Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

18 February 2006

Tips Komputer

Kesan Dua FAT Kepada Saiz Storan [ File Allocation Table ]

Windows 95 dan Windows 98 mungkin tidak banyak beza. Kepada pengguna, ciri explorer cum browser menjadi pemisah utama. Walaupun tumpuan kepada ciri mudah guna menjadi sasaran kempen pemasaran Microsoft, satu perbezaan nyata kedua versi Windows itu ialah sistem fail FAT (bukan fail gemuk!) 16 dan 32.

Perbezaan sistem fail FAT 32 dan FAT 16 tidak bermula dengan kemasukan Windows 98.Pengguna melengkapkan versi operasiOSR2 Win95 4.00.950b (Windows 95 Release B) sebenarnya telah mempunyai sistem fail FAT 32. Windows 95 4.00.950 dan Windows 95 4.00.950a menggunakan sistem fail FAT 16.

Pengguna boleh mengetahui versi OS Windows 95 dengan mengklik pada Control Panel, System dan General. Ia akan memaparkan versi Windows 95 anda.

Adakah sistem komputer saya menggunakan FAT 32. Besar kemungkinan kebanyakan sistem komputer baru walaupun yang dilengkapi dengan Windows 95 menggunakan FAT 32.

Ini di antara beberapa soalan mengenai SISTEM FAIL FAT 32 :

MENGENAI SISTEM FAIL FAT.

Sistem Jadual Kedudukan Fail (File Allocation Table-FAT) ialah sistem populat yang digunakan dalam sistem PC yang menggunakan DOS dan Windows. Jadi versi DOS, Windows 3.x dan Windows 95 menyokong FAT 16 sebagai menyokong FAT 16 sebagai menyokong FAT 16 sebagai sistem asal tunggal.

SEJARAH SISTEM FAT.

Sistem fail FAT mula digunakan awal 80-an dan dikenali sebagai fail DOS. Ia direka untuk beroperasi dengan cakera liut berkapasiti rendah. Seperti teknologi lain yang melalui proses evolusinya sendiri, begitu juga dengan FAT. Versi awal hanya menyokong cakera tidak melebihi 32Mb bagi setiap bahagian atau 'partition'. Dengan peningkatan saiz cakera, DOS 4.0 menggunakan teknologi kluster yang membolehkan ia menyokong hingga 528Mb. Kini teknologi cakera telah meningkat kepada melebihi 2.1Gb dan ini menyebabkan beberapa kekurangan dengan FAT 16.

MASALAH DENGAN FAT 16.

Pengguna sering mengadu kekurangan ruangan storan walaupun tiada tambahan program atau fail terutama mereka yang mempunyai sistem dengan Windows 95 dan cakera keras melebihi 512Mb. Sistem yang hanya mempunyai satu bahagian (pemacu dengan huruf C: ), membazir antara 20 hingga 40 peratus ruangan cakera keras anda walaupun pengguna menggunakan program Scandisk dan Defrag. Ini disebabkan saiz kluster dan FAT 16. Contohnya, satu fail 2Kb mungkin disimpan dalam hanya satu kluster bersaiz 32K. Jadi pembaziran berlaku di sini.

Selain itu sistem fail FAT 16 tidak efisyen dalam susunan fail serta memerlukan pengguna melakukan Defrag dengan kerap bagi mendapatkan semula kluster yang tidak digunakan sepenuhnya.

Kluster ialah unit pembahagian dalam DOS atau sistem fail Windows FAT. Jadi setiap fail yang dilengkapi dalam cakera keras akan memenuhi ruangan unit kluster. Dengan peningkatan saiz cakera keras tunggal, saiz kluster juga bertambah.

Saiz maksimum yang dapat disokong FAT 16 dalam satu cakera keras tunggal ialah 2Gb (2047Mb). Jadi cakera keras dengan storan lebih daripada 2Gb mesti dibahagikan kepada 2047Mb bila menggunakan FAT 16. Keadaan dan terhad ini mendorong kepada penggunaan fail sistem FAT 32 yang boleh menyokong saiz cakera lebih besar bagi setiap bahagian tanpa perlu melakukan pembahagian cakera kepada beberapa cakera 'maya'.

APAKAH KEBAIKAN FAT 32.

