Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

18 May 2006

Menjelang nafas terhenti..

Suara cengkerik memecah kesunyiaan malam. Daun-daun mempelam jatuh berguguran ditiup angina yang kencang. Damai dan tenteram hidup dalam suasana kampung yang penuh dengan tumbuhan yang menghijau.

“ Ibu, Abi terasa semakin dekat dengan kematian”.

“ Apalah Abi ji cakap macam tu? Cakaplah benda lain. Janganlah bagi ibu risau dalam keadaan macam ni”.

Abi Cuma diam. Dia memandang tepat pada wajah ibu.

“ Ibu, rasanya dah lama kita tak pergi ziarah kubur mak dan ayah. Malah soal-soal kematian tak pernah kita bincangkan, kalau Abi sebut sahaja, mesti semuanya mahukan topic itu tidak dibincangkan”.

“ Abi ni kita cakap benda- benda yang lebih menggembirakanlah. Janganlah nak merisaukan kita tentang soal itu”.

“ Ibu…ibu tak boleh cakap macam tu. Saat kematian mesti kita ingat selalu, setiap saat dan setiap ketika”.

“ Ibu tahu, tapi…
Suasana menjadi hening. Abi dan ibu diam dengan fikiran masing-masing.

“ Entahlah, kenapa tiba-tiba bayangan keranda sering terlintas di fikiran Abi”.

“ Abi ni…jangan merepeklah. Buat ibu takut saja

“ Tak, tapi Abi baru tersedar, selama ini Abi tak pernah mengingati mati dan berasakan mati itu sesuatu yang terlalu jauh. Hidup ini terasa terlalu lama”.

“ Ya…ya…betul tu Abi, ibupun tidak pernah terfikir tentang mati, padahal dengan mengingati mati kita menjadi semakin dekat dengan Allah”.

“ Ya, sedangkan mati itu terlalu indah”.
Kedua-duanya menatap antara satu sama lain. Abi tyersenyum. Sementara ibu Cuma mampu menitiskan air mata. Abi memeluk ibu lantas membelai dengan penuh kasih sayang.

“ Kita perlu bersedia untuk ke sana ibu”.
Abi melepaskan pelukan dan kembali menatap ibu. “ Kita berusaha bersama-sama “. Tangan Abi menyapu lembut air mata ibu yang masih menitis membasahi pipinya.

“ Kring…Kring…

Bunyi telefon mengejutkan kedua-dua mereka. Abi segera bangun. Wajahnya kelihatan terkejut. Di hospital mana? Hospital Universiti? Ya…Ya…kami akan segera ke sana.

“ Ada apa abang?” tnya Zuriyani selepas Anwar meletakkan telefon. Anwar kelihatan begitu panic.

“ Mama, ibu…mama di Hospital Universiti”.

Zuriyani longlai seketika. Baru sebentar tadi kedua-dua mereka berbicara tentang kematian, kini…khabar yang menyedihkan itu datang. Mam yang mengandungkan dan melhirkannya kini sakit tenat”,

“ Apakah itu petanda…”

Zuriyani tidak berani meneruskan kata-katanya.
Malihat Zuriyani terlalu sedih, Anwar merangkulnya. Dibelai dan ditenangkan hatinya. “ Sabarlah ibu, kita doakan mudh- mudahan mama tak ada apa-apa. Mudah-mudahan mama segera sembuh. Yang penting sekarang kita bersiap untuk melihat mama”.

Zuriyani menggenggam erat tangan Anwar untuk mencari kekuatan.

“ Kuatkanlah hatimu, sayang. Kuatkan dan serahkan semuanya kepada Allah”.

Ditahannya air mata itu sedikit demi sedikit . Anwar mencium dahi Zuriyani penuh kelembutan. Dalam diam,mereka berdua bergegas ke kamar menyalin pakaian untuk pergi ke hospital universiti.

Sudah lima hari mama berada di hospital.

“ Kanser rahimnya terlalu parah”, perlahan=lahan seorang doktor memberitahu Zuriyani dan Anwar. Doktor di hospital universiti sudah berusaha sedaya upaya mereka.

“ Bersabarlah ibu, berikan semangat kepada mama untuk hidup”.

