Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

23 January 2006

Memastikan akses Internet sentiasa lancar

PERNAHKAH anda menghadapi masalah terputus talian ketika mengakses Internet dan sedang bersembang dengan rakan-rakan chat anda. Atau pernahkah anda menghadapi pelbagai masalah lain berkaitan dengan sambungan telefoni anda, modem dan lam-lain peranti yang berkaitan dengan proses mendail akaun Internet ISP atau ke rangkaian intranet syarikat anda. Sebenarnya anda boleh melakukan sendiri beberapa langkah tertentu di bawah untuk memastikan 'kesihatan' sistem komputer peribadi (PC) anda sebelum mencari bantuan luar seperti daripada vendor PC, penyedia telefoni, ISP ataupun rakan anda yang mahir komputer dan yang anda percayai.

1. Semak konfigurasi TCP/IP
Untuk menyemak konfigurasi sedia ada TCP/IP, Microsoft telah meng gabungkan satu program dipanggil winipcfg yang memberikan butiran setup rangkaian anda. Mulakannya dengan mengaktifkan arahan Run (dengan mengklik bebutang Start).

2. Menjejaki Internet Route
Termasuk dalam sistem operasi Windows 98 ialah satu program dipanggil Trace Route. Ada dua cara untuk melancarkan fungsi itu. Pertama, aktifkan tetingkap DOS dan taip tracert nama lokasi. Nama lokasi boleh berupa alamatatau nombor IP. Contohnya ialah seperti tracert www.windows-help.net. Satu lagi cara adalah dengan mengklik Start, diikuti Run dan taip tracert www.windows-help.net Program itu kemudiannya akan menjejaki route daripada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) ke lokasi tertentu yang dikehendaki, dan menunjukkan semua sistem komputer yang dikunjungi oleh sesebuah komputer. Perhatikan bagaimana anda akan berlompat dari satu lokasi ke lokasi lain di seluruh dunia merentasi lautan dan menerusi satelit, sama ada menggunakan sambungan kelajuan tinggi atau tidak dengan serta-merta. la juga amat berguna jika anda tidak dapat mengakses sesebuah tapak Web - ia akan menunjukkan sesuatu yang tidak berfungsi atau beroperasi yang menyebabkan akses itu terhenti. Pastikan juga anda berada dalam rangkaian, sama ada intranet pejabat atau Internet dari rumah.

3. Mengaktifkan Automatic Re-dialing
Pengguna sebenarnya boleh mengkonfigurasikan ciri Windows 98 Dial-Up Networking supaya secara automatik mendail semula sambungan:
Klik Start dan pilih Programs > Accessories > Communications. Selepas itu
klik Dial- Up Networking, dan diikuti klik pada sambungan anda. Dari menu tersebut pUih Connections > Settings
Tanda {check) Re-dial dan pilihlah berapa kalikah anda hendak menetapkan
ciri dail semula (2-100) dan kemudian klik OK. Selepas itu tutup Dial-Up
Networking Jika anda menetapkan sambungan dail-up supaya secara automatik mendail semula ISP anda, anda mungkin akan melihat mesej error selepas cubaan dail semula automatik yang ke 15:
Atau mesej lain akan muncul: "Could not detect modem. It may be' in use, turned off, or not installed properly"

4. Vientiksca Automatic Dialing
Untuk menghentikan perisian pelayar - atau sebarang aplikasi berkaitan : Internet - daripada secara automatik mendail ISP, lakukan yang berikut:
Klik Start dan pilih Programs > Settings > Control Panel
Buka ikon Internet Options, kemudian pilih Connections, selepas itu pilih
Never dial a connection
Juga klik Start dan pilih Programs > Accessories > Communications > Dial-
Up Networking. Dari menu Connections, pilih Settings... dan pilih Dial-Up
Networking '

5. Bagaimana melajukan masa sambungan
Untuk melajukan masa diperlukan bagi DUN {Dial - Up Networking) untuk mendapatkan sambungan dengan ISP, langkah berikut mungkin boleh mem bantu:
Pilih sambungan anda dalam DUN {Start > Programs > Accessories > | Communications > Dial-Up Networking)
Klik-kanan {right-click) pada ikon sambungan anda dan pilihlah Properties Pada Server Types, dalam Advanced Options, pastikan kotak pilihan untuk Log on to network tidak ditandakan {unchecked)
Manakala di bawah Allowed network protocols, pilih hanya TCP/IP sahaja.

6. Talian sering terputus
Jika sambungan talian anda sering kali terputus, cubalah masukkan setting modem tambahan ini:
Klik ikon Modem dalam Control Panel (Start > Settings > Control Panel)
Dari Modems, pilih Properties, kemudian pilih Connections, dan selepas itu
klik bebutang Advanced
Dalam kotak dialog Extra Setting, taip S10=50
Setting ini akan memaksa modem tersebut supaya terus disambungkan walaupun tanpa sambungan ke ISP, sehingga selama lima saat.

11:35 | Permalink