Fail sistem FAT 32 dapat menyokong cakera keras hingga DUA TERABAIT (lebih kurang 2,000Gb). Sistem FAT 32 lebih efisyen kerana ia menggunakan kluster lebih kecil iaitu kluster 4Kb bagi cakera hingga 8Gb. Ini bermakna, pengguna yang menggunakan cakera keras melebihi 2.1Gb tidak perlu membahagikan cakera mereka bagi tujuan mengurangkan kesan pembaziran ruangan storan dan setiap kluster hanya 4Kb.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN REPARTITIONING?

Pembahagian ialah 'tipu muslihat' bagi membolehkan sistem komputer anda membaca satu cakera keras besar kepada beberapa cakera keras kecil dengan saiz kluster lebih kecil. Ini berupaya menyelamatkan beribu Kb saiz storan.

Secara ringkas, kaedah pembahagian berupaya meningkatkan storan data hingga 20-30 peratus tanpa perlu anda berbelanja lebih.

* CARA MEMBUAT PARTITION YANG BETUL ADALAH AMAT PERLU KERANA IA BERUPAYA MENGHAPUSKAN SEMUA DATA SEPERTI ANDA MENFORMAT SEMULA CAKERA.

BAGAIMANA UNTUK MENENTUKAN SAMA ADA PEMACU MENYOKONG FAT32?

Kepadamereka yang ingin tahu sama ada cakera keras mereka menyokong FAT 32, bolehlah mengikut langkah berikut: Klik di 'My Computer', kemudian klik pada pemacu cakera keras dan pada File kemudian pilih 'Properties'. Ia akan menunjukkan Windows 95B atau Windows 98 dan Local Disk ( FAT32 ).

APAKAH BOLEH KEMBALI KEPADA FAT 16?

Pengguna boleh menformat cakera semula dan melengkapkan semula Windows 95 versi 4.00.950 atau 4.00.950a yang menggunakan FAT 16. Tetapi jika saiz cakera anda melebihi 2.1Gb dan anda bercadang menggunakan FAT 16, anda perlu membahagikannya kepada beberapa pemacu kecil.

ADAKAH PERSEMBAHAN FAT 32 LEBIH BAIKBERBANDING VERSI TERDAHULU?

Menurut Microsoft, secara amnya, TIDAK dan komputer akan beroperasi pada kelajuan sama bagi cakera keras yang diformat dengan FAT 32 atau FAT 16 atau dalam kes tertentu lebih perlahan seperti dalam mod MS-DOS atau ketika menggunakan Windows dalam Safe Mode



Mencegah Kerosakan Komputer



Tindakan secara tidak sengaja berkemungkinan boleh 'mengancam' keselamatan komputer peribadi (PC) anda setiap kali menggunakannya. Walaupun tindakan tidak sengaja ini mudah terjadi, namun kesannya boleh menjejaskan sistem secara serius. Misalnya, proses pemasangan yang tidak betul, kesan pencemaran asap rokok dan habuk boleh menyebabkan ralat, kemalangan sistem, atau kerosakan yang tidak diingini.

Anda mungkin tidak menyedari apa yang berlaku dan terus melakukan penyebab-penyebab yang boleh mendatangkan masalah kepada PC anda kelak. Jadi, disenaraikan beberapa kemalangan dan kejadian biasa yang boleh mengakibatkan PC anda menjadi tidak stabil atau tidak boleh digunakan lagi. Selain itu, anda juga perlu mengenali, mengelak, dan mengatasi setiap ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan PC.

Ancaman yang berlaku terhadap perisian boleh jadi disebabkan perkara-perkara yang paling mudah berlaku dalam operasi seharian. Umpamanya, proses pemasangan dan pembuangan perisian atau aplikasi boleh menyebabkan PC anda terganggu atau bermasalah. Sistem anda juga boleh terjejas jika anda terpadam fail DLL, kesilapan menyunting Registry, atau kegagalan proses meningkat upaya sistem operasi (OS). Selain itu kegagalan menyelenggara perkakasan dari masa ke semasa juga boleh menimbulkan gangguan padanya.

Perisian.

Kebanyakan perkakasan PC pada hari ini, tanpa mengira saiz dan fungsinya tidak akan berfungsi tanpa kehadiran OS, perisian, aplikasi, program, atau 'driver' yang boleh menjalankan perkakasan tersebut.

