleh manusia lebih daripada 20 tahun yang lalu. Tetapi mengikut rekod, virus komputer telah dicipta pada tahun 1985 oleh dua orang adik-beradik iaitu Anjal dan Basit dari Lahore, Pakistan dimana mereka mencipta virus ini adalah sebagai pelindung kepada perisisan yang telah mereka cipta dari ditiru atau di salin oleh orang lain. Virus komputer yang pertama di rekodkan ini digelar sebagai 'Brain'.
Jenis-jenis virus.
Asalnya virus komputer boleh dibahagi kepada dua iaitu boot virus dan file virus.
Boot virus adalah virus yang akan menyerang pada boot sector iaitu tempat di mana pemacu memulakan bacaan.
Virus ini akan merebak apabila suis komputer dihidupkan, ia akan berpindah memasuki memori dimana setiap komputer atau disket yang berkongsi dengan komputer tersebut akan secar automatik dijangkiti oleh virus.
Virus fail tidak begitu merbahaya kerana ia hanya akan melekat pada 'extension' failnama seperti .COM, .EXE, .SYS dan lain-lain.
Selain daripada virus, terdapat juga beberapa program yang hampir sama dengan virus iaitu :-
Worms dimana ianya sama seperti virus cuma ia tidak boleh melekat pada program lain dan juga tidak boleh mengubah program tersebut.
Worms ini akan beroperasi sendiri dengan melalui sesuatu program dan meninggalkan kesan pada laluannya.
Worms hanya terdapat pada komputer besar seperti main dan mini sahaja.
Trojan Horse adalah program atau kod program yang membawa virus atau worms kepada program yang sedang digunakan.
Logic Bomb ialah program alat jangka (timing device) yang membolehkan virus disimpan sehingga virus disebarkan untuk memusnahkan sebarang program. Ianya mungkin berupa tarikh atau masa virus itu akan diaktifkan.
Bagaimana Virus Dikesan.
Virus boleh dihalang dengan membuat scan terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang disket dengan menggunakan pengesan virus.
Memulakan sistem komputer dari HDD atau boot dari pemacu C: juga merupakan salah satu cara bagi menghalang virus.
Memastikan disket yang digunakan sentiasa dalam keadaan 'write-protected'.
Memastikan program yang diterima dari internet di simpan ke dalam disket terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam HDD.
Virus juga boleh terhalang dengan memastikan hanya e-mail yang dikenali sahaja diterima untuk dibaca.
Mengesan Dan Menghapuskan Virus.
Sebenarnya tiada teknik yang benar-benar dapat menghalang dan menghapuskan virus 100%.
Perisian anti-virus dicipta untuk mengesan dan menghapuskan virus dan perisian ini dicipta berasaskan beberapa ciri iaitu :-
Pengesan yang akan bertindak memeriksa saiz fail-fail sama ada berubah atau sebaliknya kerana perubahan pada fail-fail merupakan satu tanda serangan virus.
Penyembuh dicipta bagi menyelamatkan dan memulihkan fail selepas diserang virus dengan menyusun semula program kepada asal. Juga berupaya untuk membinasakan virus yang terdapat didalam komputer.
Penahan adalah untuk menyekat virus daripada menyerang komputer dengan memeriksa perubahan yang berlaku pada boot sector. Terdiri daripada dua jenis iaitu perisian anti-virus yang boleh dimasukkan kedalam HDD dan yang berasaskan BIOS.
Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil Jika Terdapat Serangan Virus.
Tentukan sejauh mana serangan terhadap sistem komputer dan pastikan sama ada virus boot atau virus file.
Gunakan disket yang boleh 'boot up' ( disket boot ) dan pastikan pada kedudukan sekatan tulisan dan boot menggunakan FDD.
Dengan menggunakan program anti-virus, kesan dan musnahkan virus yang terdapat di dalam komputer.
Jika terdapat serangan yang begitu teruk, cara terbaik adalah dengan menghapuskan kesemua fail yang terkena serangan virus dan kemudian menggantikan dengan fail yang baru.
Jika serangan yang dikenalpasti adalah begitu kritikal, cara terbaik adalah dengan cara memformatkan semula pemacu yang terkena serangan virus tersebut. Tetapi sebelum pemacu tersebut diformat, pastikan anda membuat back-up terlebih dahulu fail-fail yang penting kemudian musnahkan virus dengan menggunakan cara terawal sebelum memasukkan semula fail-fail tersebut ke dalam pemacu yang telah di format.