Zuriyani Cuma tunduk dan diam membisu. Ya Allah…aku akan kehilangan mama. Secara ramalannya, mama Cuma ada lebih kurang lima bulan untuk berperang dengan penyakitnya.
“ Itu Cuma ramalan dan jangkaan sahaja. Namun kita tidak tahu ketentuan Allah yang akan menentukan ajal manusia”.

Suara doktor di hadapan mereka tidak mampu di dengar dengan jelas. Namun yang jelasnya perempuan yang sangat disayanginya kini sedang menharungi saat getir dan tidak lama lagi akan pergi untuk selamanya.

“ Saya faham puan sudah pasti terlalu sedih. Temankan mama puan ini untuk beri semangat kepada dia agar dia kuat untuk menghadapi semua ini. Sekarang ini mama puan boleh dibawa pulang ke rumah”.

“ terima kasih doktor”.

Zuriyani dan Anwar keluar dari dalam bilik doktor. Mereka segera menuju ke wad mamanya.

Zuriyati, kakak kepada Zuriyani menyambut mereka berdua di hadapan pintu wad. Zuriyani tidak mampu menahan kesedihan dan segera memeluk suaminya. Kakak dan abang iparnya Cuma diam, menunggu dengan sabar apa yang akan disampaikan oleh Zuriyani. Apabila esakan Zuriyani reda, dia menceritakan apa yang diberitahu oleh doktor. Mereka semua saling berpandangan.

“ Tidak ada pilihan lain, kita mesti membawa mama pulang”, kata Anwar memecah keheningan.

“ Mana boleh, kenapa nak bawa pulang, sedangkan mama belum sembuh”, kata Zuriyati tanda tidak setuju.

“ Sampai bila mama nak tinggal di hospital ni kakak? Untuk apa lagi mama mahu berada di sini? Doktor dah beritahu Yani, mama tidak boleh disembuhkan lagi”.

Zuriyani terdiam sejenak, dan dengan nada yang terketar-ketar dia memberitahu “ waktu mama hanya tinggal Cuma enam bulan”.

Semua membisu.

“ Bagaimana kalau kita pindahkan saja mama di Klinik St. Michele, di Jalan Duta”.

“ Tak payah kak, Yani tak nak di saat-saat terakhir ini kita membiarkan mama begitu. Yani tak mahu mama su’ul khatimah, dan berpaling dari akidah yang lurus yang telah kita yakini”, jelas Zuriyani keras ketika kakaknya mencadangkan sebuah klinik yang terkenal dan diuruskan oleh orang bukan Islam.

“ Sekarang kita buat persiapan untuk membawa mama pulang. Jika saudara mara bertanta kita beritahu mereka perlatan yang diperlukan untuk rawatan mama belum ada. Kita terpaksa membawanya pulang. Sayang kalau kita biarkan mama terus di sini. Kita akan hanya membuang wang dan waktu sahaja”, jelas Anwar.

Akhirnya mereka telah sepakat untuk membawa mama mereka pulang.

Hari terus berganti hari. Sudah dua minggu Zuriyani menunggu mamanya di rumah. Anwar pula telah pulang ke Melaka. Zuriyani, kakak sulungnya dan adik bongsunya yang bergilir-gilir menjaga mama mereka.

Suatu petang, ketika Zuriyani sedang leka duduk di anjung rumah mamanya, Zuriyati menghampirinya.

“ Yani, akak tak mampu nak melihat keadaan mama yang semakin tenat. Bagaimana kalau kita mencari perubatanh alternative”.

“ Maksud akak?”

“ Kita berubat secara tradisional, kita jumpa bomoh”.

Zuriyani terdiam seketika.

Bomoh? Bomoh yang bagaimana dicari oleh Zuriyati? Kalau tidak mebawa pada kesyirikan, itu tidak menjadi masalah. Tapi kalau…

“ Bagaimana Yani?

“ Em…Akak ada alternative itu ke?

Zuriyati mengangguk.

“ Siapa?”

“ Bomoh Pak Kasim”.

“ Apa? Bomoh Pak Kassim.

Zuriyati mengangguk lagi.

“ Yani tak setuju dan tidak pernah akan setuju.

“ Kenapa?”