Walaupun, kebanyakan perisian pada hari ini semakin kompleks, namun ia sering memudahkan pengguna. Berikut ini disenaraikan beberapa panduan untuk memastikan perisian PC sentiasa berjalan dengan lancar.

a. Pastikan proses 'back up' atau penyimpanan fail-fail
penting dilaksanakan dari masa ke semasa.
b. Elakkan jangkitan virus dengan menggunakan
program anti-virus yang berkesan dan dikemaskini.
c. Risiko perisian beta boleh dielakkan jika memindah
dan memasang failnya dengan berhati-hati.
d. Ikuti prosedur sebenar pemasangan perisian untuk
mengelak kesan pemasangan yang tidak sah.
e. Konflik dalaman sesuatu perisian boleh dielakkan
sekiranya mengemaskini dengan berhati-hati.
f. Kesan kekurangan sumber memori (RAM) boleh
dielakkan dengan membebaskan beban RAM.

Sistem.

Bebeberapa operasi mudah yang melibatkan sistem seperti mematikannya atau mengemaskinikan BIOS juga boleh menjejaskan PC anda dan sistem operasinya. Jika anda tersilap menangani proses ini, ada kemungkinan PC anda tidak boleh dibootkan seperti biasa atau terus gagal dilaksanakan. Sehubungan itu, untuk mengelak berlakunya kejadian seperti ini, sekaligus melindungi PC anda, sila ikuti panduan berikut:

a. Kerosakan pada BIOS boleh dielakkan sekiranya anda
melaksanakan proses boot yang betul.
b. Kesilapan menguruskan fail sistem boleh dielakkan
dengan membiarkan Windows melakukannya
c. Elakkan dari menekan butang 'reset', kerana
mematikan istem dengan cara ini tidak digalakkan.
d. Pencerobohan sistem Windows boleh dielakkan
dengan memindah terima pembetulannya ('patch').
e. Gangguan pada fail Registry boleh dielakkan
sekiranya anda tidak menyentuh atau mengubahnya.
f. Terpadam fail secara tidak sengaja boleh dielakkan
jika anda meneliti setiap mesej yang muncul.

Perkakasan.

Biasanya keselamatan perkakasan kurang mendapat perhatian, kecuali ia telah menimbulkan masalah. Beberapa gangguan seperti kad-kad tambahan yang longgar, kabel sambungan yang telah haus, komponen sistem yang terlalu panas, dan gangguan lain juga boleh membahayakan PC anda. Tetapi dengan mengambil langkah perlindungan seperti yang disenaraikan selain berbekalkan sedikit pengetahuan, anda boleh menghindari masalah berkaitan dengan perkakasan sekaligus mengatasinya sebelum menjadi serius.

a. Kerosakan akibat tumpahan air boleh dielakkan jika
anda tidak minum sambil menggunakan PC.
b. Kepanasan pada komponen boleh dikurangkan dengan
penyejukan seperti menggunakan kipas.
c. Kerosakan ketika memindahkan PC boleh dielakkan
dengan membungkusnya ke dalam kotak.
d. Kerosakan akibat gangguan elektrik dan bateri boleh
dielakkan dengan mengawal alunan arus.
e. Kesan asap rokok dan habuk boleh dielakkan dengan
menutup PC menggunakan pembalutnya.
f. Elakkan gangguan pada cakera padat (CD) dengan
melindunginya dari kotoran atau kerosakan.

1. Adakah anda inginkan sebuah ensaiklopedia Britannica secara percuma. Harga sebenar ensaiklopedia Britanicca adalah US$1250 atau RM4750. Untuk mendapatkan menggunakan ensaiklopedia tersebut dengan percuma sila lawat halaman web nya di http://www.britannica.com/. Terdapat sebuah lagi ensaiklopedia iaitu Encarta di http://encarta.msn.com/. Dewan Bahasa dan Pustaka juga ada memberi perkhidmatan untuk meninjau glosori kamus komputer di alamat http://dbp.gov.my/dbp98/kamus/kamuskom.htm



2.. Kesilapan anda menjadi ahli kepada kumpulan bulitin boleh menyebabkan anda menerima perlbagai jenis emel. Anda mungkin menerima email-email yang tidak ada kaitan dengan urusan anda. Ini menyebabkan peti surat email anda menjadi penuh serta membuang masa untuk menhapuskan email tersebut. Untuk mengatasi perkara ini anda perlu membalas email tersebut untuk menyatakan "unsubscribe" atau email
terus kepada pengelola kumpulan bulitin tersebut.



