Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

20 May 2006

Meritokrasi - Melayu Tidak Dianaktirikan

Meritokrasi - Melayu Tidak Dianaktirikan

SISTEM meritokrasi bagi kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dilaksanakan bertujuan meningkatkan daya saing pelajar Bumiputera. Namun pelaksanaannya dipersoalkan banyak pihak seolah-olah sistem itu mengecilkan peluang Bumiputera mendapat tempat belajar terbaik. Penolong Pengarang Berita, Berita Minggu AZRAN JAFFAR menemui Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh membincangkan perkara ini.

SISTEM meritokrasi dilihat mengurangkan peluang pelajar Bumiputera memasuki IPTA. Apa yang Datuk melihat terhadap keadaan ini.Saya ingin menjelaskan mengenai meritokrasi supaya semua pihak memahaminya. Sebelum kaedah meritokrasi digunakan untuk kemasukan ke IPTA, kaedah kuota digunakan, iaitu berasaskan populasi pada 70-an iaitu 55 peratus Bumiputera, 35 peratus Cina dan 10 peratus India.Kuota itu dikira berasaskan keseluruhan bilangan pelajar, bukan semestinya setiap kursus. Pun begitu, persaingan antara pelajar sesama kaum masih juga berlaku, iaitu setiap kaum bersaing sesama mereka untuk mengisi kedudukan kuota berkenaan. Sejak sesi kemasukan 2002/2003, kaedah kuota untuk kemasukan ke IPTA dimansuhkan. Ini bermakna, setiap kaum bersaing untuk mengisi bidang-bidang atau program di universiti. Kedudukan Bumiputera bagi ketiga-tiga tahun berturut-turut diamalkan meritokrasi ialah 68.9 peratus pada sesi 2002/2003, 62.6 peratus pada sesi 2003/2004 dan 63.8 peratus pada 2004/2005. Dalam sistem meritokrasi, tiada kaum yang berada dalam kedudukan statik.Bagaimanapun, kedudukan Bumiputera lebih selesa berbanding dengan penggunaan kuota, yang hanya menetapkan 55 peratus. Untuk menyatakan pelajar Bumiputera semakin berkurangan apabila meritokrasi dilaksanakan adalah kurang tepat. Ini menunjukkan Bumiputera mampu bersaing dengan kaum-kaum lain. Malah, matlamat sebenar meritokrasi adalah untuk membolehkan setiap kaum di negara ini mempunyai jati diri yang kukuh, selain mempunyai daya tahan dan daya juang yang tinggi.? Pada pandangan Datuk, adakah sistem itu yang silap atau pelajar Bumiputera memang kurang dari segi pencapaian akademik? Memang jelas dalam ketiga-tiga tahun pelaksanaan meritokrasi, Bumiputera berada dalam keadaan yang melebihi daripada bilangan kuota sebelum ini. Bumiputera juga mampu bersaing. Pun begitu, Bumiputera tidak boleh hanya mengharap bilangan melebihi 60 peratus ini akan berterusan. Ia tidak berlaku secara automatik. Tetapi, jika Bumiputera itu terus berusaha dengan gigih mencemerlangkan diri masing-masing, maka harapan untuk mendapat tempat di IPTA lebih terbuka luas. Setiap kaum mempunyai harapan yang sama jika mereka berusaha dengan gigih.? Banyak melihat apa yang berlaku sekarang tidak selaras dengan nisbah antara penduduk di negara ini? Kenapa tidak ada kajian mengenainya?Kedudukan Bumiputera melebihi 60 peratus berlaku secara kebetulan dan ia nampak selaras dengan kedudukan populasi Bumiputera sekarang ini. Kita mesti ingat, jumlah ini tidak akan kekal selama-lamanya. Inilah sebabnya semua pihak perlu memainkan peranannya. Maksud saya ibu bapa perlu mendorong anak mereka supaya berusaha bersungguh-sungguh.? Sistem meritokrasi juga dilihat mengurangkan bilangan pelajar Melayu bagi kursus-kursus kritikal. Apa yang Datuk dapat perkatakan mengenainya?Kebanyakan kursus kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Perakaunan dan kejuruteraan dalam ketiga-tiga tahun pelaksanaannya, kedudukan Bumiputera melebihi sistem kuota sedia ada iaitu melebihi 55 peratus. Program Perubatan pada tahun lalu misalnya 56.4 peratus, Pergigian 58.9 peratus, Kejuruteraan Elektronik 72.8 peratus, Kejuruteraan Kimia 63.4 peratus manakala Perakaunan 57.5 peratus. Bagaimanapun, kedudukan Bumiputera dalam program Undang-Undang, Farmasi dan Ekonomi tidak mencapai 55 peratus. Dalam sistem meritokrasi, bilangan pelajar dalam satu-satu kursus turut ditentukan oleh pemilihan pelajar itu terhadap program