Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

26 February 2006

Andainya ku tahu

Sofea, Sofea, hei Sofea... cikgu tanya engkau soalan tu...jawablah?"Shazwani mencuit bahu Sofea yang duduk di depannya. Serta-merta lamunannya terhenti dan Sofea memalingkan mukanya kepada Shazwani.
"Jawab soalan saya," Cikgu Rahim menunggu jawapan daripada Sofea.
"Maafkan saya cikgu, saya takfaham soalan tu," jawab Sofea perlahan.
"Habis... kamu dengar atau tidak apa yang saya ajar tadi!" Cikgu Rahim meninggikan suaranya. Sofea tunduk tidak menjawab.
"Er, er," Sofea terketar-ketar ketakutan.
"Lain kali kalau cikgu mengajar dengar betul-betul, berikan tumpuan, bukannya melamun tak tentu hala, faham?" ujar Cikgu Rahim kepada Sofea.
"Faham cikgu," jawab Sofea.
"Kenapa Sofea? Apa yang engkau menungkan tadi?"soal Shazwani sebaik Cikgu Rahim menamatkan kelas Sejarahnya.
"Macam-macam perkara berkecamuk difikiranku,Wani. Aku boleh jadi gila dibuatnya," jawab Sofea sambil mata memandang keluar tingkap.
Tengah hari itu, selepas tamat sesi persekolahan Sofea dan Shazwani ke perpustakaan menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru.
"Cepatlah siapkan kerja tu, asyiktermenung aje;'tegur Shazwani sambil jari jemarinya laju menyalin nota yang diperoleh di perpustakaan.
"Banyakyang aku fikirkan Wani, terutamanya persoalan yang benarkah aku ni anak kandung makdan ayah aku ataupun cuma anakangkat aje," Sofea merungkai kegelisahan hatinya.
"Kenapa pulak engkau cakap macam tu?" Shazwani bertanya dan terus berhenti menulis.
"Mak aku buat aku ni macam aku ni orang gaji dia. Semuanya aku kena buat, mengemas rumah, membasuh, sampai memasak. Kalau taktolong, siaplah," sambung Sofea lagi.
"Takkanlah semuanya engkau kena buat, adik-adik engkau macam mana. Mereka takkan goyang kaki aje," Shazwani bertanya.
"Itulah masalahnya, kalau mereka tak buat kerja, mak tak adalah nak marah-marah sangat. Itu yang buat aku fikir, aku ni bukan darah daging dia," rungut Sofea panjang lebar.
"Banyak lagi ke nota yang engkau nak salin tu?" Shazwani mengubah topik perbualan bimbang Sofea semakin tertekan.
"Tak... tinggal dua perenggan lagi. Engkau kemaslah dulu,"balas Shazwani.
"Sofea, kalau engkau berani, engkau tanyalah mak engkau, daripada engkau fikirkan yang bukan-bukan, lebih baik berterus terang. Aku rasa itu yang terbaik daripada engkau pendamkan sahaja."
"Aku tak beranilah, takut mak aku marah."
"Tanyalah dengan sehalus dan selembut yang boleh," nasihat Shazwani kepada Sofea.
"Aku cuba," balas Sofea.
"Jom kita balik,"ajak Sofea apabila mereka selesai membuat kerja sekolah.
Sofea melangkah lesu. Hatinya cukup berat untuk pulang ke rumah hari itu. Sofea terfikir untuk melarikan diri.Tapi ke mana hendakdituju dia sendiri tidak tahu. Akhirnya Sofea mengambil keputusan ke perhentian bas.Walaupun tidak tahu destinasinya, Sofea memberanikan diri walau hari beransur senja.
Sedang Sofea melamun melayan perasaan... Tiba-tiba bahunya dicuit seseorang. Sofea menoleh dan sedikit terkejut melihat Zarul, anak jirannya muncul dari belakangnya.
"Apa Sofea buat sorang-sorang di sini? Sofea nak ke mana?" Zarul bertanya tetapi Sofea tidak memberikan sebarang jawapan.
"Sofea, tak manis duduk sendirian malam-malam macam ni. Jom abang hantar balik," ujar Zarul lagi.
"Sofea tak nak balik, Sofea tak nak balik!" jawab Sofea dengan nada suara yang agak keras.
"Kenapa Sofea tak nak balik!" Zarul cuba mendapatkan jawapan. Sofea mendiamkan diri semula. Sofea mendongak ke langit sambil tangan memeluktubuh. Kesejukan.
"Sofea nak pergi jauh dari sini, jauh dari mak dan ayah," ungkap Sofea tanpa memandang Zarul.
"Kenapa pulak?"
"Sofea bukan anak mereka. Sofea ni anak angkat aje."
"Kenapa Sofea cakap macam tu, tak baik tau."
"Dah lama Sofea rasa Sofea bukan anak mereka, muka Sofea tak sama macam mak, ayah dan adik-adik. Sofea hitam, adik-adik putih," ujar Sofea.
"Tak betui tanggapan Sofea tu. Sofea anak mereka. Dari kecil Sofea tinggal bersama mereka. Jangan bandingkan wajah dan warna kulit untuk menentukan kita darah daging mereka atau bukan," jelas Zarul namun Sofea hanya mengge-lengkan kepala.