3. Apa itu Internet?
Internet bukan hanya satu rangkaian tetapi terdiri daripada berjuta-juta rangkaian komputer yang dihubungkan di seluruh dunia. Terdapat dua jenis rangkaian berpaut iaitu:

LAN (Local Area Network) Rakaian Kawasan Setempat yang meliputi kawasan yang kecil seperti rangkaikan di sebuah pejabat.
WAN (Wide Area Network) Rangkaian Kawasan Luas yang menghubungkan kawasan yang jauh dan luas meliputi antara satu negara dengan negara yang lain.



4. Apakah yang dimaksudkan sebagai rangkaian?
Rangkaian merupakan sekumpulan komputer yang dihubungkan oleh kabel atau radio. Penggunaan kabel dan radio memboleh komputer berkongsi pencetak, modem serta berkongsi data maklumat melalui kemudahan Internet.



5. Emel atau mel eletronik.
Dengan menggunakan kemudahan Internet, mesej, memo mahupun surat boleh dihantar tanpa melalui mel pos biasa. Tiada sampul surat dan tiada setem dilekatkan. Mesej yang dilantar melalui email boleh diterima dengan lebih cepat. Mesej juga boleh dihantar kepada ramai penerima dengan menggunakan satu emel bagi satu-satu kumpulan.



6. Virus komputer
Virus komputer ada penciptanya. Pencipta virus adalah orang yang pakar dalam pengaturcaraan. Oleh itu ciptaan virus juga membolehkan seseorang pengaturcaraan menunjukkan kebolehan mereka. Ciptaan virus juga boleh digunakan sebagai bentang melindungi perisian tertentu. Malah ciptaan virus juga dapat mengujudkan perniagaan perisian anti-virus.



7. Automasi pejabat bermaksud penggunaan komputer dan alat pejabat yang lain didalam urusan harian di pejabat. Pengautomasian pejabat telah dapat menjimatkan masa dan tenaga manusia. Pekerja-pekerja banyak menggunakan kemudahan komputer dalam urusan meraka. Sistem komputer yang canggih dapat membantu merakamkan kedatangan mereka ke pejabat. Urusan-urusan seperti memohon peralatan pejabat, permohonan cuti, mencari maklumat pekerja, semuanya boleh dibuat secara "on-line" yang dilakukan oleh pekerja itu sendiri tanpa mengisi kertas borang.



8. Abakus merupakan alat yang mencetuskan ia mecipta mesin pengira. Operasi tambah, tolak, dharab dan bahagi merupakan konsep asas penghitung berdigit. Konsep pengiraan abakus telah mencetuskan idea mencipta mesin pengira oleh Blaise Pascal dan seterusnya pengiraan mudah secara automatik yang direka oleh Charles Babbage yang akhirnya membawa kepada permulaannya era pergerakan alat mekanik yang lebih pantas dalam operasi berdigit elektronik.



9. WWW adalah World Wide Web
Ia merupakan koleksi beberapa halaman yang tersimpan di dalam komputer di seluruh dunia dan boleh di cantum atau disambungkan melalui pautan hiperteks.WWW dapat menyediakan kemudhan pengunaan pautan antara fail dalam komputer di seluruh dunia. WWW ini dapat di layari menggunakan pelayar Internet seperti Netscape Navigator, Microsoft Internet Explorer dan sebagainya.



10. Untuk mendapatkan kemudahan dalam talian Internet, pastikan pengguna mempunyai komputer yang dilengkapi dengan modem, perisian pelayar internet, dan kemudahan talian talipon serta telah membuat pendaftaran akaun Internet.



11. Untuk membuat penanda kepada alamat halaman web yang selalu dilawati anda boleh menyimpan alamat itu dengan menggunakan kemudahan "bookmark". Jika anda mengunakan Netscape Navigator 4.6, sila klik pada menu tarik "Communicator", pilih "Bookmark" dan seterusnya klik pada "Add bookmark".



12. PCI
(Peripheral Component Interconnect) Papan Induk (motherboard) yang dipasang dengan slot PCI dapat meningkatkan kepantasan dalam berkomunikasi diantara peranti-peranti seperti audio. Dengan itu komputer kepantasan komunikasi tersebut ia dapat menghasilkan bunyi



13. Terdapat dua bentuk perkhidmatan capaian yang disediakan untuk menyambungkan komputer dengan perkhidmatan Internet.

Talian dail
Talian capaian tetap
Talian dail memerlukan seseorang itu mendail nombor telefon tertentu setiap kali mereka ingin dihubungkan ke Internet manakala capaian tetap merupakan sambungan terus ke ISP (Internet Service Provider) yang berterusan 24 jam.

