09 October 2007
Nilai masa dalam kehidupan manusia
DEMI masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka menyeru kepada kebenaran dan mereka menyeru dengan kesabaran. (al-Asr 1-3)
TANPA disedari masa berlalu begitu pantas. Hari berganti hari dan tahun berganti tahun. Kini kita berada di ambang tahun baru dan pastinya umur kita semakin bertambah. Meskipun kebiasaannya tahun baru disambut dengan kegembiraan namun tidak sepatutnya kegembiraan itu melenyapkan rasa kerisauan terhadap usia yang semakin meningkat dan panggilan kubur yang semakin jelas kedengaran.
Kerisauan perlu dihadirkan dalam diri dengan seribu macam persoalan tentang masa depan kita apabila bertemu dengan Yang Maha Pencipta. Apakah sudah cukup amalan kita? Apakah sudah tertebus dosa kita? Apakah layak kita menjadi penghuni syurga? Apakah mampu kita menahan malu di padang mahsyar apabila segala rahsia keburukan kita dipamerkan secara terperinci oleh Tuhan dan Apakah sanggup kita menahan seksa api neraka?
Berlalunya masa bermakna semakin tua usia dunia. Tuanya usia dunia bermakna saat kedatangan hari kiamat sudah semakin hampir. jika lahirnya Nabi Muhammad s.a.w. dianggap sebagai bermulanya zaman pengakhiran dunia kerana Baginda s.a.w. adalah nabi akhir zaman, maka kini Baginda s.a.w. telah meninggalkan kita 1,400 tahun yang lampau. Bermakna usia dunia pastinya benar-benar lanjut. Ini lebih nyata lagi dengan berbagai-baga siri perkara aneh yang berlaku dan berbagai bencana alam yang tidak terduga berlaku.
Justeru masa yang masih berbaki ini tidak sewajarnya dibiarkan begitu sahaja. Hendaklah kita menjadikannya begitu bernilai dan berharga. Seperti kata pepatah, 'Masa itu emas'. Kerana kepentingan masa itulah Allah Taala bersumpah dengan WalAsrii iatu Demi masa!. Manusia akan sentiasa berada di dalam kerugian sekiranya tidak memanfaatkan masa dengan panduan iman dan takwa. Jika masa diisi dengan aktiviti harian yang tiada manfaat maka ia umpama menanam lalang, tiada guna dan tiada nilai.
Nabi s.a.w bersabda: Dua nikmat yang selalu diabaikan oleh ramai manusia iaitu kesihatan dan masa lapang. Masa dalam kehidupan seorang Muslim sangat penting. la lebih penting daripada wang ringgit.
Oleh itu setiap waktu dalam kehidupan Muslim sentiasa dikaitkan dengan ganjaran jika dilaksanakan amalan-tertentu. Waktu fajar umpamanya dikaitkan dengan dua rakaat solat sunat yang lebih baik dari nilai dunia dan isinya. Waktu tengah malam pula ialah saat afdalnya munajat kepada Allah Taala. Bulan Ramadan pula ialah waktu diturunkan barakah dan keampunan Tuhan.
Masa sepatutnya digunakan sebaiknya kerana ia sesuatu yang tidak dapat dikembalikan semula. Masa muda tidak dapat dikembalikan. Begitulah juga masa sihat dan masa lapang tiada siapa yang boleh mengembalikannya. Nabi s.a.w bersabda: Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa muda sebdum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit dan masa senang sebelum susah.
Sebagai contoh masa muda, ia adalah saat tubuh badan masih kuat dan fikiran masih segar, maka gunakanlah ia untuk melaksanakan ibadah dan menuntut ilmu. Bukannya digunakan untuk berseronok atau hanya berhibur seperti mana yang banyak berlaku hari ini. Kerana apabila sudah tua pastinya pergerakan semakin perlahan dan kebolehan menuntut ilmu semakin lemah. Diriwayatkan bahawa malaikat maut telah datang bertemu Nabi Yaakub. Maka Nabi Yaakub bertanya: Wahai malaikat maut apakah kamu datang kepadaku kerana ingin mencabut nyawa atau menziarahiku?Jawabnya: Untuk menziarahmu sahaja. Berkata Nabi Yaakub: Aku ada satu permintaan darimu. Bertanya malaikat maut: Apa permintaanmu? Jawab Nabi Yaakub:
Jika kamu datang untuk mencabut nyawaku maka hantarkanlah dahulu utusan untuk memaklumkanku terlebih dahulu. Kata malaikat maut: Ya!. Kemudian malaikat mautpun pergi. Setelah beberapa tahun malaikat maut datang kembali kepada Nabi Yaakub.