"Betui abang, kadangkala tu Sofea rasa nak tanya saja kepada mak dan ayah tapi takut mereka marah. Tapi sampai bila? Perkara ini mengganggu Sofea kat sekolah, kawan-kawan pun perasan Sofea tak macam adik-adik."
"Maktu pulak garang sangat dengan Sofea, tak layan pun Sofea macam dia layan adik-adik, banyak benda Sofea buat semuanya tak betui. Benci Sofea, sebab tu Sofea ingat nak lari aje ni," panjang lebar jawapan Sofea dengan linangan air mata yang membasahi pipinya.
"Sofea tak sayang mak dan ayah ke? Macam mana pulak dengan Johan dan Johari?" Zarul bertanya lagi.
Saat itu Sofea tidak mampu berkata-kata. Zarul memandang tepat ke wajahnya.Timbul rasa simpati Zarul terhadap Sofea. Tak sampai hati untuk membiarkan gadis manis itu sendirian malam-malam begitu.
"Mari abang hantar Sofea balik, mak dan ayah pasti bimbang sebab Sofea belum balik lagi," pujuk Zarul sambil memegang bahu Sofea.
Mahu tidak mahu Sofea terpaksa mengikut kata Zarul. Dengan langkah yang malas, Sofea menuruti Zarul dari belakang. Tiba-tiba Sofea menghentikan langkahnya ketika hampir tiba di rumah.
"Sofea takut mak marah," ujar Sofea kepada Zarul.
"Sofea Jangan risau, nanti abang terangkan kepada mereka, Sofea," balas Zarul.
Zaharah, ibu Sofea menghentikan langkahnya sebaik sahaja kedengaran ketukan deras di pintu. "Siapa pulak tu?"bisiknya perlahan. Suaminya, Kamarul meluru ke pintu.
Zaharah terkejut dan terus menerpa ke arah Sofea yang berada di tepi pintu dan mencium Sofea berkali-kali. Sofea hanya mendiamkan diri t-npa menunjukkan sebarang reaksi.
"Kenapa ni sayang?" tanya Zaharah sambil mengusap kepala anaknya/'Sayajumpa Sofea di perhentian bas mak cik," ujar Zarul sambil mata melirik ke arah Sofea.
"Jumpa di stesen bas?" Kamarul menyoal Zarul untuk mendapatkan kepastian. Zarul hanya menganggukkan kepala.
"Apa yang engkau buat di situ, Sofea?" Kamarul memarahi Sofea yang hanya membatukan diri di tepi pintu. Ada manik-manik jernih mengurai perlahan di pipinya.
"Sudahlah abang, sepatutnya abang bersyukur sebab Sofea dah pulang, bukannya marah-marah/'Zaharah menenangkan suaminya.
"Maafkan saya mak cik, pak cik. Biarlah saya balik dulu. Assalamualaikum,"Zarul meminta izin untuk pulang.
Keadaan kembali sunyi. Sofea terus menuju ke biliknya tanpa mengendahkan mak dan ayahnya. Sofea terus mengunci bilik.
"Sofea ada masalah ke?"tanya Kamarul ketika melewati bilik Sofea. Zaharah hanya mengge-lengkan kepalanya.
"Cuma kebelakangan ini, saya tengok dia muram sahaja, murung. Bila saya tanya, dia tak cerita pulak," perlahan bisik Zaharah kepada Kamarul.
"Awak selalu marah dia agaknya atau memaksa dia buat kerja rumah?" Kamarul cuba mencari kepastian.
"Apa abang cakap ni?"
"Yalah, suruh Sofea buat semua kerja dalam rumah ni. Awak ingat saya tak perasan? Jangan begitu Zaharah, tak baik, biarpun dia bukan anak kandung kita, tapi ingat, kita yang bela dia dari kecik. Ingat pesan arwah mak dan ayahnya," Kamarul mengingatkan Zaharah.
Zaharah terdiam. Kata-kata suaminya memang ada benarnya. Sofea sering dileteri dan dimarahinya serta dikerah melakukan kerja-kerja rumah walaupun ketika Sofea sedang menghadapi peperiksaan.
Terbit rasa simpati di hatinya. Mengapa berlaku terlalu kejam terhadap anak saudaranya sendiri. Pemergian ibu bapa kandungnya bukan dipinta dan Sofea tidak pernah tahu bahawa dia hanyalah diamanahkan oleh arwah ibu dan ayahnya kepada Zaharah dan Kamarul.
"Jadi, betullah tekaan Sofea selama ini. Sofea bukan anak kandung mak dan ayah!"suara Sofea mengejutkan Zaharah dan suaminya. Kedua-duanya terkejut dan berpandangan satu sama lain. Entah bila Sofea mendengar perbualan mereka di situ.
"Jawablah? Mengapa mak dan ayah diam. Mengapa selama ini mak dan ayah sembunyikan perkara sebenar daripada Sofea. Mengapa mak, mengapa?"jerit Sofea sambil menahan esak tangisnya.
"Sofea, tenang Sofea,"Zaharah cuba memujuk namun tidak dipedulikannya.
"Kalau betui mereka sudah meninggal dunia, mengapa mak dan ayah tidak pernah membawa

