Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

23 January 2006

Cantikkan paparan desktop PC anda

MEMERHATIKAN paparan yang sama setiap kali memulakan Windows mungkin akan membuatkan anda mudah terasa bosan. Jika anda inginkan kelainan, ubahlah wajah desktop Windows anda berpandukan beberapa tip ringkas yang disedia-kan ini.

Menukar saiz ikon pada desktop
Untuk menukar saiz ikon pada desktop, masuk ke Display Properties (sama ada mengklik Start > Settings > Control Panel > Display ataupun dengan mengklik kanan pada Desktop dan klik Properties daripada menu pop-up yang dipaparkan).
Sewaktu di dalam Display Properties, klik pada tab Appearence dan lihat di dalam kotak senarai Item.
Cari item yang dilabelkan sebagai Icon, dan apabila anda telah memilihnya, anda boleh mengubah saiz ikon dengan mengubah suai nombor saiz (ukuran) yang dipaparkan di sebelah kanan kotak tersebut. Selain saiz ikon, anda juga boleh mengubah suai saiz label untuk ikon berkenaan.
Apabila anda sudah puas hati, klik pada butang OK untuk melihat hasilnya pada desktop.

Mengubah jarak antara ikon pada desktop
Jika anda fikirkan bahawa jarak antara ikon-ikon yang terdapat pada desktop itu terlalu rapat atau terlalu jauh antara satu sama lain, anda boleh mengubahnya, juga melalui Display Properties.
Pada tetingkap Display Properties, klik pada tab Appearance dan dapatkan item Icon Spacing (Horizontal) dan Icon Spacing (Vertical) di dalam bahagian Item, dan pilihan untuk mengubah saiznya akan dipaparkan.
Akhir sekali klik OK apabila selesai dan melihat hasilnya. Anda mungkin perlu menekan kekunci F5 untuk mengemas kini (refresh) paparan desktop.

Menukar wama palang tajuk
Jika anda tidak berkenan dengan warna palang tajuk (title bar) yang disetkan oleh Windows untuk desktop, anda boleh mengubahnya sendiri dengan memasuki Display Properties dan klik pada tab Appearance sekali lagi.
Dapatkan item Active Title Bar serta Inactive Title Bar untuk mengubah warna bagi palang tajuk yang aktif dan tidak aktif.

Menggunakan font yang lain
Font default yang digunakan untuk memaparkan tajuk dan teks pada desktop Windows mungkin tidak menarik bagi sesetengah pengguna komputer.
Anda boleh mengubah font ini kepada font-font yang anda sukai dengan memasuki Display Properties dan klik pada tab Appearance.
Cuba klik pada item-item yang berlainan di dalam kotak Item dan perhatikan kotak Font yang terletak di bahagian bawahnya.
Pada sesetengah item, kotak Font ini menjadi aktif dan memaparkan font yang sedang digunakan oleh Windows untuk desktop.
Untuk setiap item yang mempunyai kotak font yang aktif, anda boleh cuba mengubah font kepada apa yang anda suka dan klik pada butang Apply untuk melihat kesannya.
Jangan lupa, anda juga boleh menukarkan saiz serta warna font yang anda pilih dengan menentukannya melalui kotak di sebelah kanannya.
Akhir sekali apabila anda sudah selesai, klik pada butang OK untuk menyempurnakannya.

Menyimpan skim desktop
Setiap perubahan yang anda buat ke atas desktop, boleh disimpan untuk membentuk skim anda sendiri, dengan mengklik pada butang Save As di dalam bahagian Appearance di dalam Display Properties sesudah anda selesai membuat semua perubahan pada desktop.
Anda akan diminta memberi nama kepada skim ini. Pilihlah nama yang sesuai. Skim desktop ini akan memudahkan anda kembali kepada konfigurasi desktop yang telah disimpan andainya anda membuat sebarang perubahan kemudiannya.

11:35 | Permalink