“ Kak tahukan bagaimana cara Pak Kassim tu mengubati orang sakit? Masuk ke rumahnya saja dah seram. Ada keris, guna mandi bunga, pakai syarat itu, syarat ini…Tak payahlah kak”.

“ Tapi Yani, Pak Kasim tu solat”.

“ Walaupun solat, tidak semestinya perubatannya itu betul”.

“ Wajarkan Pak Kasim tu gunakan syarat tertentu, doktor juga gunakan syarat tertentu? Doktor juga selalu melarang itu melarang ini, menyuruh yang itu dan menyuruh yang ini. Apa bezanya?

“ Jauh berbeza, kak. Doktor menggunakan alas an perubatan yang dibuktikan secara ilmiah. Tapi ini…

“ Ini ilmu yang berbeza Yani, Mungkin ini berkait dengan ilmu metefizik, yang membuktikan berbeza dengan ilmu perubatan moden. Buktinya selam ini ramai yang berubat di sana sembuh.

“ Jangan kaka, Yani takut kita jatuh dalam kesyirikan. Bukankah itu suatu dosa yang besar”.

“ Yani terlalu ego. Yani berfikir untuk diri Yani saja. Apapun kita lakukan untuk melihat mama sembuh. Adakah Yani hanya mahu pasrah dengan kata-kata doktor bahawa mama tidak boleh disembuhkan lagi”.

“ Tapi bukan cara seperti itu akak”.

“ Habis tu macam mana? Cuma dengan tangisn? Dengan doa semata-mata tanpa usaha? Dengan…

“ Uhuk…Uhuk…!

Mereka berdua terkejut mendengar bunyi batuk itu. Mereka tidak menyangka mama mereka turun dari atas katilnya dan mendengar perbualan mereka. Zuriyani dan Zuriyati berasa bersalah. Selama ini mereka berhati-hati dalam berbicara soal penyakit mama, tapi tanpa disedari hari ini rahsia itu didengari oleh mama mereka sendiri. Mama mendengar dengan jelas kata-kata doktor.

“ Uhuk…Uhuk! Sudahlah! Kamu tak payah nak gaduh lagi. Mama rasa ajal mama dah dekat”.

“ Jangan cakap macam tu mama”.

Zuriyati mendekati mamanya dan dipimpin mamanya menuju ke kamar. Zuriyani mengikuti. Dibaringkan mamanya yang semakin kurus itu di atas katil.

“ Kami seua sayangkan mama”, Zuriyani mengusap lembut kepala mamanya.

“ Kami semua kasihkan mama”, Zuriyati menambah.

“ Mama…mama berehat ye. Biar Yani dan Yati temankan mama di sini”.
Semuanya diam. Zuriyati menatap Zuriyani dengan penuh makna. Zuriyani tidak peduli, dia hanya mahu dirinya sentiasa menjaga mama di akhir kehidupan beliau.

“ Yani, akak keluar dulu”.

Zuriyani mengangguk.

“ Mama, mama sudah solat Asar?”

Perempuan itu menggeleng.

“ Solat, ya mama?”

Zuriyani memimpin mamanya tayamum. Setelah itu dipakaikan bedak.

“ Mama…solat cara baring ye”.

Perempuan itu Cuma menurut. Zuriyani menunggunya tanpa berkedip. Gerakan demi gerakan penuh cermat. Tidak terasa mama menangis.

“ Ya Allah…kalau engkau hendak memanggil mama, wafatkanlah dia sebagai muslim. Wafatkanlah ibu dalam keadaan husnul khatimah”.

“ Assalamualaikum…! Mama menyudahi solatnya.

“ Yani., sini nak. Dekatkan yani dengan mama”.

“ Ada apa mama?”

“ Bagaimana pendapat Yani tentang kematian?”

“ Kematian itu indah, mama…sebab kita akan berjumpa dengan sesuatu yang selama ini kita usahakan”.

“ Maksud Yani?”

“ Bukankah kita selama ini melakukan amal hanya untuk satu tujuan?”

“ Tujuan apa?”

“ Tujuan segala amal yang kita lakukan Cuma satu, mama. Hanya untuk Allah. Dan dengan kematian itulah kita akan sampai pada apa yang kita tuju. Kita akan melihat bahkan melalui taman-taman syurga dengan segenap keindahan dan kenikmatannya. Kita akan melalui saat terindah yang keindahannya tidak mampu dibandingkan dengan apapun. Keindahan saat berjumpa dengan sang Kekasih, Allah Rabbul Izzati.

