Ok

By continuing your visit to this site, you accept the use of cookies. These ensure the smooth running of our services. Learn more.

10 October 2007

Mencari khusyuk dalam sujudku


“Solat itu tiang agama..di akhirat nanti amalan pertama yang dilihat Allah ialah SOLAT 5 WAKTU, jika kamu gagal bab menunaikan Solat ni, nescaya Allah takkan melihat amalan kamu yang lain, seperti Puasa, menunaikan Haji, berzakat, Sedekah dan lain-lain amalan lagi”–kata seorang Ustaz.

Alhamdulillah sejak kecil, kedua orang tua ku memberatkan amalan solat, tiap detik waktu solat mereka akan bertanya ” Long..ko dah sembahyang ke belum?”, sampai satu tahap kalau meninggalkan solat aku rasa macam bersalah sangat, hati tak tenang selagi belum mengerjakannya, kadang tu sengaja atau tak sengaja tinggalkan solat, aku cuba meng-qada’ nya kembali.

Tapi akhir-akhir ini hatiku selalu berkata-kata, adakah solat ku ini diterima Allah, 4 rakaat terasa macam aku buat 3 rakaat, kadang tu badan solat tapi pikiran melayang entah kemana..tau tau dah tahiyat akhir, ada bacaan yang kekadang aku skip secara sengaja dan tidak sengaja, macam doa qunut, iftitah, bacaan duduk antara 2 sujud, bacaan sujud, Iktidal, laju jer abis, macam terpaksa pon ada.

Masya Allah entah solat jenis apa yang aku kerjakan selama ni, itulah petanda solat yang tak khusyuk, tak khusyuk ni kira hilang fokus la dalam solat,

Syaitan pernah memberitahu Nabi Muhammad SAW, katanya ada anak-anak Syaitan yang ditugaskan mengganggu umat nabi ketika solat, seperti membuat fikiran melayang ke tempat lain, mempercepatkan bacaan dan rakaat, lupa ayat bacaan, hmmm patutlah selama ini aku tak khusyuk dalam solat, di ganggu anak syaitan rupanya.

Untuk meperbaiki mutu solat, aku telah bertanya kepada kawan-kawan dan membuat sedikit carian dan kajian di internet, mari berkongsi apa yang telah aku perolehi



Langkah- Langkah mencapai tahap khusyuk dalam Sembahyang

  • Bersihkan diri dan berwuduk dengan sempurna
  • Kosongkan hati dari memikirkan masalah duniawi dan elakkan gangguan bunyi bising ketika solat
  • Membayangkan diri bahawa Allah berada di hadapan kita, memerhati dan mendengar bacaan yang kita sebutkan.
  • Solat seumpama kita tahu yang esok kita akan mati
  • Solat berjemaah
  • Memahami dan mengerti maksud bacaan dalam sembahyang
  • Menaruh harapan Allah menerima solat yang kita kerjakan, dan bimbang sekiranya solat tak diterima
  • Solat seperti yang dikerjakan Rasulullah
  • Membaca sedikit kuat bacaan (jika solat seorang diri)
  • Solat ketika masuk waktunya dan tidak melambat-lambatkannya

Aku tengok semakin hari semakin ramai orang tak solat, moga dengan entri kali ni dapat menyedarkan mereka tentang kewajiban kita sebagai orang Islam, anda kata anda orang Islam tapi anda tak menyempurnakan rukun islam ke-2.. Mendirikan sembahyang 5 waktu sehari semalam, kalau dah tak sembahyang agama apa lah orang tu yer?

Aku nak menegur pon.. aku bukanlah betul sangat, moga yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk tu dari kesilapan aku sendiri, sama-sama kita memperbaiki kualiti solat kita, sembahyang lah anda sebelum anda di sembahyangkan Amin.

 

04:32 Posted in PENGISIAN | Permalink | Comments (0)