16. HTML atau Hypertext Markup Language adalah lingua franca bagi World Wide Web. Hampir semua laman web diterbitkan dalam format fail ini.

17. Format fail .mpg merupakan format fail untuk video yang dihasilkan oleh Moving Pictures Experts Group. Format MPEG dapat memampatkan klip video.

18. "Plug-and-play" merujuk kepada komputer yang mampu mengendalikan pemasangan perkakasan secara automatik. Ini akan memudahkan penggunakan untuk memasang perkakasan tambahan seperti kad bunyi.

19. "Clip art" adalah kumpulan gambar-gambar dan imej yang telah siap sedia untuk digunakan oleh pengguna komputer. Pengguna komputer boleh menggunakan gambar tersebut dengan menyalin semula atau mengimport ke dalam fail atau dokumen kerja mereka.

20. Kamera digital digunakan untuk mengambil gambar seperti kamera biasa tetapi imej gambar tersebut akan disimpan pada 'flash RAM' dan tidak pada filem negatif.

21. Sistem Operasi (OS - Operating System) merupakan satu pengaturcaraan komputer yang dibina untuk mengurus, mengawal dan mengarah pengoperasian perkakasan komputer seperti set arahan pemproses, memori dan input/output.

22. Linux
Linux merupakan satu sistem operasi yang dihasilkan pada tahun 1990 oleh Linus Torvald seorang warga negara Findland. Linux adalah berdasarkan sistem operasi unix. Konsep yang diketengahkan oleh Linux ialah konsep kod sumber terbuka "open source code" di mana penulis pengaturcaraan bukan sahaja memberi program itu kepada umum malah menyertakan bersama kod sumber nya sekali.

23. Pengimbas (scanner) digunakan untuk mengimbas atau menangkap gambar dalam bentuk cetakan untuk disimpan ke dalam komputer dalam format dail, jpeg, tiff, giff atam bmp. Kini mengimbas boleh juga mengimbas teks dengan menggunakan perisian pengenalan aksara optikal atau OCR (optical character recognition).

24. Norton Antivirus merupakan satu perisian antivirus yang popular di kalangan pengguna komputer. Ia menyediakan perlindungan terhadap virus. Perisian antivirus ini boleh mengasingkan fail-fail yang dijangkiti oleh virus. Ia juga dapat menapis virus daripada email yang diterima.

25. Anda mungkin menghadapi masalah dengan penunjuk tetikus tidak bergerak atau lambat bergerak. Masalah ini timbul mungkin kerana terdapat kekotoran yang menghalang bebola tetikus dengan rollernya. Satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan membersihkan segala kekotoran pada roller atau bebola di dalam tetikus.

26. Terdapat jenis virus yang melakukan penduaan atau salinan secara automatik. Contohnya, Virus Cecacing (worms) akan berfungsi apabila anda menggunakan fail yang telah dijangkiti oleh virus. Ia boleh mengakibatkan virus tersebut menjangkiti fail yang lain.

27. Untuk meninjau perkembangan baru mengenai perkakasan komputer anda boleh mencuba melawat salah satu halaman web seperti Hardware Central. Di halaman tersebut anda juga boleh menyatakan mengalaman anda menggunakan perkakasan komputer.

28. ICT ialah singkatan dari perkataan Inggeris, Information and Communication Technology atau dalam Bahasa Melayu ialah Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pengertian paling asas teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT ialah semua jenis teknologi yang digunakan untuk memproses, mengolah, menyimpan, mempersembahkan dan memindahkan data atau maklumat dalam bentuk elektronik.

29. Apakah bentuk elektronik?

Maklumat berbentuk elektronik merupakan perwakilan maklumat dalam digit perduaan 0 dan 1. Perwakilan digit perduaan ini dikatakan membentuk data atau maklumat digital. Maklumat digital ini dipindahkan secara perwakilan aliran elektrik buka dan tutup, di mana keadaan elektrik tutup diwakilkan oleh digit 0 dan keadaan elektrik buka diwakilkan oleh digit 1. Bukankah pergerakan maklumat digital memerlukan kuasa elektrik bagi memindahkannya? Perwakilan maklumat berbentuk digital ini merupakan bahasa paling asas yang hanya difahami oleh komputer.

