11 September 2007
Bangkitlah Bangsaku...
Bangkitlah Bangsaku...
Wahai anak bangsaku...
Bangkitlah kau dari lena yang panjang..
Sedarlah dari mimpi yang mengasyikkan..
Atas pentas dunia ciptaanmu...
yang kian menyesatkan..
Bangkitlah kau segera..
janganlah kau alpa dan leka..
kerana langkahmu makin sumbang..
gerakmu makin pincang...
Wahai anak bangsaku..
Bangkitlah segera..
Hidupkan semangat juangmu...
kita bangsa yang berdaulat..
penuh dengan semangat yang padu...
bangkitlah anak bangsaku...
laungkan azimatmu...
sedarlah bangsaku...
lafazkanlah...
kita adalah bangsa yang merdeka..
bukan bangsa yang terdera...
bukan bangsa yang terjajah..
budaya asing yang kian kau agungkan...
bangkitlah anak bangsaku...
bersama kita laungkan...
Merdeka...
merdeka..
merdeka...
06:53 Posted in PELBAGAI | Permalink | Comments (0)