Selain daripada itu, bagi memastikan pemacu benar-benar selamat untuk digunakan semula, adalah lebih baik pemacu tersebut menjalankan proses LLF(Low Level Format) kerana dengan menggunakan LLF, cylinder, head, sector didalam pemacu berkenaan akan dibersihkan sepenuhnya.
DOS (Disk Operating System).
Definasi.
Program kawalan yang membenarkan komunikasi di antara pengguna dengan komputer serta berfungsi mengawal keseluruhan operasi komputer.
DOS dibangunkan oleh Microsoft Corporation dalam tahun 1981 dan digunakan oleh hampir kesemua komputer serasi IBM. DOS dikenali juga sebagai pengendali arahan tunggal iaitu melaksanakan satu arahan dan digunakan oleh seorang pengguna dalam satu masa dan terdapat siri-siri arahan dalam mengawal dan melaksanakan sistem aplikasi.
Pengalamatan dan Pengurusan Data.
DOS menggunakan pengurusan ingatan bagi mencari dan memasukkan data-data ke dalam RAM. Tetapi hanya program atau data-data sejumlah 640 kilobait sahaja yang diuruskan oleh pengurusan ingatan dimana selebihnya akan diuruskan aplikasi yang sedang digunakan itu sendiri.
Pengurusan Fail.
DOS mempunyai Hairaki sistem pengurusan fail dimana fail adalah merupakan elemen paling asas yang merupakan mata bagi DOS untuk menjalankan sebarang arahan.
Di dalam DOS setiap fail mempunyai namanya sendiri dan nama ini menggunakan hanya 8 aksara dan 3 aksara tambahan dikenali sebagai 'Extention File Name'.
Direktori pula adalah tempat dimana fail-fail tersimpan dan kebiasaannya HDD dan disket akan mempunyai rangkaian 'Root Directories' , 'Directories' dan 'Subdirectories' dalam susunan sistem pengurusan fail.
Terdapat beberapa kemudahan didalam sistem pengurusan fail DOS seperti siri arahan copy, rename, compare, delete dan sebagainya.
Kawalan Input dan Output.
Aliran data di dalam sesebuah sistem komputer dikawal oleh kemudahan input dan output DOS. Kemudahan ini bertanggungjawab dari menerima data yang dimasukkan melalui papan kekunci hingga menyimpan data ke dalam HDD atau disket.
Memula dan Melaksanakan DOS (Booting Up).
Apabila sesebuah sistem komputer melaksanakan proses but, skrin monitor akan menunjukkan pengenalpastian keseluruhan sistem komputer tersebut dan akan memperlihatkan arahan pemproses DOS (DOS Command Processor) iaitu dikelai sebagai Command.com dan akan memasukkan beberapa fail yang tersembunyi kedalam RAM.
Fail seperti IO.sys dan MSDOS.sys adalah fail tersembunyi yang dimasukkan ke dalam RAM apabila pada skrin memperlihatkan fail command.com atau apabila c: dikeluarkan.
Command.com adalah merupakan fail pengurusan arahan DOS (DOS File Maintenance Command) yang akan mentafsir dan melaksanakan arahan-arahan sama ada arahan luaran dan arahan dalaman yang terkandung di dalam DOS. Tanpa fail Command.com dan fail IO.sys yang tersembunyi pada proses Start up atau boot, arahan-arahan DOS tidak dapat dijalankan oleh sesebuah sistem komputer.
Kekurangan DOS.
DOS hanya mempunyai ingatan pengalamtan yang terhad iaitu sekadar mengalamatkan 1 Megabait bagi sesuatu arahan dalaman dan DOS juga tidak berupaya melaksanakan ciri-ciri arahan yang melebihi 640 kilobait.
Pengurus ingatan DOS tidak mampu untuk mengurus ingatan malah beban pengurusan tersebut dihantar kepada perisian aplikasi yang sedang dijalankan.
DOS juga menganggap kesemua pengalamatan ingatan terhad sebanyak 640 kilobait sahaja dan dianggap sebagai blko ingatan. Ini bermakna setiap perisian applikasi yang akan digunakan terpaksa memanipulasikan perkakasan tanpa 'berunding' dengan DOS terlebih dahulu.