Perempuan itu menangis teresak-esak.

“ Kenapa mama?”

“ Bukankah kematian itu membawa kita kepada seksa, anakku, melainkan amal kita sempurna”.

Zuriyani menatap wajah mamanya penuh keharuan.

“ Mama, takut dan harap memang dua hal yang perlu dimiliki oleh kita sebagai hamba Allah. Yang paling penting sekarang mama semakin mendekatkan diri kepada Allah”.

“ Apakah mama memang sudah tidak dapat disembuhkan lagi, Yani?”

“ Allah itu Maha Tahu, mama. Itu hanya ramalan manusia. Sekarang mama perlu yakin bahawa Allah akan memberikan kesembuhan dan ibu yakin jika Allah minta kita kembali kepadaNya, kita tetap berada dalam keimanan.

Mama menangis lagi. Zuriyani juga tidak mampu menahan air matanya. Dipeluk mamanya erat-erat.

“ Mama harus bersyukur kepada Allahkan Yani…ramai orang mati tanpa petanda. Allah memberikan sakit ini sebagai tanda bahawa malaikat maut segera menejmput. Maka mama harus menjyambut dengan taubat, dengan penyucian jiwa dengan…

Zuriyani semakin terharu. Sungguh tidak disangka mamanya setabah itu.

Tok!Tok!Tok!

Zuriyani membuka pintu bilik. Zuriyati datang lagi.

“ Pergi buat miniman, kita ada tetamu”. Kata Zuriyati.

Zuriyani segera ke dapur. Sementara Zuriyani memnaggil tetamunya itu untuk melihat keadaan mamanya.

“ Silakan Pak Kasim!

“ Siapa Yati”.

“ Mama, ini Pak Kassim. Orang yang akan mengubati mama. Mudah-mudahan mama cepat sembuh.

Pak Kassim mula menmgubati mama. Pada mulanya mama diberi segelas air putih untuk diminum, yang sudah dibacakan mantera sebelumnya dan sehelai kertas bertulis sesuatu yang dicelupkan ke dalam air itu.

Mama menurut saja. Perlahan-lahan dia meminumnya. Pak Kasim menumpukan sepenuh perhatian. Dia meminta air putih lagi untuk perubatan seterusnya. Ditaburnya bunga dan sehelai kertas dicelupkan di situ. Mulut Pak KAsim komat-kamit membaca mentera. Tidak lama kemudia iu tertidur. Pak Kasim pulang segera.

“ Minum dulu…

“ Tak payahlah…kena balik dulu, yang penting jaga mama kamu dan ingat tak boleh seorang pun membaca al Quran di dalam bilik ini, kalau nak baca kat tempat lain.

Zuriyati mengangguk dan segera menghantar Pak Kasim di luar rumah.

Zuriyani masuk ke bilik mamanya dan membawa dulang minuman. Dilihatnya mama tidur dengan nyenyak sekali. Dia mencari-cari Zuriyati dan tetamu mereka. Ketika itulah matanya melihat sebuah gelas berisi air bunga dan kertas.

“ Astaghfirullah…Benda apa pulak ni?”

Zuriyani berasa ingin marah, dan mahu sahaja membuang air itu. Terus menerus dia beristighfar. Dicium mamanya.

“ Mama…Yani tidak rela kita berada dalam kesyirikan.

Tanpa fikir panjang, dia segera mengambil Al Quran dari atas almari lalu membacanya. Pada ketika itu Zuriyati masuk.

“ Jangan kau lakukan itu, Yani!”

Zuriyani tidak peduli dengan kata-kata kakaknya. Dia terus membaca . Mamanya mula membuka mata. Zuriyati semakin marah apabila melihat adiknya tidak menghiraukan larangannya. Dia merampas al Quran itu dengan kasar. Tiba-tiba..

“ Jangan…Jangan…Hayo…Pergi..!Pergi…! Jangan dekati aku…Pergi…!

