Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

05 April 2006

Petua 1: Jangkakan Kejayaan

Petua 1: Jangkakan Kejayaan
(10 Petua Membina Sikap Positif )

Sikap terbina dari pelbagai faktor dan pengaruh. Diantaranya
termasuklah faktor ibu bapa, budaya, agama, bahan media cetak dan
elektronik, idola, pemakanan, dan sebagainya (Lihat artikel Sikap
Penentu Kejayaan). Atas dasar inilah maka kita dapat lihat terdapat
cara fikir yang berbeza dalam sesuatu kaum atau bangsa. Apa yang
kita lihat, dengar dan alami pastinya akan membentuk pegangan dan
kepercayaan dalam diri kita. Kepercayaan dan pegangan hidup ini
akan mempengaruhi tindakan dan tindakbalas kita.

Cuba perhatikan, apakah hanya secara kebetulan apabila orang
menyebut perkataan JANJI MELAYU? Memang tidak semua orang melayu
mungkir janji tetapi majoritinya begitulah. Apakah secara kebetulan
juga apabila ada yang berkata AUTA KELING? Memang tidak semua india
begitu tetapi majoritinya kita sendiri tahu. Perkara tersebut
terjadi kerana adanya persamaan dari aspek pemakanan dan budaya
dalam sesuatu bangsa. Tambahan pula kita membesar dengan meniru
mereka yang terlebih dahulu dewasa dari kita. Bak kata pepatah
kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sekiranya positif
pegangan hidup kita maka postif jugalah nanti natijah dari tindakan
kita. Seterusnya positiflah sikap kita.

Untuk membina sikap positif dalam diri, anda boleh amalkan 10 PETUA
yang disenaraikan dibawah. Amalkannya setiap masa dan dimana sahaja
sehingga ia menjadi tabiat baru anda. Setiap minggu dari sekarang
saya akan bincangkan salah satu dari 10 Petua ini. Tetap bersama
saya.

Petua 1: Jangkakan kejayaan.
Petua 2: Lakunkan watak orang cemerlang.
Petua 3: Ubah penampilan diri.
Petua 4: Berkawan dengan orang berjaya.
Petua 5: Dalami ilmu kecemerlangan.
Petua 6: Fokus kepada apa yang anda mahu.
Petua 7: Kejayaan silam membarai diri.
Petua 8: Saranan diri positif.
Petua 9: Soal diri dengan soalan yang positif.
Petua 10: Pelaziman minda.


Petua 1: Jangkakan Kejayaan.

Anda sebenarnya boleh memilih tindakan dan tindakbalas anda.
Tindakan ialah apa yang anda lakukan atau usahakan, tindakbalas pula
ialah respon anda terhadap apa yang berlaku atau terjadi atas diri
anda. Sebahagian besar tindakan dan tindakbalas anda sebenarnya
berlaku secara spontan mengikut kebiasaan atau tabiat. Cuba
fikirkan kembali bagaimana anda butangkan baju anda setiap hari?
Jalan mana anda ambil ke tempat kerja setiap pagi? Air apa yang
anda minum untuk sarapan? Tanpa anda sedari arahan-arahan tersebut
datang tanpa anda sedari dari minda bawah sedar.

Kejayaan dan kegagalan ditentukan oleh perkara yang anda lakukan
setiap hari, bukannya apa yang dilakukan sekali-sekala. Oleh itu
sangatlah penting agar tindakan dan tindakbalas spontan anda setiap
hari menjana sikap positif dalam diri. Tindakan dan tindakbalas
anda menggambarkan sikap anda. Sikap anda pula berdasarkan cara
anda lihat kehidupan yang bakal anda lalui dalam fikiran anda.
Kalau tindakan dan tindakbalas spontan anda adalah negatif, maka ia
tidak menguntungkan anda. Anda perlu lakukan sesuatu untuk
mengubahnya. Antara cara yang boleh anda lakukan ialah sentiasa
jangkakan kejayaan itu milik anda. Lihat yang perjalanan usia anda
membawa anda kepada sesuatu yang besar dan bermakna kepada diri,
keluarga dan masyarakat anda.

Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada
cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah
kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap
positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita lebih sering takutkan
kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang
tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta
kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan.
HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada
manusia.

Tidak lama dahulu satu kajian telah dilakukan di sebuah sekolah di
California. Guru-guru telah diberitahu, disebabkan kecemerlangan
mereka dalam pengajaran dan pembelajaran maka mereka hanya akan
diberikan murid-murid yang mampu cemerlang dan berIQ tinggi sahaja
pada tahun hadapan. Buka sahaja sessi sekolah yang baru, para
pelajar yang akan menduduki kelas guru cemerlang tersebut terpaksa
dipilih melalui satu ujian IQ yang khusus. Satu kumpulan pelajar
yang telah berjaya dalam ujian IQ ini dan masukkan dalam kelas guru-
guru tersebut. Mereka telah mengajar dengan bersungguh-sungguh dan
murid juga memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh. Walaupun
banyak rintangan dan cabaran, namun guru-guru tidak pernah patah
semangat kerana mereka yakin murid-murid ini mampu berjaya. Malah
pengetua sekolah sendiri telah memberitahu guru-guru ini iaitu
walaupun para pelajar ini berIQ tinggi, mereka tetap terpaksa
bertungkus lumus disebabkan mempelajari sesuatu yang baru memerlukan
usaha yang gigih. Apabila peperiksaan dijalankan, hasilnya cukup
membanggakan, para pelajar telah menghasilkan pencapaian seperti
yang dijangkakan.

Apa yang lebih dibanggakan lagi ialah sebenarnya guru-guru telah
ditipu. Mereka sebenarnya tidak diberikan pelajar yang berIQ
tinggi. Ujian IQ yang diadakan hanya sekadar gimik semata-mata.
Para pelajar tersebut sebenarnya pelajar yang sederhana sahaja
pencapaiannya. Apa yang telah berlaku? Kenapa pelajar ini tetap
boleh cemerlang? Perubahan yang berlaku ialah JANGKAAN KEJAYAAN
dalam diri pelajar dan guru-guru. Guru-guru menjangkakan bahawa
mereka pasti mencapai sasaran yang ditetapkan. Ini disebabkan
mereka sememangnya telah diakui sebagai guru cemerlang dan diberikan
pelajar yang bagus-bagus pula. Pelajar pula, setelah mengetahui
keputusan ujian IQ, merasakan yang mereka baru menyedari suatu
kehebatan yang selama ini mereka sendiri tidak pernah tahu. Mereka
percaya bahawa otak mereka bijak. Mereka bersungguh-sungguh untuk
membuktikan sememangnya mereka bijak. Ditambah dengan kesungguhan
guru-guru tadi, segala harapan bertukar menjadi kenyataan.

Oleh itu jangan berputus asa mengharapkan rahmat dari Allah.
Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang
orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan
dalam setiap usaha yang anda lakukan. Menjangkakan kejayaan itu
milik anda membuatkan anda tidak putus asa. Kalau anda perlu ubah
perancangan untuk mencapai hasrat, maka ubahlah. Pastikan juga anda
bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin
membantutkan kejayaan anda. Lihat diri anda yang pasti
merealisasikan harapan yang digenggam.

Ingat! Jangkakan kehebatan dalam diri anda dan diri orang lain dan
kehebatan itu akan terserlah bila tiba masanya nanti.

Sekian.. bersambung dengan Petua 2.

16:36 | Permalink