30. Apa pula data analog?

Kebanyakan fenomena di dunia ini adalah berbentuk analog. Analog bermakna nilainya berubah secara terus menerus. Nilai bunyi, cahaya, suhu dan tekanan merupakan beberapa bentuk maklumat atau data analog. Jam tangan yang mempunyai jarum adalah jenis analog.

31. Komputer dihasilkan untuk memudahkan manusia, bukannya untuk menakutkan manusia. Komputer harus digunakan sebagai mesin yang dapat memudahkan pekerjaan manusia seharian. Ingat manusia yang mengawal komputer, bukannya komputer yang mengawal kita!

32. Pernahkah anda menggunakan kemudahan telefon melalui internet. Anda boleh mencuba di halaman web DialPad. Setiap talian melalui internet hanya memerlukan 2.5 sen jika dibandingkan dengan RM2.30 semint apabila anda menggunakan telefon biasa. Komputer anda perlulah dilengkapi dengan kemudahan mikrofon dan alat pembesar suara.

33. Anda boleh membaca suratkhabar Berita Harian dan Utusan Malaysia dengan percuma dengan melayari halaman web http://www.emedia.com.my/. Namun jika anda inginkan ia dicetak anda dikenakan bayaran sebanyak RM2.00. Bagi mereka yang ingin membaca akhbar dalam bahasa Inggeris mereka boleh cuba masuk ke halaman http://thestar.com.my/.


34. Anda mungkin merasakan kelajuan komputer semakin berkurangan. Untuk memastikan komputer anda membaca cakera keras anda lancar dan cepat anda perlu melakukan arahan scandisk.

"Scandisk" dapat membantu membetulkan cakera keras komputer jika terdapat kerosokan fizikal. Caranya klik pada butang Start pada Windows, klik pada Run dan taipkan scandisk.

Untuk melancarkan lagi bacaan di cakera keras sila buat arahan "defrag". Arahan defrag akan menyusun semula fail-fail dengan lebih tersusun. Caranya klik pada butang Start pada Windows, klik pada Run dan taipkan defrag.

35. Kelajuan Jam atau Clock Speed merupakan satu proses menentukan jumlah arahan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah pemprosesan dalam kiraan saat. Kepantasan arahan sesaat disebut sebagai Megahertz (Mhz). Ia boleh dijadikan petunjuk kepada prestasi sesebuah cip.

36. IAP atau Internet Access Provider yang merujuk kepada sesebuah syarikat yang menyediakan capaian kepada Internet. Manakala ISP adalah Internet Service Provider yang menyediakan beberapa perkhidmatan seperti talian bersewa dan pembangunan laman web.

37. Perdagangan Elektronik atau E-Commerce telah mengujudkan perkhidmatan tunai digital dalam bentuk duit elektronik (e-money) dan tunai siber (cyber cash). Ini akan mengujudkan pula kedai maya untuk orang ramai membeli-belah.

38. Program penerbitan desktop (DTP) merupakan program yang dapat menggabungkan teks, imej gambar, grafik, jadual, gambarajah dan sebagainya dimuatkan ke dalam satu dokumen kerja. Program ini memudahkan seseorang pengguna untuk menghasilkan dokumen seperti suratkhabar, iklan dan sebagainya. Contoh program DTP adalah seperti Adobe PageMaker.

39. Program pangkalan data membolehkan pengguna menyimpan, mendapatkan semula dan memanipulasikan data-data tersebut seperti mencipta senarai nama pengguna, senarai stok, jadual kerja, dan katalog. Data-data ini boleh dikemaskini serta dapat dicetak dan dianalisa menjadi satu laporan. Contoh program pangkalan data adalah seperti Microsoft Access.

40. Program diagnostik merupakan program yang memastikan bahawa semua komponenn yang terdapat dalam komputer anda berfungsi dengan baik. Umumnya, tidak semua jenis program diagnosis yang dapat menjalankan pemeriksaan secara lengkap dan menyeluruh ke atas semua komponen yang ada. Program-program diagnosis yang biasa digunakan ialah Norton Utilities, MS ScanDisk, QA Plus dan lain-lain.

41. Memori Cache (Cache Memory) merupakan sejenis memori bersaiz kecil tetapi pantas. Kebanyakan komputer mengandungi memori cache yang boleh memegang maklumat daripada memori utama. Memori cache juga boleh meningkatkan kelajuan sebuah komputer dengan ketara melalui penyimpanan data-data yang lebih kerap dicapai.