Mama teriak. Mereka berdua terkejut. Mama melompat lompat. Zuriyati segera memagang mamanya. Zuriyani terus membuang air bunga itu memalui tingkap bilik mamanya. Dia terus membaca ayat suci al Quran dengan kuat.

Mama semakin lamh. Nafasnya naik turun, keletihan. Setelah itu mama tertidur kembali Zuriyati memarahi adiknya. Ditariknya Zuriyani keluar rumah.

“ Yani…akak sedang ikhtiar,. Kenapa Yani buang air bunga tu? Yani perlu tahu…sebaiknya kita jangan baca al Quran tadi.

Terbeliak biji mata Zuriyani, sebentar kemudia dia menangis.

“ Itu tanda tidak betul akak. Kenapa tidak boleh membaca al Quran?”

“ Yani memang nak tengok mama mati. Yani nak sangat agar harta mama tu dapat dekat Yani. Yani ni ego!

“ Kakak dah lah tu! Yani sayang mama. Yani nak mama sentiasa berada dalam kebaikan hingga akhir hayat . Yani tak mahu mama su’ul khatimah, kakak”.

“ Tipu nsaja kau ni. Di luar manis, di dalam siapa yang tahu?”

“ Pergi! Pergi! Jangan dekati aku”. Ibu kembali berteriak.

Zuriyati dan Zuriyani berlari ke kamar.

Mama berteriak kembali seperti orang kena histeria
Zuriyani segera membaca ayat-ayat al Quran. Teriakan mama lemah. Nafasnya turun naik.

“ Yani! Yani! Ke mari nak. Apa yang sebaiknya mama lakukan sekarang? Ibu yakin doktor itu benar”.

“ Mama jangan cakap macam tu. Mama pasti sembuh. Kita akan terus berusaha. Yati akan bawa bomoh untuk sembuhkan mama”.

“ Bomoh! Bomoh apa yang kau bawa? Mama tak mahu. KAu bukan membantu mama, tapi kau menambahkan penderitaan mama”.
Zuriyati Cuma diam.

“ Mama…Yati minta maaf.

Zuriyani memandang kea rah kakaknya, tapi Cuma jelingan tajam yang dibalas oleh kakanya.

“ Mama, sebaiknya mam menulis wasiat untuk kami, beritahu hutang-hutang mama pada kami”.

“ Ada-ada saja kau ni Yani? Seolah-olah kau mendoakan mama mati”, marah Zuriyati.

“ Bukan begitu kakak!

Sudah…Sudah! Yani benar. Itu semua akan melapangkan jalan mama menemui Allah Rabbul Izzati”.

Zuriyati tidak berani membantah.

“ Anak-anakku, menagani hutang mama, mama telah catatkan semuanya. Kamu boleh ambilnya di dalam laci almari mama. Tentang harta mama, mama wasiatkan agar kamu bahagi mengikut kaedah hukum faraid. Ambillah dulu sepertiga untuk wakaf. Jadilah anak-anak yang soleh, kerana itu tabungan mama

Yang akan terus mengalir. Berdoalah selalu untuk mama.

Kata-kata mama terhenti.

“ Mama!!! Zuriyati memeluk mama.

Dengan sisa tenaga yang ada, mama membelai kakak.
Zuriyani mendekat. Kedua-duanya mencium mama. Sejak itu mamatidak berkata-kata lagi. Keadaannya semakin lemah.

“ Sebaiknya kita bacakan al Quran bersama”, kata Zuriyani.

Zuriyati tidak menolak.

“ Mama boleh dengar?”

Mama mengangguk. Hampir tiga jam mereka mengaji berganti-ganti. Keadaan mama semakin kritikal. Nafasnya tidak teratur.

“ Masih mampu mendengar mama?

Mama kembali mengangguk.

“ Kita tahlil sahaja, kakak”.

Mereka berdua terus membaca tahlil. Mata mama bergerak-gerak. Ke kanan, ke kiri, ke kanan, ke kiri…Nafasnya mula turun naik. Bahkan kelihatan sangat susah. Ketiga mereka terus bertahlil. Dan..

“Allah…!

Itulah hembusan terakhir mama.

Ketiga mereka menangis, memeluk mama yang amat mereka cintai yang kini sudah kembali kepada Allah SWT.

06:00 | Permalink