DOS tidak berupaya menyediakan multi-tugas iaitu perkakasan arahan lebih daripada satu dalam satu masa.
Arahan Dalaman DOS (Internal Command).
Arahan dalaman adalah arahan yang akan dimasukkan ke dalam RAM apabila sistem komputer dihidupkan. Arahan-arahan akan sentiasa digunakan bagi melaksanakan proses-proses asas penggunaan sistem komputer.
Arahan dalaman ini terbentuk secara automatik apabila sesebuah peranti sama ada HDD atau FDD mempunyai fail Command.com didalamnya dimana terdapat fail lain yang tersembunyi yang mengandungi arahan-arahan ini.
Arahan dalaman ini boleh digunakan sebaik sahaja pada skrin monitor menunjukkan 'prompt' sama ada A: atau C:
Antara arahan-arahan dalaman ialah:-
DIR - melihat fail-fail di dalam sesuatu storan. Cth: taip dir/w, dir/w/p.
Type - melihat kandungan pada skrin monitor. Cth: taip type (nama fail).
Ren - menamakan semula fail-fail. Cth: taip Ren (nama fail) (nama baru)
Copy - menyalin fail-fail ke storan lain. Cth: taip copy (lokasi) (nama fail) (lokasi) (nama fail).
Del - memadamkan atau buang fail yang tidak diperlukan. Cth: taip del (nama fail).
Cls - Memadamkan paparan pada skrin monitor. Cth: taip cls.
Date - melihat atau menukar tarikh semasa.
Time - melihat atau masa semasa.
Ver - melihat versi DOS yang digunakan oleh sistem.
Vol - melihat label dan nombor siri pada storan.
CD - menukar atau melihat rangkaian direktori dan fail.
MD - untuk membina subdirektori.
RD - memadam direktori.
Arahan Luaran DOS (External Command)
Arahan luaran hanya akan dimasukkan ke dalam RAM apabila arahan tersebut dimasukkan melalui papan kekunci untuk dilaksanakan oleh sistem komputer untuk menjimatkan ruangan di dalam RAM.
Bila arahan luaran dimasukkan, sistem pengendalian komputer akan mengenalpasti dan mencapai arahan tersebut dari storan dan memasukkannya ke dalam RAM untuk dilaksanakan.
Antara arahan luaran DOS ialah:-
Chkdsk - melihat saiz pada storan untuk mengetahui ruangan yang masih kosong dsb.
Deltree - memadamkan keseluruhan direktori dan subdirektori termasuk kesemua fail-fail didalamnya.
Diskcopy - menyalin keseluruhan kandungan sesebuah storan ke storan yang lain.
Label - digunakan untuk membina, menukar volume label pada storan.
Mem - melihat jumlah atau saiz RAM yang digunakan dan yang terdapat dalam sistem komputer.
Move - memperlihat data dan maklumat yang terkandung dalam storan dari satu skrin ke skrin yang lain.
Tree - melihat kesemua direktori, subdirektori dan roordirektori di dalam sesebuah storan.
Undelete - mendapatkan semula fail yang telah dipadamkan.
Xcopy - menyalin semula fail, rootdirektori dan subdirektori ke storan atau direktori yang lain.
Program Berkumpulan (Batch Programming)
Di dalam sesebuah sistem komputer yang menggunakan DOS sebagai sistem pengoperasian, akan terbentuk di dalam satu sistem penyeragaman yang istimewa untuk membaca atau mentafsir atau menyeragamkan arahan-arahan DOS yang diingini dengan peranti-peranti yang sesuai.
Sistem penyeragaman ini dikenali sebagai Config.sys yang direka untuk menyeragamkan sistem komputer di antara arahan-arahan dari DOS dengan komponen-komponen komputer mengikut kemahuan dari pihak pengguna.
Di dalam Config.sys ini akan tersimpan berbagai jenis piawai yang dikehendaki oleh sistem komputer bagi melancarkan penggunaan komponen yang terpasang dan juga unutk menetapkan keupayaan komponen terbabit.
Selain itu terdapat juga satu lagi fail program bagi DOS yang dikenali sebagai Autoexec.bat yang mana akan dilaksanakan secara automatik apabila selesai sistem komputer melaksanakan proses POST (Power On Self Test).