berkenaan. Jika pelajar Bumiputera cemerlang tidak memilih kursus berkenaan, maka bilangannya akan menjadi sedikit. Dalam kursus Undang-Undang misalnya, pelajar kaum India mendapat tempat yang tinggi pada tahun lalu iaitu 20 peratus, sedangkan dalam kursus kritikal lain mereka mendapat tidak melebihi 10 peratus.? Dalam soal meritokrasi ada pihak yang mempersoalkan mengenai keputusan STPM dan Matrikulasi yang dikatakan tidak setanding. Apa yang Datuk dapat katakan?Sukar sedikit saya ingin menjelaskan perkara ini kerana STPM dan Matrikulasi berada di bawah Kementerian Pelajaran. Walaupun begitu saya dijelaskan bahawa dari segi contact hour di antara STPM dan Matrikulasi, matrikulasi lebih lama berbanding STPM. Ini kerana, pelajar mengambil STPM hanya berada di sekolah dari pagi hingga ke tengah hari, sedangkan di matrikulasi waktu kuliah dan tutorial dari pagi hingga ke petang dan ada yang sampai ke malam.? Bagaimana pembahagian antara STPM dan Matrikulasi kerana ada pelajar Melayu yang mendapat CGPA 3.99 pun tidak mendapat kursus kritikal sebaliknya diberikan kursus yang menjadi pilihan keempat atau kelima.Seperti yang saya jelaskan, kemasukan ke universiti turut bergantung kepada pilihan pelajar dan universiti yang dipilih. Jika semua pelajar CGPA 4.00 memilih Farmasi di sesebuah universiti, maka pelajar yang mendapat 4.00 diberi lebih keutamaan, berbanding dengan pelajar yang mendapat 3.99. Begitu juga jika semua pelajar CGPA 4.00 memilih sesebuah universiti katakan Universiti Teknologi Malaysia, maka pelajar yang CGPA kurang 3.99 akan kurang berpeluang berbanding pelajar lebih cemerlang. Oleh itu ada dua faktor utama, bidang yang dipilih atau universiti yang dipilih dan kecemerlangan akademik. Jika semua pelajar 4.00 memilih kursus farmasi di Universiti Malaya, maka pelajar yang mempunyai ko-kurikulum yang mantap akan menjadi penentunya. Pelajar CGPA 4.00 yang dalam masa sama mewakili negara dalam bola sepak, lebih berpeluang berbanding dengan pelajar 4.00 tetapi hanya menjadi ulat buku. ? Datuk maklumkan sebelum ini akan meletakkan 10 peratus syarat kemasukan menggunakan pencapaian ko-kurikulum. Apakah rasionalnya?Seperti yang saya katakan tadi seseorang pelajar itu hanya menjadi ulat buku semata-mata, tetapi bagi menyahut seruan Perdana Menteri untuk melahirkan personaliti unggul, setiap pelajar atau individu mestilah well-rounded.Ini bermakna kejayaan akademik semata-mata tidak menjamin pembangunan modal insan yang berjaya, tetapi ia mestilah digabungjalinkan antara kebolehan akademik iaitu IQ (Kebolehan Intelek), EQ (Kebolehan Emosi) dan SQ (Kebolehan Spiritual). Contohnya, seseorang doktor yang baik yang bakal dilahirkan mestilah mempunyai bukan saja ilmu perubatan yang mantap, tetapi juga sahsiah diri yang unggul. Ini adalah sebahagian daripada proses psikologi dalam memberi khidmat berkesan kepada pesakit. Sebab itulah pencapaian CGPA 4.00 semata-mata tidak semestinya menjamin seseorang itu menjadi seorang doktor yang terbaik, tanpa ada sentuhan kemanusiaan. PROFILLAHIR : 29 September 1946ASAL : Kuala Langat, Selangor.ISTERI : Datin Dr Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim.ANAK : Tiga orangPENDIDIKAN: Sekolah Menengah Methodist, Klang, Universiti Malaya, (Sarjana Muda)
Western Michigan University, Amerika Syarikat, (Sarjana)
Swansea University, Wales, United Kingdom, (Doktor Falsafah)KERJAYA:
1965-1969: Timbalan Pengarah, Unit Penyelidikan Sosial dan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.1972: Penolong Setiausaha Jabatan Perdana Menteri.1975 -1991: Pensyarah, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
1991-1993: Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor1993-1994: Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Polisi Kementerian Sumber Manusia
1995: Ahli Parlimen Kuala Langat
Mei 1995: Setiausaha Parlimen, Kementerian Kewangan
Dis 1999 - Mac 2004: Timbalan Menteri Kewangan
27 Mac 2004 : Menteri Pengajian Tinggi

Sumber Rujukan: Akbar Tempatan

07:55 Posted in KERATAN AKBAR | Permalink | Comments (1)