Sofea ziarah pusara mereka. Mana kubur mak dan ayah kandung Sofea ?"jerit Sofea lagi.
"Sofea, jangan begini nak, nanti mak dan ayah ceritakan hal sebenarnya kepada Sofea. Sekarang Sofea pergi masuk bilik," Zaharah berkata dengan lembut namun ada nada gugup.
"Lepaskan Sofea, mak dan ayah tak patut buat Sofea macam ni. Sepatutnya mak dan ayah terangkan siapa diri Sofea sebenarnya ketika Sofea kecil dahulu, bukan sekarang, selepas 14 tahun," bentak sofea sambil cuba melepaskan pelukan Zaharah.
"Jangan bersikap kurang ajar dengan mak kamu Sofea, berdosa,"sambung Kamarul.
"Tak mahu, Sofea nak penjelasan sekarang juga. Kalau tidak Sofea akan tinggalkan rumah ini!" bentak Sofea lagi.
Panggg... serentak itu juga tapak tangan Kamarul hinggap di pipi Sofea. Sofea tersentak dan terduduk-Tetapi Sofea bingkas bangun dan berlari menuju ke muka pintu tanpa dapat dihalang oleh Zaharah atau Kamarul.
Bunyi dentuman kereta yang kuat diiringi dengan suara jeritan Sofea membuatkan Zaharah dan Kamarul bergegas ke halaman rumah. Degupanjantung Zaharah seakan terhenti apabila melihat sekujur tubuh terbujur kaku di bawah kereta berlumuran darah.
Zaharah dan Kamarul terkedu. Tangisan adik-adik Sofea memecah kesunyian malam itu. Ada darah mengalir dari wajah cornel Sofea. Sofea sudah tiada lagi.
Sekujur tubuh itu bermandikan darah yang mengalir keluar dari beberapa bahagian tubuhnya.
Zaharah hanya mampu menatap wajah anak kesayangannya dengan deraian air mata yang tiada hentinya. Kamarul memangku Sofea yang baru dimarahinya sebentar tadi. Rasa sesal yang teramat sangat terbit di hatinya kerana menampar Sofea.
"Jika betui Sofea hanya menumpang kasih mak dan ayah, biarlah Sofea pergi dari rumah ini. Hadirnya Sofea hanya membawa beban kepada mak. Ampunkan Sofea selama tinggal di sini dan izinkan Sofea pergi jika itu yang terbaik buat mak."
Kata-kata di atas sehelai kertas yang diselitkan dalam beg sekolahnya yang ditemui Kamarul beberapa hari selepas pemergian Sofea membuatkan Zaharah dan Kamarul benar-benar rasa menyesal menyembunyikan kebenaran sehingga nyawa Sofea menjadi galang gantinya.

Oleh: Aina Marhaton Abd Ghani

16:55 | Permalink

1 2 3 4 5 6 7 8 Next