42. CPU (Central Processing Unit) atau Unit Pemprosesan Pusat merupakan "otak" kepada komputer. Bahagian inilah yang membaca dan melaksanakan segala arahan program, membuat pengiraan serta membuat keputusan.

43. Mikropemproses merupakan satu litar bersepadu iaitu matriks transistor serta litar elektrik yang terbenam di dalam kepingan kecil silikon.

44. Model Cip CPU atau Unit Pemprosesan Pusat selalunya di sebut dalam bentuk nombor seperti 286,386, 486 dan model yang terkini pula disebut dalam Pentium I, Pentium II dan Pentium III.

45. Peranti I/O (input dan output) sebagai alat untuk menerima atau mendapatkan maklumat serta untuk menghantar atau menerima arahan daripada CPU (Unit Pemprosesan Pusat).

46. Dalam dunia pengkomputeran, data merujuk kepada sebarang jenis maklumat yang ingin dimanipulasikan oleh anda. Oleh itu ia bukan sahaja sekadar nombor malah termasuk, gambar, audio dan video.

47. Cakera liut dan cakera padat membolehkan data-data yang dimasukkan ke dalam komputer dapat disimpan dan dibaca semula. Peranti yang membenarkan data-data tersebut dibaca semula dikenali sebagai pemacu cakera (disk drive).

48. CD-ROM (Compact Disk – Read Only Memory) atau "Ingatan Baca Sahaja" ialah sejenis cakera padat yang dibuat untuk dimainkan di dalam komputer. "Baca sahaja" atau Read Only bermaksud data-data hanya dapat dibaca atau dicapai seperti mana yang tersimpan di dalam CD-ROM tersebut dan tiada data yang dapat

disimpan ke dalamnya.

49. RAM (Random Access Memory) atau "ingatan capaian rawak" membolehkan komputer mencari atau mendapatkan maklumat terus di tempat yang telah dikenalpasti. Jika menggunakan capaian jujukan, komputer terpaksa mencari tempat maklumat mengikut langkah demi langkah.

50. ROM (Read only memory) atau "ingatan baca sahaja" mempunyai cip yang mengandungi arahan program yang kekal di dalam litarnya. ROM mampu mengingati semua yang telah diprogramkan selagi ia tidak rosak.

51. RAM (Random Access Memory) atau "ingatan capaian rawak" akan melupakan semua yang diketahui sebaik sahaja komputer dimatikan tetapi ROM (Read Only Memory) atau "ingatan baca sahaja" pula akan terus mengekalkan ingatannya.

52. Kayu ria atau bedik (Joy Stick) merupakan salah satu peranti input yang membantu menggerakkan pergerakan kursor suatu objek terutamanya dalam permainan komputer. Ia dilakukan dengan mengawal pemegang yang menengak ke atas dan dapat digerakkan 360 darjah.

53. Automasi pejabat merupakan satu teknologi yang dapat mengurangkan jumlah manusia yang diperlukan untuk melaksanakan tugas di pejabat. Teknologi automasi tersebut termasuklah penggunaan talipon, fax, komputer yang menggunakan pemprosesan perkataan helaian elektronik kemudahan internet dan sebagaiya.

54. Sistem Pakar (Expert System) merupakan satu sistem komputer yang menyelesaikan masalah khas pada tahap kepakaran manusia. Ia merupakan satu aplikasi "artificial intelligence" yang diprogramkan untuk melaksanakan tugasan yang menyerupai tanggapan dan pemikiran manusia biasa.

55. Skrin sentuh adalah monitor yang disensitifkan untuk menerima input daripada sentuhan jari pengguna. Pengguna hanya perlu menyentuhkan jari kepada menu yang dipamerkan pada skrin.

56. Kod Bar adalah tanda garisan hitam menegak yang berbeza-beza saiz lebarnya. Kod bar ini boleh digunakan untuk meletakkan tanda harga. Pembaca kod bar akan membaca dan mengimbas kod-kod bar dan mempamerkan tanda harga ke atas sesuatu barang.

57. Kad jalur magnetik (magnetic stripe card) terletak di belakang sesebuah kad dengan satu jalur hitam. Pada jalur hitam inilah terdapat data yang dikodkan. Antara data-data yang dikodkan adalah seperti nama, nombor akaun, nombor kad pengenalan dan nombor pengenalan diri. Kegunaan kad-kad ini adalah seperti kad pengeluaran wang dan kad kredit.