Dengan menggunakan batch programming ini juga, pengguna boleh mengarahkan sesuatu kepada sistem komputer seperti memasukkan menu yang akan dipaparkan di skrin monitor sebaik sahaja program POST dilaksanakan.
Kelebihan menggunakan Windows.
Pengguna membuka (melarikan) lebih dari suatu aplikasi dalam suatu masa (multitasking).
Pengguna boleh membuka lebih daripada satu fail (dokumen) pada masa yang sama.
Pengguna boleh berkongsi data dari aplikasi yang lain dengan mudah: (1) Boleh menyalin dan mengalih maklumat diantara aplikasi (copy,cut,paste).(2) Berkonsepkan OLE (Object Linking and Embedding). Cth: Aplikasi WORD boleh berhubung dan berkongsi maklumat dengan aplikasi EXCEL.
Antaramuka yang sama untuk semua aplikasi .
Sokongan yang baik untuk multimedia dan komunikasi .
Menyokong "Palam dan Main" (Plug and Play).Memasang perkakasan baru di dalam sistem komputer adalah lebih mudah.
Windows Explorer.
- Di dalam tetingkap, pengurusan fail dan cakera ini dilakukan dengan menggunakan Windows Explorer.Pengguna menggunakan perintah yang ada pada menu, papan kekunci, dan tetikus untuk menguruskan fail dan cakera.
Windows Explorer memberikan 2 cara untuk menguruskan fail/cakera:
Pengurusan fail melalui cara Heret & Lepas (Drag and Drop File Association).
Persekutuan fail (File Association) membolehkan pengguna memilih fail dokumen dan mengkaitkannya dengan fail aplikasi yang membentuk fail dokumen tersebut supaya tetingkap boleh membuka fail aplikasi secara automatik.
Memulakan Windows Explorer.
Klik butang Start untuk membuka menu Start.
Halakan penunjuk pada Programs.
Pilih Windows Explorer di dalam submenu Programs dan klik. Bagi Windows ME pula, Windows Explorer terletak di dalam Submenu Accessories.
Satu lagi cara ialah dengan mengklik kanan tetikus pada butang Start atau mengklik di atas ikon My Computer pada desktop dan kemudian memilih 'Explore' dalam menu mudah tersebut.
* Peringatan! - Sebelum melakukan sebarang operasi (copy, paste, delete, rename), pengguna mesti terlebih dahulu mengecam atau membuat salinan fail atau direktori tersebut.
Tindakan-tindakan yang bolehdilakukan oleh Explorer :-
Menukar Paparan Tetingkap Folder.
- Klik View pada palang menu. Pilih perintah yang dihendaki.
Memilih satu fail /folder.
- Cara yang mudah ialah dengan mengunakan tetikus, tunjuk pada fail/folder dan kemudian klik.
Memilih satu fail/folder yang berturutan (contigous).
- Klik pada fail/folder yang pertama. Fail folder yang dipilih akan di highlight.
- Tekan kunci SHIFT dan klik Fail/Folder yang terakhir hendak dipilih. Semua fail yang dipilih akan dihighlight.
Memilih fail/folder yang tidak berturutan (non-contigous).
- Klik pada fail/folder yang pertama.
- Tekan kunci CTRL dan klik fail/folder yang hendak dipilih. Semua fail yang dipilih akan di highlight.
Perbezaan di antara menggerakkan atau menyalin fail.
- Perbezaan di antara gerak(move) dan salin(copy) adalah apabila move, fail atau folder yang digerakkan, tidak ada lagi pada tempat asalnya. Salin pula bermakna fail/folder kekal ditempat asal dan terdapat satu salinan di tempat baru.
Untuk menyalin fail.
- Pilih fail/folder.
- Klik menu Edit dan pilih Copy.
- Klik destinasi fail/folder.
- Klik menu Edit dan pilih perintah Paste.
Untuk menggerakkan fail.
- Tunjukkan tetikus pada fail/folder.
- Klik butang kiri tetikus dan jangan lepas butang kiri.
- Tanpa melepaskan butang kiri tetikus, gerakkan fail ke destinasi yang dikehendaki.
- Apabila fail sudah sampai ke destinasi, lepaskan butang kiri.
Menukar nama fail/folder.
- Pilih fail/folder.
- Klik menu File.
- Pilih Rename.
- Masukkan nama baru dalam kotak.
- Tekan kunci Enter.
Menghapuskan fail/folder.
03:10 | Permalink