Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

23 January 2006

Tingkatkan kelajuan modem PC anda - Windows 98

BAGI pengguna sistem operasi Windows 98, modem anda mungkin menunjukkan berfungsi baik, tetapi hakikatnya ialah kadar baud untuk port serial COM tidak membenarkan anda mendapatkan kelajuan tertinggi. Untuk meningkatkan kelajuan port COM:
Klik Start, Pilih Settings > Control Panel, dan klik System. Selepas itu klik tab Device Manager, dan klik tanda "+" di sebelah Ports (COM & LPT)
Pilih port modem yang digunakan, dan klik Properties, kemudian klik tab Port Settings, dan tetapkan Bits per second kepada 115200 bps, di mana anda tidak memerlukan sebarang bentuk filter pada port tersebut.
Kadar 115200 bps merupakan setting maksimum bagi port COM "Standard". Jika anda menghadapi masalah, cuba ren-dahkan setting bps itu. Dengan menggunakan System Monitor, anda boleh menyemak jika berlaku sebarang masalah.
Ciri System Monitor (sysmon.exe) boleh dipasang atau Installed dengan melancarkan fungsi Add/Remove Programs Properties dalam Control Panel, pilih tab Windows Setup, dwi-klik System Tools dan kemudian pilih System Monitor.
Jika anda tidak pasti port yang digunakan oleh modem anda, klik pada tanda "+" di sebelah ikon Modem di dalam Control Panel dan pilih Modem. Klik pada Properties dan pi-lihiah tab Modem. Dengan ini anda akan dapat melihat port COM yang digunakan oleh modem anda.
Dan bagi kebanyakan modem, anda boleh menggunakan Hardware dalam kotak menu Flow Control
Kelajuan maksimum di mana Windows 98 berko-munikasi dengan modem ditetapkan dalam Control Panel > Modems, klik pada bebutang Properties pada tab General. Windows 98 akan memilih kelajuan deafult paling rendah, untuk mengelakkan kehilangan data pada komputer yang kurang laju.
Jika anda menggunakan komputer pantas seperti ber-asaskan cip 80486 atau Pentium, anda boleh tetapkan kelajuan lebih ting-
gi. Jika aplikasi anda menunjukkan error data, rendahkan kelajuan modem.
Dalam Windows 98 terdapat sokongan terhad untuk setting yang dikenali sebagai MaxMTU dalam Windows 95. Klik Control Panel, kemudian klik Network dan pilih Dial-Up Adapter. Selepas itu klik Click Properties dan pilih Advanced. Dalam kotak pilihan, pilih IP Packet Size.
Sekarang anda boleh memilih setting dalam kotak menu Value, di mana pilihannya ialah: Automatic, Large, Medium dan Small.
Setting Large, Medium dan Small akan memasukkan nilai IPMTU ke dalam fail registry untuk Dial-Up Adapter dalam turutan 1500,1000 atau 576.
Walaupun tidak diketahui ramai, port-port serial pada papan ibu (motherboar) dan kad-kad tambahan yang menggunakan beberapa kawalan input/output tertentu akan menyo-kong operasi pada kelajuan melebihi 115200 bps:
Apa yang anda perlukan ialah perisian untuk mengaktif dan memprogram mod kelajuan lebih tinggi itu.
Bagi sistem operasi Win95/98, untuk mendapatkan kelajuan melebihi 115Kbps memerlukan dua perkara:
Melancarkan program kecil ketika but untuk mengaktifkan mod kelajuan tinggi. Satu lagi ialah fail serial.vxd yang akan memprogram kadar kelajuan tinggi tersebut.

11:40 | Permalink