58. Perkataan Pentium bermakna lima dalam bahasa Greek. Selepas siri pemprosesan 284, 386, 486, syarikat Intel tidak lagi menggunakan 586 tetapi menggunakan perkataan Pentium yang di ikuti dengan nombor seperti Pentium I, Pentium II dan sekarang Pentium III.

59. Monitor monokrom adalah monitor yang memaparkan satu warna sahaja. Warna-warna yang dipaparkan adalah putih, hijau atau kuning dengan berlatar belakangkan hitam. Monitor monokrom selalu tidak memaparkan gambar-gambar grafik kerana ia lepih khusus kepada paparan teks.

60. Pencetak merupakan salah satu peranti output yang dapat mencetak bahan-bahan yang dipaparkan kepada salinan dalam bentuk dokumen. Terdapat beberapa jenis pencetak seperti matrik bintik (dot matrix), haba (thermal), pancutan dakwat (ink jet/bubble jet), laser dan plotter.

61. Pencetak Laser atau singkatan kepada "Light Amplification by the Stimulated Emission of Radiation" menggunakan cahaya yang kuat untuk mencetak. Pencetak laser menghasilkan cetakan lebih berkualiti tinggi walaupun pun kosnya agak mahal.

62. Pemacu cakera (floppy disk drive) adalah peranti yang memusingkan cakera liut yang berada di dalamnya semasa operasi membaca dan menulis data ke atas cakera.

63. Portal Gerbang adalah sebuah tapak web yang menyediakan 'gerbang' maklumat kepada pengguna Web atau Internet. Gerbang ini bertujuan untuk memandu peluncur kepada bahan-bahan yang ingin diperolehi dalam talian dengan menyediakan beberapa perkhidmatan seperti akaun e-mel percuma, senarai saham, dan berita di satu tempat. Cikgu Net, Yahoo! dan Excite merupakan contoh-contoh portal atau pusat sehenti yang baik

64. Extensible Markup Language (XML) adalah sejenis bahasa khusus untuk merekabentuk laman-laman web di mana penggunanya boleh merangka format tag di dalam dokumen mereka. Bahasa ini telah dibangunkan oleh World Wide Web Consortium (W3C) untuk memberikan lebih fleksibiliti kepada perekabentuk berbanding Hypertext Markup Language (HTML). Ia juga merupakan subset kepada Standard Generalized Markup Language (SGML).

65. Lindung tulis (write protect) merupakan usaha seseorang pengguna komputer untuk menghalang seseorang itu menyimpan data ke dalam cakera. Cara ini dapat mengelakkan pertindihan data yang disimpan secara tidak sengaja. Untuk melindungi cakera liut 3 ½, cuma dengan menolak butang lindung tulis ke bawah yang akan menampakkan kesan satu lubang kecil.

66. Bar Menu adalah senarai arahan yang terdapat di bahagian atas yang seolah-olah membuka tingkap sedangkan Bar Skrol adalah satu kawalan yang dapat menaik atau menurunkan permukaan yang dipaparkan.

67. Baud adalah unit ukuran untuk mengukur kecepatan penghantaran data dari satu komputer ke komputer yang lain melalui port bersiri dan moden.

68. Fobia komputer adalah perasaan takut terhadap komputer dan akan bertambah kegerunannya kepada komputer apabila teknologi komputer semakin canggih. Celik komputer membolehkan seseorang itu mempunyai kefahaman asas mengenai komputer.

69. Sistem boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan unsur dan tatacara yang bergabung untuk menyiapkan sesuatu tugas. Projek sistem terdiri daripada lima fasa iaitu penyelidikan awal, analisa sistem, rekabentuk sistem, pembangunan sistem dan penilaian sistem.


70. Pengkompil dan penghimpun digunakan untuk menukar suruhan pengaturcara kepada kod mesin. Pengkompil dapat mengesan ralat sintaks atau ralat pengekodan. Ralat logik wujud apabila jujukan suruhan tidak betul dikodkan dan nyahpepijaat ialah proses untuk membetulkan ralat yang akan timbul.

71. Terdapat lima lima jenis bahasa pengaturcaraan iaitu:

• Bahasa mesin

• Bahasa bersimbol

• &n

03:10 | Permalink