Lalu Nabi Yaakub bertanya: Kamu datang untuk menziarah atau mencabut nyawaku? Kata malaikat maut:
Aku datang untuk mencabut nyawamu. Lalu kata Nabi Yaakub: Bukankah aku telah katakan jika kamu ingin mencabut nyawaku hantarkan dahulu seorang utusan supaya dapat aku bersedia menambah ketaatan dan amal kebaikan. Jawab malaikat maut: Aku telah lakukannya. Kata Nabi Yaakub:
Tiadapun utusan yang sampai kepadaku. Jawab malaikat maut: Sesungguhnya aku telah mengutuskan dua utusan iaitu uban di kepalamu dan belakangmu yang bongkok). Masa juga mesti dipelihara ketika melaksanakan kerja dan tugas. Apa yang berlaku dewasa ini ialah penyakit lambat yang menular di tempat kerja. Fenomena lambat menghadiri mesyuarat, lambat memulakan sesuatu majlis dan lambat menyiapkan tugasan. Budaya lambat ini adalah gambaran kemalasan dan kelembapan dan biasanya budaya inilah yang membantutkan kemajuan. Lihat sahaja apa yang berlaku di pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta. Amat susah untuk melihat sesuatu mesyuarat dimulakan tepat pada waktunya. Ada sahaja alasan yang diberikan untuk menghalalkan kelewatan. Dan ia amat malang sekali jika kelewatan itu berpunca daripada sikap ketua yang tidak prihatin. Malah ada sesetengah tempat, masa yang tercatat sengaja diawalkan kerana sudah sedia maklum pasti akan berlaku kelewatan. Sikap inilah yang menyebabkan lahimya perumpamaan "janji Melayu' iaitu janji yang sukar untuk ditepati.
Masa dalam masyarakat yang maju sangat bemilai. BangsaJepun, Jerman dan Yahudi sudah terkenal dengan sikap ambil berat mereka terhadap masa. Di Jepun kelewatan beberapa saat menyebabkan seseorang tertinggal keretapi. Di Jerman pelajar dan pensyarah universiti masuk ke dewan kuliah lebih awal dari waktunya. Manakala di Israel, bangsa Yahudi diajar mengejar masa agar matlamat mereka menakluki bumi Palestin tercapai.
Biasanya pada setiap penghujung tahun sama ada tahun Hijrah mahupun tahun Masihi orang ramai akan menilai prestasi mereka dan ada juga yang dinilai oleh majikan bagi melayakkan mereka mendapat kenaikan gaji atau bonus tertentu. Namun apakah pernah mereka menilai amal dan ibadah mereka? Pernahkah ditanya, berapa kalikah aku meninggalkan solat pada tahun ini? Apakah puasaku cukup? Apakah aku pernah bangun malam menangisi dosaku di hadapan Allah? Apakah aku membaca al-Quran dan berapa kali aku membacanya dalam seminggu? Apakah aku benar-benar rasa nikmat menjadi Muslim?
Pernahkah juga kita bertanya diri sendiri tentang peningkatan ilmu dan kefahaman kita? Berapa buah buku ilmiah yang telah aku baca? Berapakah tulisan yang pemah aku hasilkan? Berapa kali aku menghadiri majlis ilmu?
Nabi s.a.w bersabda: Barang siapa yang sama dua harinya maka ia adalah orang yang rugi, dan barang siapa yang semalamnya lebih baik dari hari ini maka ia adalah orang yang temafi dari kebaikan, dan barang siapa yang tiada peningkatan maka ia akan sentiasa berkurang, maka barang siapa sentiasa berkurang maka perut bumi lebih baik baginya daripada permukaannya (lebih baik mati sahaja).
Di saat menghadapi kedatangan tahun baru sepatutnya kita melakukan muhasabah diri tentang sejauhmanakah pencapaian sama ada dari sudut ibadah mahupun dari sudut ilmu pengetahuan. Dan bukannya terjerumus di dalam aktiviti hiburan dan pesta yang seolah-olah sudah menjadi satu budaya di dalam masyarakat kita. .Berkata Saidina Umar bin Al-Khattab r.a :
Muhasabahlah dirimu sebelum dirimu dihisab.
17:41 Posted in PENGISIAN | Permalink | Comments (0)